"Thanks along hantar kan Di. Jangan lupa ambil Di balik nanti. Seminggu ni Di tidur rumah along tau". Daniel Faliq mengerutkan dahi tanda curiga.
"Am tahu tak Di balik rumah along ni?".
"Along yang suruh Di call haritu kan?. Di dah mintak izin dengan dia. Along jangan risau. Jam 5 on time please jangan lewat ok?". Tangan Daniel Faliq dicapai untuk bersalaman belum sempat Dian turun dari kereta terasa ada tangan yang mengusap lembut kepalanya .
"Call along kalau keluar awal". Bibir Dian mula menguntum senyum saat melihat sisi lain yang ada pada diri abangnya itu. kelihatan jelas Kasih seorang abang terhadap adiknya membuatkan Dian merasa dilindungi dan bersyukur dikurniakan seorang abang sepertinya. Tangan dilambai sehingga kereta milik Daniel Faliq hilang dari pandangan mata lalu dengan perlahan langkah kaki diatur menuju ke arah lif untuk ke tempat kerjanya.
"Morning Dian dah breakfast ka?".Dian yang baru sahaja melangkah masuk ke kawasan pejabat mula menoleh ke arah tuan empunya suara.
"Assalamualaikum and morning kak siti. Belum lagi ni. Akak pula?". wanita yang dikenali sebagai kak Siti itu turut mengelengkan kepalanya tanda perutnya masih belum diisi.
"Jom makan dekat tempat biasa?".
"humm ok juga tu. Dah lama kita tak kesana". Dian mula mengeluarkan purse dari bag tangan miliknya lalu mengekori langkah Kak Siti keluar dari pejabat.
"Hye Dian. Awak nak pergi mana?". Dian hanya diam membisu tatkala melihat seraut wajah yang berada dihadapannya kini.
"Encik Haziq kami nak pergi breakfast ni. Encik Haziq dah breakfast ka?".
'Aduh kak siti kenapa cakap kita nak pergi breakfast. Mesti dia nak menyebok ikut nanti. Serabutlah macam ni'.
"Owh saya dah breakfast dengan papa tadi tapi kalau nak saya teman boleh ja". Mata Haziq masih tertumpu pada Dian membuatkan tuan empunya diri merasa tidak selesa.
"Kalau macam tu jom lah sekali kita makan dekat tempat biasa".
"Akak kita pergi berdua sahajalah. Encik Haziq dah breakfast kan?. Sokay kami boleh pergi berdua jangan risau". Kak siti mula menepuk bahu Dian lembut sambil tertawa
"Eh lagi ramai join lagi seronok betul tak En Haziq?"..Dian mula memalingkan wajah sepertinya mencari sesuatu.
"Saiful!. baru sampai ka?. Jom kita breakfast sekali?. Kami semua nak turun ni lagi ramai join lagi best kan kak siti?". Kak Siti yang berada disebelahnya memandang Dian pelik. Mimpi apa perempuan ni tiba-tiba boleh jadi peramah pulak sambil kepala dianguk tanda bersetuju dengan kata-kata Dian. Pemuda tersebut mula mengukirkan senyuman tatkala dirinya dipelawa lalu tanpa membuag masa dia dengan segera mendapatkan mereka untuk sama-sama turun menuju ke tingkat satu bangunan.
"Dian nak makan apa? akak tolong ambilkan. Epol jom tolong akak sekali". Dian yang sudah pun duduk dimeja makan mula mengerutka dahi tanda tidak setuju.
"Eh tak apa akak saya boleh ambil sendiri". Haziq yang telah pun mendapat kan tempat dihadapan Dian mula bangun tatkala melihat Dian beredar menuju ke arah deretan gerai makan. Kak siti hanya akur dengan keputusan Dian. Kerusi yang berada dihadapannya ditarik perlaham untuk duduk. Saiful yang sedang berdiri berada disebelahnya dipandang sekilas.
"Kamu pergi dulu beli makanan biar akak yang jagakan meja. Risau nanti tiada tempat pula". Saiful hanya menuruti arahan Kak Siti lalu tanpa membuang masa dia segera beredar menuju ke arah yang sama dengan dua rakan sepejabatnya.
Share this novel