Bab 10:- BERUBAH HATI

Romance Series 82127

"Pagi mama"..Adam Haiqal mengucup pipi Datin Safyah lembut sebelum mula menarik kerusi untuk duduk. Sarapan yang disediakan pada pagi itu nampak begitu menyelerakan .
"Macam mana sekolah baru ? ok ka? Ada apa-apa yang Am nak share dengan mama ?"..Adam Haiqal mengelengkan kepalanya perlahan. Tiada apa yang menarik ingin dibualkan pada tika ini. Datin Safyah masih memandang wajah anaknya seakan tidak percaya pasti Adam Haiqal sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Datin Safyah sedia maklum dengan popularity yang dimiliki oleh anak kedua bongsunya itu , mana mungkin tiada apa yang berlaku sedangkan di sekolah lamanya dahulu nama Adam Haiqal sering menjadi bualan kerana ketampanan serta kebijaksanaannya membuatkan ramai pelajar perempuan cuba untuk mendekati bahkan ada yang sampai bergaduh sesama mereka kerana ingin kan perhatian anaknya itu. Adam Haiqal yang sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut mula terhanti saat terpandangkan wajah ibunya yang penuh dengan tanda tanya Sepertinya masih tidak berpuas hati dengan respon yang diberikan.
" Betul ni tak ada apa -apa ?"..Adam Haiqal mula tertawa kecil sambil mengelengkan kepalanya laju mengiakan soalan Datin Safyah itu.
" Ok fine. Kalau Am tak nak share dengan mama. Minggu depan mama pergi sekolah Am ya?".. Hampir tersembur air yang diteguknya setelah mendengar kata-kata itu lalu wajah Datin Safyah dipandang lama inginkan penjelasan.
" Why?. mama tak boleh pergi sekolah anak mama ka?.". Datin Safyah masih tenang menyuapkan makanan ke dalam mulut sambil tersenyum ke arah Adam Haiqal sepertinya cuba untuk membuat anaknya itu membuka mulut tentang rahsia yang cuba disimpan.
" Bukan mama tak boleh pergi , but for what?.".
"Am. Mama kenal anak mama. Am tau kan kalau mama tanya sesuatu pada Am tu maksudnya apa?.". Adam Haiqal menarik nafas perlahan sebelum memulakan bicara.
" Ini mesti Ari ada call mama kan?". Adam Haiqal dapat membaca dari riak wajah ibunya , pasti ada sesuatu yang disampaikan oleh gadis itu sehingga Datin Safyah mahukan penjelasan daripadanya.
"Mama tahukan apa yang Ari buat pada Am dulu?. Kenapa dia mesti ikut Am sampai sini?".
" Mama yang offer Ari ikut Am. Dia tak salah Am. Am dengan Ari masih muda dan banyak lagi masa untuk kenal each other. Mama rasa apa yang Ari buat tu tak salah"..Adam Haiqal mula meraup mukanya perlahan cuba untuk bertenang.
" Ari banyak buat perkara yang melampau mama. Buli orang yang tak bersalah sebab terlalu cemburukan mereka dekat dengan Am. Fitnah kawan-kawan Am sampaikan diorang jauhakn diri dari Am and now you know what?. Ari buat sesuatu yang mungkin takkan dapat Am maafkan dia sampai bila-bila".Datin Safyah yang tadinya nampak tenang mula berada bimbang tatkala mendengar kata-kata anaknya .
" Kenapa Am tak berterus terang pada mama. Mama tak pernah dengar satu cerita pun yang keluar dari mulut Am , so please tell me what exactly happened".. Adam Haiqal melepaskan keluhan berat sebelum mula menceritakan semua yang terjadi kepada Datin Safyah.

Kisah yang disampaikan oleh Adriana tentang kejadian tersebut sangat berbeza dari apa yang diceritakan oleh Adam Haiqal sebentar tadi. Datin Safyah yang sedang duduk di ruang tamu rumahnya mula termenung seorang diri sepertinya memikirkan sesuatu. Mengapa Adriana perlu berbohong kepadanya sedangkan dia tahu bawaha Datin Safyah sangat mempercayainya. Datin Safyah juga pernah berjanji bahawa dia akan menyatukan mereka. Apa yang perlu dia katakan kepada Adriana nanti jika janjinya itu tidak ditepati?. perasaan serba salah mula timbul dalam diri.
"Apa yang awak menungkan tu Yah?.". Datin Safyah menoleh memandang suaminya yang sedang menapak menghampirinya.
"Eh abang. Bila abang sampai?". Tangan Dato Arsyad dicapai lalu dikucupnya lembut.
" Baru sahaja. awak ada masaalah ka?"...Datin Safyah terdiam seketika tidak tahu bagaimana ingin memulakan ceritanya.
" Adriana buat hal lagi dekat sekolah Am". Dato Arsyad mengelengkan kepalanya perlahan Sepertinya tidak menyangka lalu satu keluhan dilepaskan .
"Saya dah pernah beri tahu awak dulu jangan beri harapan pada budak ty tapi awak tak mahu dengar cakap saya. Sekarang apa pulak yang dia dah buat?". Datin Safyah mula menceritakan kembalih apa yang telah disampaikan oleh Adam Haiqal kepadanya.


"Apa yang patut saya buat sekarang abang?." . Dato Arsyad masih diam membisu sepertinya sedang memikirkan jalan penyelesaian.
"Esok kita pergi mintak maaf dulu. Awak tanya Adam apa alamat rumahnya dan selebihnya kita fikir kemudian." . Datin Safyah mengangukkan kepalanya laju sebelum mula menapak pergi dari situ menuju ke arah dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience