15

Short Story Series 18705

Selepas mereka mengaji sehingga ke petang. Macam biasa 3 sekawan ini beriadah di taman permainan berhadapan tasik. Mereke berjoging bersama-sama.

Setelah 2 pusingan mereka berlari anak. Sakinah dan Hanis sudah mengah. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri melihat Hanif meneruskan lariannya. Ditinggalkan 2 gadis itu jauh kebelakang.

" Wow, semangat gila abang kau tu. Aku yang kurus ni pun pancit." Sakinah sudah terduduk diatas rumput yang hijau. Kakinya dilunjur kehadapan menghadap Tasik.

" Tulah pasal. Aku pun pelik. Semangat betul dia ni kali ni. Dah seminggu dia macam tu." Hanis juga mengikut Sakinah duduk dirumput.

" Habislah kau Hanis. Kalau betul dia kurus. Jam kau jadi taruhan." Sakinah memandang Hanis yang meneguk botol air kosong yang dibawa bersama tadi.

" Tak apa. Kalau itu yang buat dia berkobar-kobar nak kurus." Hanis mengucapkan penuh keikhlasan untuk melihat abang kesayangannya kurus.

" Baguslah kau." Puji Sakinah Ikhlas.

" Kalau dia kurus, kau nak bagi dia apa? Kau tak nak terima dia jadi boyfriend kau?" Tanya Hanis lembut.

" Ish kau ni. Kita bertigakan kawan. Aku masih tak boleh lupakan Abang Yusuf." Suara Sakinah sayu. Mengenangkan Yusuf akan bernikah tidak lama lagi. Surat yang diberikan padanya haritu, tidak lagi dibuka untuk dibaca.

" Kau kena lupakan dia. Wajib." Hanis memegang bahu kawannya.

" Yes boss, i will." Jawab Sakinah.

" Aja aja Fighting!!" Ucap Hanis sambil tangannya digengam dan mengangkat tangannya berulang kali.

" Fighting!!!!." Mereka sama membuat gaya tersebut dan tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience