23

Short Story Series 18708

Sakinah mengetuk pintu belakang rumah Mak Langnya. Pintu dibuka oleh bibik mak langnya. Nampaknya mereka sudah ada bibik yang baru.

" Cik ni siapa ya?" Tanya bibik itu pelik melihat tetamu datang dari pintu belakang.

" Saya Sakinah. Jiran sebelah. Anak buah Datin Jas." Sakinah memberitahu supaya jelas dengan statusnya supaya bibik dihadapannya tidak mencurigainya.

" Oh, masuklah.." Bibik itu sudah menarik lengan Sakinah untuk masuk ke rumah. Tidak sempat Sakinah menolak pelawaan itu badan di sudah pun masuk kedalam ruangan dapur itu.

" Err, sebenarnya saya sekejap je ni bik. Saya nak hantar ni." Sakinah sudah meletakkan pinggan yang berisi kaswi itu diatas meja kecil yang berada di sebelah pintu itu. Tiba-tiba ada suara yang memanggil bibik dengan kuat.

" Sebentar ya. Saya mahu ke depan sekejap." Sakinah hanya menganggukkan kepalanya. Sebenarnya mahu saja dia pergi dari situ. Tidak betah dia mahu berlama disitu. Tidak sanggup jika matanya melihat pasangan yang sudah mencarik-carik jantungnya. Sakinah duduk di kerusi disitu. Tidak lama selepas itu bibik datang bersama budak kecil mungkin berumur 3 tahun.

" Ni siapa bik? anak bibik ke?" Tanya Sakinah pada bibik yang sedang mendukung budak perempuan itu.

" Bukan. Ni Zulaikha namanya. Anak Tuan Yusuf dan Puan Hania. Kamu kenal mereka kan?" Sakinah tergamam. Oh anak dia orang dah besar dah pun.

" Kenal. Dia orang tak turun ke bik?" Tanya Sakinah. Matanya melihat wajah budak kecil dihadapannya. Sakinah memang tidak berapa gemar dengan anak kecil. Tidak sangka sehingga sekarang dia masih tidak suka dengan anak kecil.

" Turun. Tapi sebentar lagi." Jawab Bibik mendatar. Tiba-tiba mendengar bunyi kaca pecah.

" Bibik, bunyi apa tu?" Tanya Sakinah pelik.

" Biarlah, nanti bibik kemaskan." Sakinah semakin pelik melihat riaksi bibik itu. Seperti tidak kisah dengan bunyi kaca itu. Bukan ke sepatutnya bibik yang kena bergerak pantas untuk mengemas serpihan kaca itu.

" Ok lah bik, saya nak balik dah ni." Belum sempat Sakinah berdiri, Sakinah mendengar suara orang bertengkar pula. Sakinah kenal dengan suara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience