Bab 39:- ISI HATI

Romance Series 82127

Siapakah gerangan lelaki yang bersama isterinya sebentar tadi?. Adam Haiqal mula gelisah. Dian Sofea kelihatan begitu gembira berada disisi lelaki tersebut. Senyuman yang tidak pernah dia lihat apabila wanita itu berada dekat dengannya. Tanpa menunggu dengan lebih lama Adam Haiqal segera beredar pergi dari situ bersama rasa yang dia sendiri pun tidak pasti.

Dian yang baru sahaja pulang mula menapak laju menuju ke arah dapur rumah. Barang masakan yang baru sahaja dibelinya siang tadi diletakkan ke dalam singki lalu langkah kaki segera diatur menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Kerana dia tinggal berseorangan di dalam rumah tersebut dia bebas untuk melakukan apa sahaja. Tidak risau jika Adam Haiqal melihat perilaku peliknya itu. Semakin hari jiwanya berasa semakin tenang tanpa kehadiran Adam Haiqal disisi, Kini dia bisa menerima hakikat sebenar bahawa dia hanyalah orang asing dalam hidup Adam Haiqal dan perasaan dia terhadap lelaki itu semakin lama semakin berkurang, namun dia perlu mencari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pemuda tersebut. Setelah selesai menunaikan solat fardhu maghrib Dian dengan segera melangkah keluar menuju ke tingkat satu rumah. Entah mengapa tekaknya terasa ingin makan tomyam seafood, jadi semua bahan telah pun dibeli tinggal untuk masak sahaja. Tanpa melengahkan lagi masa periuk nasik dicapai, beras yang tersimpan dalam kabinet dikeluarkan. Dalam masa menunggu nasik untuk masak, tomyamnya pasti akan siap terhidang. Terasa tidak sabar untuk makan!

"Ok done!. Nasik dah masak. Tomyam dah siap. Telur dadar extra!. Bismillahirrahmanirrahim".
"Um sedapnya bau. Awak masak apa ni?". Belum sempat makanan masuk ke dalam mulut wajah Adam Haiqal yang sedang berdiri dihadapannya dipandang kaget. Alamak bila masa pulak dia balik?.
"Aw...awak. Bila awak sampai?". Adam Haiqal sepertinya terpaku melihat Dian saat ini. Pakaian wanita itu benar-benar mengetarkan jiwa lelakinya. Dengan hanya memakai singlet serta seluar pendek Dian kelihatan begitu mempersona. Bahagian aurat yang ditutupnya selama ini akhirnya dilihat oleh Adam Haiqal. Setelah menyadari renungan tajam milik Adam Haiqal itu, Dian mula sadar akan sesuatu. Pakaianya. Dia perlu menukarnya sekarang juga!.
"Maaf. Saya ingat awak tak ada. Awak dah makan?. Saya naik atas sekejap tukar baju"..
"Sokay Dian. Duduk, ada perkara yang saya nak bincang dengan awak"..Dian hanya menurut. pinggan kosong dicapai lalu diletakkan berhadapan denganya.
"Lepas makan boleh tak?. Saya lapar lah". Adam Haiqal mula menarik kerusi untuk duduk. Dian yang melihat perilaku Adam Haiqal itu mula tersenyum. Nasik segera dicedok ke dalam pinggan milik Adam Haiqal. Setelah doa makan dibaca mereka sama-sama menikmati hidangan tersebut sehingga kenyang.


Dua gelas air chocolate panas dibawa menuju ke ruang tamu rumah dimana perbincangan antara dia dan Adam haiqal akan bermula. Setalah air diletakkan ke atas meja wajah suaminya itu ditatap lama. Dada Dian mula berdebar menanti apakah yang bakal diperkatakan oleh Adam Haiqal.. Pada awalnya dia benar-benar pasti dengan perasaannya terhadap jejaka tersebut namun apabila berhadapan dengan pemilik hatinya itu, pendirian Dian mula goyah. Sepertinya perasaan sayang dan cinta itu masih utuh. Adakah dia sudah bersedia untuk dilepaskan?.
"Thanks untuk makanan tadi. Sedap". Dian mengangukkan kepalanya perlahan.
"Hari ni saya nampak awak dekat mall. Siapa lelaki tu?". Kening Dian mula bertaut rapat setelah mendengar soalan yang keluar dari mulut Adam Haiqal.
"Awak masih sah isteri saya dan Saya cuma nak tahu apa hubungan awak dengan dia"..
"Adam Haiqal, Ya saya masih isteri awak tapi hanya atas kertas. Dia kawan saya buat masa sekarang. Akan datang kita tak tahu kan? "..
"Dian perkahwinan bukan satu permainan. Saya pernah kata pada awak dulukan?. Segala keputusan terletak pada saya. Jadi saya perlu tahu apa yang sebenarnya awak fikirkan ".
"Saya rasa dah tiba masanya untuk kita berpisah Adam Haiqal. Izinkan saya cari bahagia saya sendiri. Saya tahu kehadiran saya dalam hidup awak tidak membawa apa-apa makna. Jadi saya mohon lepaskan saya". Riak wajah Adam Haiqal berubah setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dian lalu dengan perlahan nafasnya ditarik cuba untuk bertenang.
"Saya tahu prekahwinan kita tanpa rasa cinta. Awak yang memilih jalan ini and I've already warned you once. Saya bukan lelaki yang tak tau hukum Dian".
"Hati saya sakit Adam. Ya saya yang memilih jalan ni tapi hati saya dah cukup terseksa dengan layanan awak terhadap saya. Saya masih isteri awak tapi hati awak bukan untuk saya Adam. Enam bulan perkahwinan kita saya rasa cukup sampai sini. Saya doakan kebahagian awak dengan Adriana. Maaf sebab ambil masa yang lama untuk buat keputusan ni".air mata yang mengalir diseka perlahan sebelum mula menapak pergi meninggalkan Adam Haiqal berseorangan disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience