Bab 15:- PERTEMUAN KALI KEDUA

Romance Series 82127

Dian mula menarik bagasi miliknya menuju ke lobi hotel. Keadaan sekeliling dipandangnya teruja. Semuanya nampak mewah dan eksklusif. Pasti harga satu malam mencecah ribuan ringgit.
" Dian ni kunci bilik awak. Boleh lah naik rehat Kita jumpa semula lepas zohor dekat lobi ni ya. Jangan lewat". Dian hanya mengangukkan kepalanya tanda mengeerti.
"En Wan maaf kalau saya tanya. Boss kita mana ya?. Saya tak nampak pun dia dari tadi".
"Owh En Hanif lambat sikit ada hal yang perlu dia selesaikan sebentar lagi dia sampai". Dian sekali lagi mengangukkan kepalanya mengerti lalu dia meminta diri untuk beredar pergi dari situ menuju ke bilik ya.
Dari kejauhan kelihatan Dua pasangan seperti merpati dua sejoli sedang jalan beriringan memasuki perkarangan pejabat. Semua mata mula tertumpu pada ketampanan serta kecantikan tuan empunya diri.
"Selamat pagi En Haiqal, Cik Adriana". Kedatangan mereka disapa mesra oleh pekerja disitu lantas mereka berdua menoleh sambil tersenyum menyambut sapaan tersebut
"Sayang i pergi dulu ya kita jumpa lunch nanti". Adam Haiqal mengangukkan kepalanya tanda mengerti sebelum mula mengatur langkah menuju ke pejabatnya.

"Morning boss. Nak saya buatkan kopi ka?".Adam Haiqal pantas mengelengkan kepalanya tanda tidak perlu.
" So Amira apa agenda saya untuk hari ni?".
" Jam lapan nanti en Adam ada meeting dengan Tan sri Goh lepas itu dalam jam sepuluh pagi pula ada meeting dengan Dato johari. Lastly En Adam ada lunch date dengan Cik Adriana". Adam Haiqal mula tersenyum setelah mendengar nama Adriana Marissa disebut oleh setiausahanya.
"So belah petang saya free lah?".
"Yup boss tapi esok boss perlu pergi ke pahang untuk jumpa dengan En Hanif dari syarikat Megah Holding yang handle projek baru kita tu".Adam Haiqal menepuk dahinya lembut sepertinya dia terlupa tentang perkara tersebut.
" Kalau macam tu awak batalkan semua temujanji saya hari ni. Saya perlu settlekan projek dekat pahang tu dulu. Kalau papa atau cik Atirah cari saya cakap saya pergi outstation ok".

"Hello sayang. Hye sorry i tak dapat nak teman you lunch hari ni. I kena pergi pahang. Yup lepas i balik kita jumpa ya. Ok . love you to". Talian dimatikan lalu keretanya mula memecut laju meninggalkan perkarangan pejabat menuju ke Lebuh raya.

Dian yang baru sahaja ingin melelapkan mata mula memegang perutnya yang sudah berbunyi mintak diisi lalu jam di tangan direnung lama.
"Patutlah dah tengahari rupanya. Dekat sini mana aku nak cari makan ya"..Dahinya mula berkerut cuba untuk membayangkan makanan-makanan yang sedap di sekitar hotel tersebut namun jika diingatkan kembali hotel yang mereka diami itu terletak jauh ke dalam mana mungkin ada kedai yang menjual juadah makanan tengahari pada tika ini.
'En Wan mesti tahu dekat mana. Call dia jelah'
telefon bimbit yang berada disisi katil dicapai.
"Assalammualaikum En Wan. Maaf menganggu. Saya nak tanya En Wan tau ka dekat mana saya boleh cari makanan tengahari?. Ok so Saya boleh turun makan sekarang ka?. Baik En Wan terima kasih. Baik wassalam". senyuman mula melebar sepertinya tidak sabar untuk mengisi perut yang sedang lapar tanpa membuang masa tudung dicapai lalu langkah kakinya diatur keluar dari bilik menuju ke lobi hotel.

'Alhamdulillah'..Dian mula mengusap perutnya perlahan tanda bahagia.
"Tulah dia dah kenyang mesti mengantuk punya". Tanpa menghiraukan orang sekeliling Dian mula meregangkan angota badanya sambil berjalan menuju ke lif ..
Pap! terasa tanganya menyentuh sesuatu lalu dengan pantas dia menoleh. Kelihatan seorang pemuda berkaca mata hitam sedang berdiri dibelakangnya sambil memegang pipi
'Alamak. Apa yang aku dah buat ni'. Pemuda tersebut hanya mendiamkan diri tidak bersuara membuatkan Dian menjadi bertambah risau.
" Saya mintak maaf. Saya tak perasaan encik ada dekat belakang". Dian menundukkan kepalanya sedikit sebelum mula menapak masuk ke dalam lif yang sudah terbuka tanpa menoleh sedikit pun. Malunya tuhan sahaja yang tahu..
Belum sempat dia sampai ke biliknya terasa bahu di sentuh oleh seseorang..
"Hye Dian". Dian memandang wajah itu tidak berkelip. Betul kah apa yang aku nampak ni?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience