Bab 1:- PERMULAAN SEBUAH KISAH

Romance Series 82127

Suasana cerah pagi nan indah , bunyi kicauan burung bersahut-sahutan umpama menyanyikan lagu riang membuatkn Dian tersedar dari lena. Matanya mula tertumpu pada jam dinding yang berada agak jauh dari katil.
' Jam tujuh pagi.. humm malasnya nak bangun'.. Dian masih kaku di atas katil sambil melayan perasaan sebelum bangun untuk bersiap ke sekolah .

"Di!... Bangun cepat karang lambt ke sekolahnya.. Ibu kejut dari tadi lagi , tak bangun-bangun juga budak bertuah ni!". Suara nyaring Mak Yam membuatkn Dian bingkas bangun dari pembaringannya. Kalau tak bangun jugak ni habis dia dikerjakan . Tanpa membuang masa tuala dicapai lalu kakinya menapak laju menuju ke bilik mandi.


"Assalammualaikum semuanya.. Pagi". Dian menarik kerusi untuk duduk lalu Nasik goreng yang sudah siap terhidang atas meja makan dijamahnya sedikit. Mak yam yang melihat perangai anak daranya yang satu itu hanya mengelengkan kepala.

" Subuh mesti tak bangun solat kan?. Ibu masuk bilik bukan main dia bangun. Lepas ibu keluar awak smbung tidur ya?"..Dian tersenyum kecil saat mendengar kata- kata mak yam.

"Kita tak boleh solat lah ibu. Allah kasi cuti hehe. Owh ya kita dah lambat ni sebenarnya. Ibu ada bekalkan untuk kita tak?". Nasik yang dijamah sebentar tadi di sumbatnya ke dalam mulut sehingga licin . Ekpress namanya.

" Makan perlahan-lahan Di , karang tercekik jenuh ibu dengan abah nak bawak kamu pergi hospital". Dian hanya mengangukkan kepalanya sebelum mencapai bag berisi makanan yang dihulurkan Mak yam.

" Maaf ibu. Adik dah lambat ni. Abah, ibu nak salam ?". Dian mencapai tangan kedua ibu bapanya lalu dikucup lembut sebelum bergegas menuju ke pintu utama rumah untuk keluar.

" Hati- hati jalan tu. Di tak nak abah hantar kan ka?". Mak Yam menghampiri Dian yang sedang memakai kasut sekolah lantas Wang kertas bewarna merah dihulurkan kepada anaknya itu.

" Di ada duit belanja lagi lah ibu. Duit tu ibu simpan saja tau. Di tak nak susah kan abah lagipun sekolah bukan jauh sanggat..Di pergi sekolah dulu ya Assalammualaikum".. Mak Yam hanya tersenyum melihat ananknya itu lalu langkah Dian diperhatikan sehingga ianya jauh dari pandangan mata.

' Harap-harap hari ni bertembung dengan dia lagi'..Dian mula tersenyum seorang diri bila teringatkan kejadian semalam. Pertemuan dengan seorang jejaka yang membuatkan hatinya berdebar- debar tanpa henti . Perasaan apakah ini?. Adakah aku telah jatuh cinta?.. senyuman diwajahnya semakin melebar lalu peristiwa semalam mula bermain difikiran..


" Ya allah dah lambat ni. Ibu Di pergi sekolah dulu. Assalammualaikum". Dian menyarungkan kasut sekolahnya lantas mengatur langkah berjalan menuju ke jalan utama. sesekali jam pada tangannya dikerling bimbang.

'Macam manalah aku boleh terlajak tidur. Alhmdulillah kerja sekolah dah siapkan semalam. Kalau tidak mesti kena denda hari ni'.. lagi sepuluh minit pintu pagar sekolah akan ditutup tanpa menghiraukan orang sekeliling Dian sudah bersiap sedia untuk berlari menuju ke sekolah. Belum sempat dia memulakan lariannya.

Buk!
'Mak!'..

Dian merasakan tubuhnya melayang setelah dirempuh oleh seseorang dari arah belakang Titik keseimbangan tubuhnya hilang lalu..
'Eh kenapa tak jatuh- jatuh lagi ni'.. Dian yang sedari tadi memejamkan mata mula membukanya perlahan. Alangkah indah pemandangannya pada saat itu.

" Awak. Awak ok ka?". Eh sekejap- sekejap. Mata Dian mula membulat saat mendengar suara garau itu. Dia yang sedari tadi berada agak rapat dengan pemuda tersebut mula menjarakkan dirinya.
" Maaf. Saya tak sengaja". Dian hanya mengangukkan kepala sepertinya terpukau dengan ketampanan wajah itu lalu jam tangannya dikerling sekilas
"Alamak dah lambat!!".. Tanpa menghiraukan pemuda tersebut Dian mula berlari menuju ke arah sekolahnya. sesampai sahaja dihadapan pintu pagar sekolah wajah pengawas yang bertugas dipandang penuh bimbang.
" Awak boleh tak saya masuk?". Suaranya kedengaran agak perlahan seakan merayu meminta simpati.
" Nama siapa? dari kelas mana?. kenapa lewat?"..Aduh buruk rekod macam ni.. Dian mengeluh pasrah .

" Dian sofia.. Kelas Lima Arif"..
"Kenapa datang lewat?"..Aduh kena jawab jugak ka?.. Dian mecebikkan bibirnya tanda geram..
"um saya pagi tadi...".
" Maaf pagi tadi ada kemalangan kecil dekat jalan sebab tu kami lambat"..Dian yang belum sempat menghabiskan ayatnya menoleh memandang tuan punya suara.
" Ha apa-apa sajalah. Datang lambat denda tetap denda.. nama kamu siapa?. Dari kelas mana?"..Dian menutup mukanya separuh dengan tudung sekolah. Masa bila dia berdiri belakang aku ni aduhh..
" Adam Haiqal..."..
" Adam Haiqal boleh masuk. Pengetua mintak awak ke biliknya sekarang".. Datang seorang guru perempuan menapak menghampiri mereka membenarkan pintu pagar itu dibuka . Adam Haiqal yang mendengar arahan tersebut hanya mengangukkan kepalanya tanda faham . Dian mula mengerutkan dahi tanda pelik. Budak baru ka?. Patut muka tidak pernah nampak. Keluhan kecil dilepaskan . Apalah nasib aku
sebentar lagi, basuh bilik air lah jawabnya wajahnya ditunduk tanda kesal
" Dia datang dengan saya. Boleh tak kalau dia masuk sekali?".. wajah Adam Haiqal ditenungnya lama seakan meminta kepastian.. ada harapan ni.
" Dian terus masuk ke kelas . Kali ni kamu lepas ya. Lain kali No". Alhamdulillah ya Allah. Dian mula tersenyum tanda syukur.
"Baik awak. Terima kasih"..Tanpa membuang masa langkah kakinya diatur menuju ke dalam perkarangan sekolah namun dia merasakan ada sesuatu yang belum selesai. Langkah kakinya terhenti lalu dia menoleh
"Owh ya sebelum terlupa. Terima kasih ". Senyuman diukirkan buat Adam Haiqal membuatkan jejaka itu terdiam sepertinya terpaku melihat senyuman itu.

Vromm!!!!
" Eh mak kau!". Dian yang sedari tadi asyik mengelamun mula tersedar.
" Apalah bawak moto macam orang gila. Nak gugur jantung dibuatnya.". Dadanya diusap perlahan lalu mata Dian mula tertumpu pada susuk tubuh seseorang. Eh mamat semalam tu lah.. belum sempat Dian menyapa datang seorang pelajar perempuan terlebih dahulu mendekati. Hah siapa lagi kalau bukan anak Dato dalam sekolahnya itu Boleh dikatakan semua pelajar lelaki yang baru sahaja masuk kesekolah mereka akan disapa olehnya terlebih dahulu dan tiada seorang pun pelajar perempuan yang boleh mendekati mereka. Hum malas layan . Tanpa mempedulikan mereka Dian menpercepatkan langkahnya mendahului bimbang terlambat pula sampai ke sekolah. cukuplah semalam sahaja dia lambat dan yang pasti rekod kehadirannya masih bersih . yas!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience