Bab 29:- BERDUA

Romance Series 82127

Adam Haiqal memandang wajah Dian lama minta penjelasan.
"why ....". Belum sempat dia menghabiskan bicara Dian terlbih dahulu menekup mulutnya dengan menggunakan tangan membuatkan Adam Haiqal terdiam buat seketika.
"Shhhh. Dia ada lagi dekat depan pintu tu".
"Dian you cakap dengan siapa ?". Aduh tak blah lagi ka mamat ni?.
"ha?. Mana ada. Henfon saya kot. Encik Haziq pergilah buat kerja Encik Haziq , tak usah risaukan saya ok.."..Adam Haiqal mula mengerutkan dahi seakan tidak menyangka bahawa ada jejaka yang cuba untuk mendekati isterinya itu. Apabila diamati wajah tersebut dari jarak dekat jelas terserlah kejelitaan serta Kecantikan wanita yang bernama Dian sofea. Rambutnya yang lurus dan terurai menambahkan lagi seri diwajah. Jika penampilannya pada tika itu dilihat oleh kaum lelaki bukan ajnabi pasti dia bakal menjadi dambaan para jejaka diluar sana namun Dian menjaga amanah allah itu hanya untuk dirinya membuatkan Adam Haiqal mula berfikir sejenak.
"Baiklah. Anything you call me ok?". kenapa aku nak cari kau pulak. Kak siti pun adalah . Dian mula mengetap bibir malas hendak melayan.
"Baik Encik Haziq". Dian menurunkan tangannya dari terus menutup mulut Adam Hiqal setelah merasakan anak majikannya itu sudah pun berlalu pergi meninggalkan bilik tersebut.
"Alhamdulillah... Hampir-hampir saja. Awak boleh lah keluar". Adam Haiqal masih kaku merenung wajah Dian Sofea seperti anak patung lagaknya tika itu.
"Awak. Hello ... awak kenapa ni?". Dian melambaikan tanganya dihadapan muka Adam Haiqal cuba untuk menyadarkan tuan empunya badan namun tiada respon yang dia terima.
"Adam Haiqal!".Tubuh Adam Haiqal digoncang kuat berserta dengan pekikan dari Dian membuatkan Adam Haiqal mula tersadar dari lamunan.
"Sorry. Apa tadi?". Dia kelihatan terpinga-pinga tatkala memandang wajah Dian yang berubah cemberut
"Awak tu. Cepat lah keluar sebelum orang lain pulak yang datang ".Adam Haqal hanya mengangukkan kepalanya perlahan tanda mengerti sebelum mula menapak pergi dari situ meninggal kan Dian seoarang diri..

"Mana along ni kata dah sampai".Dian menjengah ke arah jalan utama cuba mencari kelibat kereta milik Daniel Faliq namun tidak kelihatan lalu aplikasi whatsapp dibuka. Belum sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada abangnya itu datang sebuah kereta jenis BMW berhenti dihadapannya membuatkan Dian tertanya-tanya siapakah gerangan tuan empunya kereta tersebut.
"Hye sistur!". Dian mula tersenyum saat melihat seraut wajah yang berada di dalam kereta tersebut saat cermin kereta diturunkan.
"Akak!".
"Come ikut akak. Abang Dian tak free so akak offer diri nak datang sini ambil Dian. Dian macam mana?. Ok dah ?". Dian yang baru sahaja masuk ke dalam kereta tersebut menganggukkan kepalanya perlahan membalas pertanyaan tersebut.
"Daniel dah cerita pada akak semuanya. kalau akak ada dekat situ memang tahulah si Adriana tu apa akak akan buat". Dian hanya tersenyum saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Athirah itu.
"Malam ni ikut akak balik rumah ya papa nak jumpa Dian". Riak wajah Dian mula berubah pucat. Wajah Athirah yang berada disebelah
nya dipandang sekilas.
"Ada apa Dato' nak jumpa saya?".
"Dato'?. Dian bukan Dato but papa. We are family , Why not panggil papa kan?.Kalau papa dengar ni mesti kena marah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience