'mana mamat ni pergi?. Dari tadi tak Nampak pun batang hidung dia'. Dian yang baru sahaja selesai manyediakan makan malam mula menjengah ke ruang tamu rumah mencari kelibat Adam Haiqal namun tidak kelihatan.
"Awak. Jom makan, saya dah siap masak ni". Masih sunyi tidak bersahut.
'Mana pulak dia ni. Tadi ada. Mungkin dalam bilik kut'. Tanpa menunggu dengan lebih lama langkah kaki segera diatur menuju ke tingkat satu rumah.
"Awak jom kita makan". Pintu yang masih tertutup dipandang kosong. Why masih tidak bersahut.
"Adam Haiqal saya cakap dengan awak ni. Awak ada dekat dalam ka?". Masih sunyi tidak berjawab.
"Saya masuk ya?". Tombol pintu dipulasnya perlahan setelah itu dia cuba untuk menjengah ke dalam bilik tersebut.
"Adam?.". Dian mula menapak perlahan mendapatkan Adam Haiqal yang kelihatan sedang berbaring di atas katil. Mungkin dia terlelap lepas maghrib tadi?. Tanpan menunggu dengan lebih lama tubuh sasa itu ditepuknya perlahan.
"Awak. Bangun Awak. Saya dah siap masak jom turun makan sekali". Wajah Adam Haiqal yang sedang nyenyak dipandangnya lama. Bukan senang untuk menatap wajah tampan milik Adam Haiqal itu ketika dia sedang tidur. Kejadian semalam yang berlaku antara dia dan Adam Haiqal langsung tidak dia ingati kerana terlalu penat dan akhirnyaa dia terlena. Dia masih belum bersedia untuk memberikan sepenuh hatinya kepada lelaki itu namun dia ingin memberikan peluang kepada Adam Haiqal untuk memperbaiki hubungan mereka.
"Um.. Sayang?. Sorry abang terlelap tadi". Adam Haiqal yang kelihatan mamai mula bangkit dari pambaringannya.
"sokay. Jom turun makan".
"sayang turun dulu. Abang nak basuh muka sekejap"..
"Awak kalau saya mintak izin nak balik kampung boleh?". Makanan yang sedang dikunyah terasa tidak tertelan setelah mendengar permintaan mengejut Dian itu.
'Kenapa dia nak balik kampung?. Dia ada terasa dengan aku ka? atau'...
"Sayang.. Look pasal semalam tu abang berani sumpah tak ada apa-apa pun terjadi antara kita. Abang tahu Di tak bersedia untuk semua tu so please bagi abang peluang perbaiki hubungan kita". Dian yang melihat perubahan riak wajah Adam Haiqal mula tersenyum senang.
"Apa yang awak merepek ni?. Saya bukan pergi tak balik terus. Rasa dah lama sangat saya tak jumpa diorang. Awak izinkan ke tak?". Dada yang tadinya berdebar dilurutnya perlahan. Alhamdulillah
"Boleh. Tapi dengan satu syarat". Dahi Dian mula bertaut setelah itu wajah Adam Haiqal dipandang lama menanti jawapan.
"Abang ikut sekali".
"Eh awak. Saya boleh balik sorang lah. Lagipun rumah saya rumah kampung mesti awak tak selesa. Tak apa saya balik seorang saja ya?".
"Nope. Abang nak ikut sekali. Abang pun nak jumpa ibu dengan ayah. Dah nak dekat setahun kita kahwin tapi abang tak pernah jumpa diorang. So inilah masa yang sesuai untuk abang jumpa ibu dan ayah sayang".
"Baik awak"...
"Lagi satu syarat. Please call me abang. Tak sedap lah dengar saya awak".
"Banyaknya syarat awak. Saya tak biasalah guna panggilan tu".
"Perlu biasakan. Apa kata ibu dengan ayah kalau sayang masih ber saya awak dengan abang nanti?". Dian sepertinya sedang berfikir sejenak setelah mendengar telahan suaminya itu.
"Insyaa allah. Saya cuba"..
"Assalammualaikum". Daniel Faliq yang sedang fokus pada kerjanya mula menoleh memandang tuan empunya suara.
"Waalaikumussalam Cik Athirah. Cik athirah buat apa dekat sini?".
"Nak keluar lunch. Awak busy lagi ka?".
"Owh boleh lah. Tapi dah nak siap sikit lagi".
"Baiklah. Kalau macam tu saya pergi lunch dululah. Sorry ganggu".
"Wait. Um cik Athirah pergi lunch dengan siapa?".
"Sorang saja. Why?". Daniel Faliq mula mengemas meja kerjanya tanpa memghiraukan pertanyaa Athirah.
"Kebetulan saya pun lapar ni. Jom saya teman cik Athirah lunch". Athirah memandang Daniel Faliq bersama senyuman yang tidak lekang diwajah. Alangkah berbunga hatinya saat ini apabila jejaka yang berjaya menawan hatinya itu mahu menemani dirinya.
"Okay but please just call me Athirah. Tak perlu formal sangatlah. Lagipun kita dah kenal lama kan?".. Dengan perlahan Daniel Faliq mengangukkan kepalanya sebelum mereka sama-sama menapak menuju ke pintu utama pejabat untuk keluar..
"Terima kasih hantarkan saya. Awak hati-hati tau. Saya naik dulu ya".
"Awak?. Siapa awak tu?". Dian mula mengetap bibirnya perlahan sepertinya dia terlupa akan sesuatu.
"Sorry. A..abang. Yes abang. Saya naik dulu".
"Sekejap. Practice dulu. Sayang abang, abang sayang".
"Awak saya kekok lah kalau macam ni".
"practice make perfect. So mulai hari ni sayang perlu practice sebelum kita balik kampung minggu depan. Ada lagi seminggu ni".wajah Adam Haiqal yang penuh pengaharapan dipandang sekilas.
"Baiklah. Abang... Sayang, sa..yang abang. Ok?".
"Abang pun sayangkan Sayang". Wajah Adam Haiqal yang sedang tersenyum ke arahnya dipandang tidak berkelip. Sungguh dia rindukan senyuman itu. Senyuman yang membuatkan jiwanya tidak tenteram.
" Sayang kenapa tengok abang macam tu?".
"Ha?. Tak ada apa-apa. Di naik dulu ya".
"Sekejap". Belum sempat Dian membuka pintu kereta Adam Haiqal terlebih dahulu menghalang. Adam Haiqal mula menghulurkan tangannya ke arah Dian. Dengan teragak-agak Dian mencapai huluran tangan itu lalu dikucupnya perlahan. Tanpa sempat dia melepaskan gengaman tangan tersebut terasa lengannya ditarik perlahan agar mendekati. Kini jarak antara mereka hanya sejengkal. Apa yang sedang dia cuba lakukan? Hati Dian mula tidak keruan dengan perilaku Adam Haiqal tika ini. Pandangan mata mereka mula bertaut. Wajah Adam Haiqal semakin rapat pada wajahnya membuatkan Dian menutup matanya rapat tidak mampu untuk mentap renungan mata suaminya itu. Tidak sampai berapa saat dia merasakan ada kucupan hangat singah pada dahinya lama..sekali lagi wajah Adam Haiqal dipandang tidak berkelip.
"Dalam islam kalau sayang salam abang gugur semua dosa-dosa kecil sayang and abang pun boleh dapat pahala jugak. Indahkan islam ni? Secara tak langsung ia boleh merapatkan lagi hubungan kita. Abang harap sayang tak marah dengan apa yang abang buat "..Tanpa sedar ada senyuman terbit dibibir Dian.
"Thanks abang".
"most wc my dear. Today I'll pick you up from work. So balik nanti jangan lupa call ok?".
"Baik. Di pergi dulu ya. Assalammualaikum".
"Waalaikumussalam".
Share this novel