37

Short Story Series 18705

Sakinah teragak-agak masuk ke bilik Yusuf. Ini mestilah bilik dia dengan Kak Hania dulu kan? Sabarlah hati. Tak apa, tu dulu. Sekarang, ni bilik Yusuf dan Sakinah pula dan selamanya, inshaallah.

Selepas mandi Sakinah memakai baju tidur satin warna cream berlengan panjang dan seluar panjang. Baru Sakinah keluar dari bilik air, Yusuf pula baru masuk ke bilik. Mata mereka berpandangan seketika.

" Err.. abang imamkan Sakinah, boleh?" Tanya Sakinah lembut.

" Sure." Jawab Yusuf.

Selepas mandi dan berpakaian lengkap Yusuf keluar dengan wajah bersahaja. Dia melihat Sakinah sudah membentangkan dua helai sejadah ke arah kiblat.

Tenang sungguh hati Sakinah apabila solatnya kali ini diimamkan oleh lelaki bergelar suaminya. Selepas selesai solat isyak, Sakinah menyalami tangan Yusuf manakala Yusuf mencium dahi Sakinah kejap.

" Err.. abang ada benda nak cakap dengan Sakinah. Jumpa dekat bilik bacaan tau. Abang tunggu sana." Yusuf memberi arahan dan ingin berlalu keluar dari bilik, belum sempat dia keluar bilik Sakinah menyeru namanya.

" Abang Yusuf."

" Ya, kenapa?" Tanya Yusuf pelik.

" Err, nak air ke?" Tanya Sakinah berbasa-basi.

" No, thanks. Dah berus gigi malas nak minum." Ujar Yusuf jujur.

" Ok." Setelah kelibat Yusuf hilang Sakinah cepat-cepat menyidaikan telekungnya diampaian begitu juga dua helai sejadah. Selepas menyikat rambut, Sakinah berjalan laju menuju ke bilik bacaan.

Setelah pintu diketuk, Yusuf mengarahkan Sakinah masuk. Yusuf tergamam untuk kali kedua apabila melihat penampilan Sakinah. Sakinah yang dikenalinya dulu dan sekarang sangat lain. Sekarang wajah dan penampilan Sakinah sangat matang. Sakinah sudah meningkat dewasa dengan wajah yang cantik, badan yang mengliurkan. Ish, apa aku merepek ni. Astagfirullah. Tapi, bukan dosa pun. Dia isteri aku.

" Err, duduklah." Arah Yusuf pada Sakinah. Sakinah duduk di sofa kulit berkembar tiga itu.

" Abang nak cakap apa?" Sakinah membuat riak wajah bersahaja.

" Abang nak berputus terang." Ucap Yusuf dengan riak wajah serius. Sakinah menelan air liurnya. Aku ada buat salah ke?

" About?" Tanya Sakinah pendek, anak matanya tetap merenung mata Yusuf.

" Sakinah sedia maklum, perkahwinan ini untuk Nur Zulaikha, iaitu anak abang. Cinta abang hanya untuk Kak Hania. Jadi, abang harap Sakinah jangan berharap apa-apa dari abang mahupun perkahwinan ini. Biarlah, masa yang membawa arus pernikahan kita. Abang tahu Sakinah terpaksa, begitu juga dengan abang. Abang tiada pilihan untuk membuat keputusan. Walaupun Kak Hania meninggalkan abang, tapi abang sudah lepaskan dia. Tapi, tidak untuk Zulaikha. Abang harap, Sakinah boleh menjadi ibu yang baik pada Zulaikha." Kata-kata Yusuf yang panjang lebar itu, betul-betul menghancurkan hati Sakinah. Tiadakah sedikit pun kasih abang pada Sakinah? Hanya sekadar menjadi ibu pada Zulaikha? bukan suri di hati abang?

Sakinah diam. Nak cakap apa? Boleh ke aku membantah?

" Sakinah, kenapa diam? Sakinah dengarkan apa yang abang cakap tadi?" Yusuf bertanya lembut pada Sakinah.

" Sakinah dengar. Tapi, Sakinah tak faham. Maknanya kalau Sakinah berharap untuk terus jadi isteri abang, adakah itu salah? adakah itu salah satu perkara yang abang tak akan izinkan? maknanya nanti abang akan ceraikan Sakinah, macam tu ke?" Tanya Sakinah lemah dan sayu. Belum apa-apa dah nak jadi janda.

" Eh, bukan itu maksud abang. Bukan sampai cerai. Abang nak jelaskan dekat Sakinah. Walaupun abang dengan kak Hania dah bercerai, tapi abang tetap cintakan dia. Sebab dia berkeras mahu bercerai. Dan untuk mencintai Sakinah, ia seperti mustahil. Pasti Sakinah pun rasa begitu pada abang. Abang faham. Kita dah macam adik-beradik kandung. Lagi satu, untuk pengetahuan Sakinah, abang pilih Sakinah untuk jadi ibu Zulaikha sebab abang betul-betul tiada pilihan. Abang harap sangat ini hanya rahsia kita berdua. Abang cuba memahami Sakinah, Abang harap Sakinah juga cuba fahami abang juga." Jelas Yusuf panjang lebar.

Sakinah diam lagi.

" Ok lah. Kalau tak ada apa-apa Sakinah masuk tidur dulu. Assalamualaikum."

Sakinah terus berlalu meninggalkan Yusuf sendirian di bilik bacaan itu.

Sakinah membuka pintu biliknya, dia melihat Zulaikha sudah terbaring di tengah-tengah katil bersaiz king itu.

" Ibu, ibu pergi mana?" Tanya Zulaikha lembut.

" Jumpa papa." Jawab Sakinah lembut. Sakinah berbaring disebelah Zulaikha. Rambut Zulaikha yang berbau carier junior itu dicium. Wanginya.

" Oh.. jom baca doa tidur." Ajak Zulaikha.

" Jom.." Ujar Sakinah ceria.

Selepas membaca doa, Sakinah menyanyikan pelbagai selawat dan nasyid-nasyid ketuhanan. Sehingga dia juga terlelap sama. Sambil memeluk tubuh Zulaikha.

Dalam pukul 3 pagi Sakinah terjaga. Sakinah terkejut melihat bukan Zulaikha yang dipeluknya, tapi Yusuf. Yusuf nyenyak tidur. perlahan-lahan Sakinah mengangkat tangannya supaya tidak mengejutkan lena Yusuf. Sakinah mencari Zulaikha. Di bawah katil, tiada. Bilik air, tiada. Sofa, tiada. Mana budak ni? Budak tu, pandai mengigau berjalan ke?

Tiada jalan lain, melainkan mengejutkan Yusuf.

" Abang.." Sakinah memegang kaki Yusuf. Yusuf membuka matanya sedikit.

" Hmm.. kenapa?" Tanya Yusuf dengan mata yang mahu di katup rapat.

" Zulaikha mana? dia tadi tidur dengan Sakinah. Tiba-tiba hilang. Dia pandai tidur berjalan ke?" Tanya Sakinah cemas. Yusuf tersenyum kecil.

" Abang angkat dia tadi, letak dekat bilik dia." Jelas Yusuf. Sakinah melepaskan nafas lega. Sakinah terus berbaring semula disebelah Yusuf. Agak canggung keadaan itu. Yusuf yang sudah lena ditatap.

Yusuf yang kacak. Kulit Yusuf yang cerah. Kening yang tebal dan berbentuk cantik. Mata yang cantik apabila dibuka, terserlah biji mata coklat cair. hidung yang mancung, bibir yang melekuk, dagu berbelah.

Ingin sahaja Sakinah memegang wajah Yusuf yang bersih itu, tidak pula dia berani. Sakinah hanya memandang dari jarak jauh. Sakinah berbaring dihujung katil king. Bantal peluk di letak di tengah-tengah antara mereka. Entah bila masanya, Sakinah juga memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience