Bab 23:- DILEMA

Romance Series 82127

Setelah selesai membersihkan diri Dian mula menapak keluar dari bilik mandi menuju ke arah sofa , Sedang dia ralit meneliti telefon bimbit miliknya kedengaran pintu bilik diketuk dari arah luar.
"coming". Jubah mandi yang dipakainya dikemaskan sedikit sebelum mula menapak ke arah pintu. Mata Dian sempat memandang sepasang kasut kulit yang terletak di rak berdekatan pintu utama bilik.
' Sejak bila kasut tu ada dekat sini?. Aku yang tak perasan atau ..'.

Tuk! Tuk! Tuk!

Tombol pintu dipulas perlahan namun belum sempat pintu dibuka terasa ada tangan yang memegang bahunya dari arah belakang membuatkan Dian dengan segera menoleh. Alangkah terkejutnya Dian tatkala melihat wajah yang berada dibelalangnya kini.
"Awak!. Macam mana awak boleh ada dekat sini?!". pemuda tersebut kelihatan terpaku saat melihat wajah Dian membuatkan dia sadar akan sesuatu. Auratnya yang terdedah cuba untuk ditutup lalu dengan segera Dian mula melarikan diri memasuki bilik mandi bersembunyi. Dian memeluk tubuhnya erat cuba untuk menenangkan diri.
"Cik tolong bukak pintu ni. Mohon beri kami kerjasama". Dian mula mengerutkan dahi saat mendengar suara wanita dari arah luar bilik mandi tersebut lalu tombol pintu dipulas perlahan. Sekali lagi Dian dikejutkan dengan kedatangan jabatan agama islam , seluruh tubuhnya mula mengigil ketakutan .
" Boleh ka Cik keluar. Pihak kami ingin ambil keterangan.".
"Baju.. Saya tunggu baju"..Dian masih bersembunyi di sebalik pintu bilik air.
"Dian!.Sorry saya lambat. Apa dah jadi ni?".Athirah yang baru sahaja tiba disitu mula bimbang saat melihat ramai orang berkumpul di dalam bilik tersebut.
"Akak..". Dian mula mengalirkan air mata saat melihat wajah Athirah. Tanpa menunggu dengan lebih lama Athirah mendapatkan Dian lalu tubuh kecil itu dirangkulnya erat.
"It's ok Dian . Akak ada dekat sini". Dian yang mendengarnya mula menangis teresak-esak.
"Di malu Akak. Apa Di nak cakap pada mak dengan Abah. Di tak salah". Athirah mengusap bahu Dian lembut sebelum memberi gadis itu baju yang dibawanya sebentar tadi.

"Macam mana Perempuan tu boleh ada dalam bilik you Am!". Athirah memandang Ariana tajam.
"Nama dia Dian , I yang benarkan Dian guna bilik Adam. Dian tak salah". Adam yang masih kelihatan terpinga-pinga hanya diam tiada bersuara.
"You yang rancang semua ini kan?. You memang tak suka i dari dulu lagi. I will make sure Adam tak jadi nikah dengan perempuan murahan tu!".
Pang!
Daniel Faliq mula memegang lengan Athirah cuba menenagkan wanita itu. Tindakan Athirah benar-benar diluar jangkaan mereka. Adam Haiqal yang sedari tadi menundukkan kepalanya mula mendongak lalu tubuh Adriana ditarik perlahan agar mendekatinya.

" Eti apa yang awak dah buat ni". Wajah Adriana dilihat kejap. Kesan tamparan dari kakaknya jelas kelihatan pada wajah Adriana membuatkan Adam Haiqal berasa serba salah
"Sorry Ari, Am tak tahu apa yang dah jadi sebenarnya. Am promise am akan siasat perkara ni". Adriana mula menolak tubuh Adam Haiqal lalu wajah Dian direnungnya tajam.
"You jangan ingat you boleh dapatkan Adam. He love me and only me. I akan pastikan hidup you merana!". Dian memandang Daniel Faliq minta kepastian. Fikiranya masih tidak dapat memproses apa yang telah berlaku. Adriana mula berang saat melihat riaksi Dian yang kaku tiada berbalas lalu kakinya laju menapak menghampiri Dian. Tadung yang dipakai Dian direntapnya kasar membuatkan tubuh kecil itu terjelopok jatuh kelantai.
"Kau memang tak ada perasaan ka ha!".
"Ari no!". Adam Haiqal mula menarik lengan Adriana cuba untuk menjauhkannya daripada Dian.
"Kau tak layak pakai tudung. Dasar perempuan perampas".. wajah gadis yang bernama Dian itu keliahatan pucat , Athirah yang sedari tadi berada disisinya mula mengusap bahu itu lembut cuba untuk meminjamkan sedikit kekuatan.
"Enough!. Aku kenal adik aku lebih dari kau kenal dia. Jaga mulut kau sebelum tangan aku pulak yang hingap ke muka kau. Sekali lagi kau cuba sentuh adik aku. Hidup kau tak akan aman ingat tu!".
"Dian!". Semua mata mula tertumpu ke arah Dian yang sudah terkulai tidak sadarkan diri...

-----

"Am tak tahu dia ada dalam bilik tu pa. Am pening kepala sangat sebab tu Am masuk bilik tu and Am terlelap. Kami tak buat apa-apa pun pa please. Mama tolong Am mama". Datin Safiyah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Segala keputusan terletak di tangan suaminya , Dato' Arsyad melepaskan keluhan berat lalu wajah Adam Haiqal dipandangya sekilas.

" Papa nak Am bertangungjawab atas apa yang dah berlaku. Soal Am dengan Ari papa mintak maaf, papa terpaksa batalkan perkahwinan kamu berdua. Esok papa dengan mama akan maklumkan perkara ni pada keluarga Ari"...
" Pa please tak ada cara lain ka untuk Am. Am jumpa Dian. Kami tak semestinya kahwin pa". Dato Arsyad mengelengkan kepalanya perlahan tanda keputusan yang telah dibuat adalah muktamat. Adam Haiqal mula meraup muka tanda tertekan dengan situasi yang kian menjerat dirinya kini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience