Dian yang baru sahaja sadar dari lena memandang keadaan sekeliling bilik kosong. Jam yang berada disisi katil dipandang sekilas.
'Jam enam suku dah , Kenapa alarm aku tak bunyi?'. Kedua belah tangan diregangkan sepertinya sedang melakukan senaman sebelum bangkit dari katil. Setelah badan berasa ringan dan sedikit bertenaga dia mula menapak menuju ke arah bilik mandi untuk membersihkan diri.
"Maaf Di dah susahkan akak keluar awal-awal pagi ni ." Athirah yang sedang fokus pada pemanduan mula tersenyum lalu Dian yang berada disisi dipandang kejap.
" Tak susahkan akak pun lah. Kebetulan pagi ni akak ada meeting why not kita gerak sekali betul tak? ".
Dian yang mendengarnya mula menarik nafas lega. Rasa serba salah dari awal perjalan semakin berkurang mana tidaknya kerana dirinya berkeras ingin beredar lebih awal punca Athirah tidak sempat untuk mejamah sarapan pagi miliknya .. Dian yang sedari tadi sedang menunduk kini membuang pandang ke arah kesesakan jalan raya membuatkan suasana di dalam kereta berubah menjadi sunyi.
"Macam mana tidur malam tadi?. Lena ka?" Suara lembut milik Athirah menyadarkan Dian dari lamunan lantas sambil tersenyum dia menoleh.
"Um alhamdulillah. Lena sangat". Athirah mula terdiam sejenak. Betul ka apa yang dia dengar?. Dia sedia maklum dengan perangai Adam Haiqal yang tidak begitu selesa jika kawasan privacynya diganggu oleh orang luar apatah lagi tinggal di dalam biliknya. Tidakkah Adam Haiqal memarahi Dian kerana memasuki biliknya tanpa kebenaran?. Mengapa Dian seakan tidak mengetahui keberadaan adiknya itu di dalam bilik tersebut?. Pelbagai tanda tanya mula bermain difikiran athirah pada tika ini. Sejak Adam Haiqal memiliki rumahnya sendiri bilik tersebut sudah lama tidak dihuni namun dia tidak tahu mengapa Adam Haiqal pulang ke rumah orang tua mereka pada malam itu.
"Dian ada perasan apa-apa yang pelik tak malam tadi?". Soalan Athirah membuat Dian berasa takut. Adakah bilik yang didiaminya malam semalam berpenunggu?. Wajah Athirah direnung lama menunggu jawapan. Athirah yang melihat riaksi suspen milik Dian mula tertawa geli hati. Pasti Dian tersalah erti dengan soalan yang ditanyakan.
"Bukan itulah maksud akak. Di ada terjaga tak malam tadi?". Dian mengelengkan kepalanya pantas.
"Apa yang Di ingat, Di mandi dan terus tidur sebab badan rasa penat sangat semalam. Kenapa akak?".
"Dian ada jumpa Adam?". Lagi sekali kepalanya digeleng. Pertanyaan kakak iparnya itu membuatkan dia mula berfikir sejenak.
'ada apa-apa yang aku tak tahu ka?'
"ok dah sampai. Kalau Dian nak balik sekali dengan akak nanti call saja ya". Dian kelihatan masih kaku ditempat duduknya tidak berganjak.
"Apa yang difikirkan tu. Dian, hey dian kita dah sampai ni". Tubuh kecil itu digoncang perlahan.
"ha?. Owh sorry akak. Terima kasih hantarkan Di".
"Kalau nak akak ambil balik nanti call saja ok?".
"Baik akak. Hati-hati drive Di pergi dulu ya". Athirah melambaikan tangan ke arah Dian sebelum mula memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.
"Dian kertas kerja yang saya beri hari tu dah siap ka?"..
" yup. En Hanif nak sekarang ka? ".
"Bos mintak kamu teman En Haziq pergi ke tapak pembinaan hari ini. Bawak sekali kertas kerja tu ya". Dian yang mendengar arahan tersebut mula mengerutkan dahi tanda tidak puas hati.
" Saya? teman En Haziq?. En Wan Kerja saya dekat pejabat ni menimbun tau. Kalau orang lain yang pergi gantikan saya boleh tak?". Hazwan mula tersenyum saat melihat riaksi wajah Dian yang cuba meraih simpati namun apakan daya dia tiada kuasa untuk memberi jawapan atas permintaan Dian itu.
"Hye Dian. Awak dah siap ka?". Dian yang masih lagi menunggu jawapan Hazwan mula menoleh memandang Haziq yang tiba-tiba muncul dari belakang ketuanya bersama senyuman yang terukir dibibir.
"En Haziq. Saya tak free hari ni. Banyak kertas kerja kena submit sebelum jam 5 petang, kalau kak Siti gantikan tempat saya boleh tak?".
"Papa dah ubah deadline kertas kerja tu esok. So awak boleh lah teman saya hari ni".
"Owh". Dian memandang wajah Hazwan seakan meminta bantuan namun tuan empunya badan hanya mampu tersenyum pahit melihat situasi tersebut. Dian mula mengetap bibir tanda geram.
"Saya tunggu awak dekat kereta ok". Dalam keterpaksaan Dian akur lalu dengan malas dia mula menyimpan segala bahan yang akan dibawa bersama ke dalam bag galas miliknya.
"Senyum sikit. Tak manis anak dara muncung macam tu". Kak siti yang tadinya sedang sibuk dengan kerjanya mula bersuara setelah melihat wajah cemberut milik Dian.
"Akak... Tolong saya". Kak Siti mula tertawa geli hati saat melihat wajah Dian tika ini. Nak marah tapi kena sabar. Tidak tergambar.
"Hati - hati gerak tu. Apa-apa call akak ok?".
"Humm.. Saya nak merajuk. Akak tak nak tolong saya"..
"En Haziq tu kalau soal kamu kami yang membangkang pun kalah. Redho jelah ya. Ingat apa-ap jadi call akak".
"Baik akak. Terima kasih".
Share this novel