Bab 14:- SEMENTARA

Romance Series 82127

"Apa yang along merepek ni. Di ok lah Along jangan risau.". Dian tertawa kecil melihat riaksi abangnya itu.
"Di along serius ni. Di nak kerja dekat tempat along tak?. Ada jawatan kosong untuk assistant manager.". Dian memandang Daniel Faliq seakan tidak percaya.
"Apa along ni. Adik along yang seorang ni pelukis plan tau.".
"Along tahu tu tapi tak salah kan Di cuba benda baru. Lagipun kerjanya tak ada lah stress sangat". Dian mengelengkan kepalanya masih tidak bersetuju.
"Di fikir-fikirkan dulu jangan terus tolak. Kalau dah jumpa jawapan baru beri tahu along.". Dian hanya mengangukkan kepalanya perlahan sebelum mula menapak pergi dari situ menuju ke bilik.

Jam loceng berbunyi menandakan waktu pagi sudah menjelang tiba. Dian yang sedari tadi lena dibuai mimpi mula mencelikan matanya perlahan cuba untuk melihat jam yang berada disisi katil lalu tanpa menunggu dengan lebih lama Dian bangkit dari pembaringannya menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah bunyi azan subuh berkumandang Dian dengan segera membentangkan tikar sejadah bersedia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba kepada sang penciptanya

' sedapnya bau'. Dian mula menoleh ke arah jam yang berada di sebelah kanannya.
"Baru jam enam setengah. Rajin betul jiran aku ni pagi-pagi lagi dah buat breakfast". Perutnya mula berbunyi mintak disi setelah terbaukan masakan sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa langkah kakinya di atur menuju ke arah dapur. Semakin dekat langkahnya mengahampiri dapur semakin kuat bau enak tersebut menusuk ke ronga hidungnya.
"Humm sedapnya bau.". Dian memejamkan mata sambil berjalan mengikuti bau tersebut.
"Ha bangun dah pun jom makan sama". Dian memandang wajah Daniel Faliq seakan tidak percaya. Makanan yang sudah siap terhidang dia atas meja dipandang tidak berkelip.
"Along. Along buat apa pagi-pagi ni dekat dapur?"..Daniel Faliq tersenyum melihat riaksi adik bongsunya itu.
"Along berjalan dalam tidur bangun- bangun ja along dah ada kat dapur". Dian mengerutkan dahi mendengar kata-kata yang tak masuk akal dari abangnya itu lalu dengan perlahan kerusi meja makan di tarik untuk duduk.
"Along yang masak ka?. wah nampak sedap nasik goreng ni".
"Mesti lah along yang masak. Takkan kamu pulak. Apa ingat along tak pandai masak ka?". Dian hanya tersengih mendengar jawapan Daniel Faliq .
" Adik dah setahun duduk dengan along. Mana pernah adik nampak along masak. Along tau tak bau nasik goreng ni sampai ke bilik adik.. Sedap sangat bau dia". dengan segera nasik tersebut dicedok ke dalam pinggan.
" Bukan along tak nak masak tapi along tiada masa. Lepas ni along hantar Di pergi pejabat ya".
" Along serius lah. Tak yah kut Di boleh pergi sendiri lagipun awal sangat along nak kena keluar".
"No. Kalau apa-apa jadi pada Di macam mana?. Ibu dengan ayah dah amanah kan along untuk jaga Di tau. Tiada istilah menyusahkan untuk adik along seorang ni.". Dian mula tersenyum seprtinya tersentuh mendengar kata-kata abangnya itu.
"Baik along. Adik balik nanti pun along ambil boleh?"..Daniel Faliq mengangukkan kepalanya perlahan tanda setuju.

" Dah sampai nanti call along. Jangan tak call. Submit report setiap malam ok" . Dian mula tertawa kecil mendengar arahan abangnya itu lalu kepalanya diangguk perlahan tanda setuju.
"Ye adik tidak akan lupa tu. Along pun jaga diri dan jangan lupa amik adik ahad nanti". Dian menghulurkan tangan ingin bersalaman. setelah itu dia merasakan ada kucupan hangat singah di kepalanya.
"Along ni kalau crush along nampak habis lah jatuh market along". Mereka sama-sama tertawa setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dian.
"Biarlah. Along ni ada seorang sahaja adik tau. Kalau along nak care lebih pun apa salahnya. Nanti bila kamu dah kahwin lain lah". Dian mula mencebikkan bibir tidak mahu mendengar.
"Di pergi dulu ya along. Thanks tolong hantar and thanks jugak buatkan adik breakfast". Daniel Faliq hanya tersenyum sebelum mula menapak mendapatkan keretanya untuk beredar pergi
dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience