32

Short Story Series 18705

" Nah, Sakinah pakai baju ni." Sakinah teragak-agak menyambut sepasang baju kurung modern berwarna putih bersulam cantik itu dari tangan ibunya.

" Ibu ni, biar benar.. kena pakai baju ni. Macam nak nikah je." Sakinah sudah membuat muka pelik. Bibir atasnya herotkan.

" Cantik sangat buat muka macam tu. Pakai je lah. Nanti make up muka tu. Make up cantik and simple, macam dalam instagram kamu tu. Gambar masa pergi kenduri mak teh tahun lepas tau." Arah Datin Indah.

" Tapi dari tadi ibu tak jawab pun. Buat apa pakai benda-benda ni semua. Malam-malam pula tu?" Protes Sakinah.

" Cuba dengar je cakap ibu, jangan banyak bunyi. Cepat siap, ibu nak siap juga ni. Sebelum azan isya' dah kena siap. Bye." Sakinah melihat ibunya yang hilang dari balik pintu biliknya yang sudah tertutup semula.

" Haih, macam-macam lah ibu ni. Nak aku malaram malam-malam buta ni." Sakinah menyarungkan juga baju kurung moden itu pada tubuhnya selepas mandi tadi. Hmm, cantik juga.

Sedang dia memakai makeup telepon bimbitnya berbunyi. Panggilan video call di jawab. Hanis.

" Hanis, kau dah sampai sana ya?" Tanya Sakinah pada Hanis yang sedang duduk di atas katil.

" Ha'ah.. pukul 6 petang, penat sangat wehh. Nasib bukan aku yang drive. Si Hanif tu yang drive tadi. Ni sekarang tengah tebongkang dekat bilik dia. Kau dah kenapa pakai makeup segala? nak pergi kenduri ke?" Tanya Hanis pelik melihat penampilan Sakinah yang cantik itu.

" Entahlah, ibu aku suruh melaram, aku pun ikut je lah. Mana ada kenduri hari khamis malam jumaat Hanis oii." Jawab Sakinah sambil ketawa.

" Tak pun, ada orang masuk meminang kau tak?" Tebak Hanis.

" Heii, mulut kau Hanis. Jaga sikit. Kalau jadi betul Hanis, aku sanggup ajak Hanif kahwin dengan aku. Hahaha." Mereka berdua ketawa.

" Amboi, kiranya Hanif pilihan terakhirlah ni?" mereka berdua ketawa lagi. Sakinah sibuk membelit selendang pada kepalanya.

" Gurau je lah. Anna dah booking awal-awal Hanif tu tau." Ujar Sakinah.

" Hanif tak nak Anna lah. Kalau dia dengar ni, habislah kau. Merajuklah lagi lah dia dengan kau."

" Apa-apa je lah. Wehh, ibu aku dah ketuk pintulah. Aku blah dulu. Kirim salam Hanif dengan lafaz assalamualaikum. Bye." Selepas mematikan panggilan Sakinah melihat penampilannya lagi sekali. Ok cun. Ok perasan. haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience