"Dian rehat dulu ya. Kalau nak mandi pakai ja barang-barang dalam bilik air tu. Baju salin jangan risau akak ada .". Dian hanya tersenyum tanda mengerti lalu langkah kaki diatur memasuki bilik yang ditunjukkan oleh Athirah sebentar tadi . Nyaman dan tenang. Itulah gambaran suasana bilik pada tika itu membuatkan mata Dian mula memberat lalu tudung yang menutupi kepalanya ditanggal . Dengan perlahan tubuh direbahkan ke atas katil, mata yang tadinya segar kini sudah semakin layu dan entah bila dia terlena dia sendiri pun tidak pasti.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Dian Jom turun makan". Dian yang baru sahaja selesai membersihkan diri dengan segera mendapatkan Athirah yang sedang menunggu dihadapan pintu bilik. Baju yang diberikan oleh kakak iparnya sebentar tadi amatlah sesuai untuk dirinya kerana saiz tubuh mereka lebih kurang sama tiada masaalah untuk berkongsi. Mereka mula menapak beriringan menuju ke meja makan di tingkat satu rumah. Kelihatan pelbagai juadah disediakan membuatkan Dian menelan air liur tidak sabar untuk menjamah kesemua makanan tersebut lalu dengan perlahan kerusi ditarik untuk duduk.
"Am bila sampai?. Mama tak dengar pun Am balik?". Mereka yang sudah berada dimeja makan mula menoleh ke arah Adam Haiqal yang baru menapak satu anak tangga untuk ke tingkat satu rumah.
"Haa. Baru saja mama".
"Mari makan sekali. Dah lama papa tak makan dengan kamu. Lagi ramai lagi meriah ha isteri kamu ada sekali ni".Dian hanya menundukkan kepalanya tidak mahu memandang wajah Adam Haiqal bimbang kehadirannya disitu disalah erti.
"Am dinner dekat luar malam ni. Dah booking restaurant".
"Dengan Adriana ka?. Sampaikan salam mama untuk dia ya. Dah pergi cepat siap karang kesian Adriana tunggu lama".
"Um.Am naik dulu papa". Dato Arsyad hanya mengangukkan kepalanya perlahan lalu wajah Datin Safyah dipandangnya sekilas.
"Mama. Dian ada dekat sini kot why mama suruh Am tu pergi jugak keluar dengan Adriana?"
"Salah ka dia keluar dengan Ari?. Lagipun dia dengan Ari kenal dari kecil. Takkan itu pun Dian nak cemburu betul kan Dian?". Datin Safyah memandang wajah Dian lama menanti jawapan .
"ha. Haah betul tu. Dian ok akak. Akak jangan risau". Athirah memandang wajah itu sillih berganti masih tidak berpuas hati dengan perilaku ibunya itu. Dato Arsyad yang sedari tadi jadi pemerhati mula mengeluh berat tidak menyangka isterinya bersikap sedemikian rupa. Suasana dimeja makan tika itu sunyi tiada bersuara. Dian yang merasakan kedinginan sikap ibu mertuanya hanya mampu berdiam diri malas untuk menambah beban dikepala... Dia hanya perlu bertahan buat sementara waktu..Setelah selesai mengisi perut yang kosong dia mula menapak ke ruang tamu rumah untuk menyertai Dato Arsyad yang sedang leka menonton television.
" Papa tengok berita ka?".
"Dian. Haah macam-macam kes pulak kali ni. Dian sekarang kerja dekat syarikat mana?".
"Dian ni anak buah En Hanif. Dia yang handle projek baru syarikat papa tu. Ati tak sangka kecil betul dunia ni.". Athirah yang baru sahaja tiba disitu mula menyampuk. Pinggan yang berisi buah-buahan diletakkan di atas meja kopi yang terletak berhadapan dengan mereka.
"Di design plan untuk client. Kebetulan Haiqal terima proposal yang Di buat. Now alhamdulillah projek sedang berjalan. Tunggu result saja".
"Kalau papa offer Dian kerja dengan papa Dian setuju tak?". Dian memandang wajah Dato Arsyad dan Athirah silih berganti . memang tidak mungkin untuk dia bekerja di syarikat milik bapa mertuanya itu Cukup Daniel Faliq sahaja disitu. Bimbang dirinya menjadi buah mulut rakan -rakan sekerjanya nanti.
"Di bukan nak tolak. Tapi Di belum betul-betul mahir lagi dalam bidang kerja Di sendiri. Tempat kerja Di sekarang ok papa. Banyak yang Di belajar dekat situ rasa tak puas lagi nak stay dan belajar lagi".Athirah yang berada disebelah hanya tersenyum mendengar kata-kata adik iparnya itu. Syarikat bapanya adalah antara Syarikat yang paling kukuh dan ternama diantara semua syarikat. Tiada lagi orang yang menolak untuk bekerja disyarikat mereka namun Dian berbeza. Dengan kelulusan yang dia ada, dia layak untuk bekerja bersama Athirah namun dia lebih pentingkan pengalaman dari terus menuju ke puncak.
"Baiklah. Kalau Di rasa nak cuba pengalaman baru and environment baru just call papa ok?". Dian menganggukkan kepala tanda mengerti.
Jam didinding dipandang tidak berkelip. Mata yang tadi mengantuk kini segar tidak mahu terpejam membuatkan Dian bangun dari pembaringan lalu menapak menuju ke arah meja belajar yang terletak dipenjuru bilik. Gambar yang tersusun rapi pada rak bersebelahan meja dipandang satu persatu. Saat diamati gambar-gambar tersebut mata Dian mula tertumpu pada sekeping gambar membuatkan bibirnya mula menguntum senyuman...
Share this novel