Bab 38:- KEAZAMAN

Romance Series 82127

Nasik yang terhidang di atas meja dijamah sedikit oleh Adam Haiqal sebelum mula menapak pergi meninggalkan Dian berseorangan disitu. Ucapan terima kasih itu kedengaran ikhlas pada pendengaran Dian membuatkan air matanya kembali mengalir deras. Mengapa hatinya tidak bisa melupakan lelaki yang bernama Adam Haiqal itu. Cintanya buat Adam Haiqal semakin hari semakin kuat, dia buntu harus bagaimana untuk membuang perasaan ini. Nasik yang terhidang disimpan ke dalam peti ais. Selera makannya hilang saat terkenangkan kejadian sebentar tadi lalu dengan malas langkah kaki diatur menuju bilik untuk merehatkan mindanya yang semakin kusut.

"Dian! Hye beb i miss you so much!". Dian yang sedang ralit bermain dengan telefon bimbitnya mula mendongak.
"Thiya!.. I miss you so much to. Welcome back home dear". Mereka berdua saling berpelukan lama.
" how's life". Thiya mula mendapatkan tempat duduk dihadapan Dian lalu wajah wanita itu direnungnya lama.
"Life has its ups and downs, but I'm doing my best. Awak pulak?. Kali ni berapa lama stay?".
"Kali ni aku balik terus. Abang aku suruh balik risau katanya aku duduk sorang-sorang dekat london tu".
"Business awak dekat sana macam mana?". Thiya mula tersenyum saat mendengar soalan tersebut.
"Share partner aku jaga. Aku balik malaysia ni bukan kosong. Hehe". Dahi Dian mula berkerut saat melihat telatah temannya itu.
"Maksud awak?".
"Ofcozlah aku akan bukak cawangan baru dekat sini. My own boutique".
"Wah. Kawan saya nak bukak boutique, saya akan jadi first customer awak".
"Aw so sweet. Ok kau kena tolong aku tau. Banyak benda nak kena settle ni. Owh ya sebelum aku terlupa kelas kita ada buat reunion hujung bulan ni".
"Reunion?. Siapa beri tahu awak?. Saya tak dapat apa-apa info pun".
"Min. Kebetulan aku pun dah balik malaysia so dapatlah aku join. Kita pergi sekali ya". Dian hanya mendiamkan diri sepertinya sedang. Memikirkan sesuatu.
"Hey apa yang teruk sangat termenung tu?. Aku datang rumah kau ok?".
"No!". Thiya memandang wajah itu tidak berkelip. Dian kelihatan gelisah seperti ada sesuatu yang cuba untuk dirahsiakan namun Thiya dari awal lagi sudah dapat melihat dari riak wajah temannya itu. Masaalah yang tak terungkap.
"kau ada masaala ya?. Dari awal aku dah boleh agak kau ada pendam sesuatu ni. Cuba cerita pada aku".Dian masih diam membisu tidak tahu bagai mana untuk memulakan bicara.
"Macam ni lah. Talk to me when you're ready for a conversation".
"Saya rasa awak perlu tahu perkara ni". Thiya mula menarik nafas dalam sepertinya sedang bersedia untuk mendengar luahan sahabatnya itu..

"Hye sayang. Yup I dah sampai Malaysia. Sekarang tengah makan dekat restaurant area pejabat you. Okay i tunggu". Amboi-amboi bukan main lagi suara manja dia keluar. Dian mula tersenyum melihat perubahan rakannya itu kalau dulu free hair now dah berhijab. Walaupun duduk dekat negara bukan majority islam tetapi dia masih istiqomah. Alhamdulillah.
"Ok kita sambung balik. Geramnya aku dengar cerita kau ni. Tapi apa-apa pun Dian if kau perlukan bantuan just call me ok?. Aku akan selalu ada untuk kau".
"Thanks thiya".

Sejak dari kejadian tempoh hari kelibat Adam Haiqal langsung tidak kelihatan apabila dia pulang kerumah mereka mebuatkan Dian yakin bahawa melupakan Adam Haiqal adalah jalan terbaik. Dia harus mencari kebahagiannya sendiri. Masa Terasa begitu pantas berlalu. Tempoh perkahwinan mereka kini telah memasuki bulan ke enam. Masih tiada apa ya g berubah. Mungkin ini adalah bulan terakhir dia disitu sudah tiba masanya dia mencari kebahagian buat dirinya sendiri..

"Sayang i nak pergi tengok baju dekat situ sekejap". Adriana mula menapak meninggalkan Adam Haiqal seorang diri. Kalau namanya perempuan tiada istilah sekejap. Kerusi yang terletak berhadapan boutique pakaian dipandang sekilas. Langkah kaki segera diatur menuju ke arah kerusi tersebut untuk duduk. Matanya mula meliar memandang keadaan sekeliling. Walaupun hari ini hari bekerja, kelihatan ramai pengunjung yang hadir ke pusat membeli belah tersebut. Jika hari minggu pula pasti tiga kali ganda ramainya. Apa yang mereka cari sebenarnya?. Adam Haiqal mula mengelengkan kepalanya perlahan. Sedang dia ralit memerhati gelagat pengunjung disitu matanya Adam Haiqal mula tertumpu pada satu sosok yang amat dikenalinya. Dian Sofea?.. Hampir dua minggu wajah itu tidak dilihat tanpa sedar bibirnya mula menguntum senyum saat terpandangkan wajah Dian yang sedang tersenyum. Apakah yang membuatkan wanita itu kelihatan gembira?. Adam Haiqal jadi ingin tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience