14

Short Story Series 18705

Setelah seharian berehat di dalam bilik kerana keletihan sepanjang perjalanan ke UK Sakinah dan Hanis tidak dapat melelapkan mata kerana orang sit belakang berdengkur kuat. Terpaksalah mereka membuat aktiviti sendiri iaitu menonton drama korea yang suda di download siap-siap kedalam Handphone.

Sakinah berjalan perlahan menuruni tangga rumah pakcik saudara Hanis. Pakciknya ini seorang ustaz mangajar Al-quran dan imam di masjid berdekatan disini.

Pakcik mereka ini bernama Zakaria. Isterinya Makcik Marissa warganegara disini. Selepas berkahwin Pakcik Zakaria berhijrah ke Negara isterinya.

Rumah Teres ini agak berhampiran dengan bandar. Banyak juga University disini.

Sakinah memerhati setiap gambar tergantung didinding ketika menuruni tangga. Gambar keluarga. Gambar Pakcik Zakaria dan isterinya. Mungkin 3 perempuan dan 2 lelaki itu anak mereka.

Agak lama memerhati, Sakinah terus turun ke bawah untuk bersarapan.

" Assalamualaikum." Sakinah memberi salam pada Makcik Marissa dan Hanis.

" Waalaikumsalam." Jawab Hanis dan Makcik serentak.

" Ada apa-apa boleh tolong?" Tanya Sakinah mesra. Mak cik Marissa ini boleh bercakap bahasa Melayu. Masakan tidak, sudah 29 tahun berkahwin dengan Pak cik Zakaria.

" Boleh tolong buatkan Air kopi?" Makcik bersuara dan meminta tolong pada Sakinah yang cantik menutup aurat dengan sempurna.

" Sure." Sakinah mencapai teko dan dan mengambil air panas yang sudah sedia ada di atas dapur masak. Dituangnya penuh pada teko tersebut. Diambil bekas berisi kopi dan sudu di ambil 2 sudu penuh dengan serbuk kopi dimasukkan ke dalam air panas gula dicapai dan dimasukkan juga kedalam air panas.

" Ok,done. Anything else?" Tanya Sakinah setelah mengambil cawan untuk 5 orang dan diletakkan di atas dulang untuk dibawa ke ruangan depan.

" Panggil Hanif dekat bilik ajak makan." Arah Hanis yang masih sibuk mencuci kuali kotor yang sudah digunakan tadi.

" Tak nak lah aku. Kot lah dia tak pakai baju ke apa." Tolak Sakinah.

" Dia pakai bajulah. Tadi dia dengar lagu. Dia kata practice katanya, petang nantikan korang ada pertandingan." Hanis sudah ketawa mengingati pertandingan yang tidak rasmi itu.

" Yalah. Aku panggil dia." Sakinah berjalan lemah menaiki tangga. Selepas sampai didepan bilik Hanif dia mendengar Hanif sedang mendengar lagu original 'Amylea Seperti dia' yang pernah dinyanyikan oleh Sakinah semalam. Hanif juga ikut sama menyanyi.

" Sibuk betul nyanyi lagu yang sama. Pelik-pelik je dua beradik ni." Omel Sakinah. Pintu bilik diketuk.

" Tuk.. tuk.. tuk.."

" Siapa?" Suara didalam bersuara.

" Hanis." Jawab Sakinah menipu.

" Kau nak apa?" Hanif sudah membuka pintu.

" Woi !!!!" Sakinah sudah menutup matanya dan berpaling kebelakang. Hanif juga terkejut.

" Ehh .. mana Hanis?" Tanya Hanif pada Sakinah. Di capai laju T-shirtnya dibelakang pintu bilik dan disarung pada badan dengan cepat.

" Hanis dekat bawah tengah basuh pinggan." Jawab Sakinah masih membelakangi Hanif.

" Ohh kau menipu tadi. Kau memang nak sangat agaknya tengok badan aku rupanya. Tu yang kau mengaku Hanis tadi. Kalau tadi aku tak kunci pintu mahu kau terus masuk." Tuduh Hanif sambil tersengih.

" Eiii, perasan. Badan kurus macam lidi tak adanya aku teringin nak tengok. Dah lah kau, cepat pakai baju.. makan." Sakinah terus berjalan kedepan meninggalkan Hanif.

Hanif melihat tubuh dia. Aku kurus macam lidi? dia perli aku rupanya. Mentang-mentanglah aku gemuk. Tak guna kau Sakinah.

Hanif mengetap giginya penuh kegeraman.

Petang itu Sakinah,Hanis dan Hanif berjalan beriringan menuju ke taman permainan berdekatan.

Hanif masih setia membawa guitarnya bersama.

" Duduk situlah." Ajak Hanif yang sudah penat berjalan jauh ditunjuk kerusi panjang yang semakin mereka hampiri.

" Ok juga. Redup." Sakinah bersetuju.

" Tak nak lah. Duduk dekat sana tu. Dekat sini orang lalu lalanglah. Tak ada privasi." Hanis sudah bersuara tidak setuju jarinya telunjuknya dihala pada pondok berehat menghadap tasik. Sakinah tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

" Ha, ok juga. Jom." Sakinah sudah ingin mengikut Hanis. Hanif yang sudah mahu meletakkan punggungnya terasa panas hati.

" Penatlah, duduk sini je lah. Kau ni Sakinah sekejap sana, sekejap sini. Macam lalang." Ejek Hanif dengan muka penat.

" Ewah-ewah, aku pula dikatakan lalang. Kau tu yang malas nak jalan. Tu la kurus sangat kan penat nak jalan." Perli Sakinah pada Hanif.

Hanif yang mendengar perlian Sakinah. Sudah naik turun nafasnya menahan sabar.

" Eh Sakinah sedapnya mulut cakap aku gemuk. Nanti bila aku kurus kau sendiri yang menyesal. Sebab masa tu aku terlampau kacak dan kau sikit pun aku tak pandang." Tekad Hanif bengang.

Hanis dan Sakinah sudah tergelak dengan pengakuan Hanif. Bengang Hanif melihat 2 perempuan dihadapannya yang sedang ketawa dan seperti memperlekehkan tekadnya.

" Kau orang ketawakan aku. Ok, kalau aku kurus kau orang nak bagi aku apa?" Tanya Hanif serious, matanya memandang tajam pada adiknya dan Sakinah. Suasana senyap.

" Okay,aku bagi kau jam yang ayah bagi masa birthday aku tahun lepas. Kau jealouskan masa aku dapat jam jenama Bonia tu." Hanis sudah mengumpan Hanif dengan barang miliknya. Hanis yang pelik, suka jam tangan lelaki dan minyak wangi lelaki.

" Ok,deal." Hanis dan Hanif bersalaman tanda setuju dengan hadiah yang akan di berikan. "Kau pula Sakinah nak bagi apa?" Mata Hanif memandang Sakinah yang dari tadi diam memerhati mereka.

" Entah." Sakinah menjungkitkan bahunya.

" Apa kata kau jadi girlfriend aku." Tanya Hanif sambil tersenyum mengusik.

" Tak hingin aku. Nanti bukan jadi girlfriend, nanti aku jadi balaci kau. No way man, no way." Tolak Sakinah serious. Mukanya sudah diherotkan keatas. Bukan Sakinah tidak kenal dengan sikap Hanif. Kaki buli. Banyak kali dia kena buli dengan Hanif tapi tetap juga dia berkawan rapat dengan mereka sejak darjah 2 lagi sehingga sekarang.

Hanif dan Hanis ketawa.

" Dah tu, kau nak bagi aku apa?" Tanya Hanif.

" Kau kurus dulu. Baru aku bagi hadiahnya." Jawab Sakinah dan dia menonong berjalan kehadapan untuk pergi ke pondok yang ditunjuk Hanis tadi dan meninggalkan si kembar jauh dibelakang yang juga mengorak langkah bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience