44

Short Story Series 18920

Sakinah melihat Yusuf diam dari tadi selepas Hania mengambil Zulaikha. Seperti jiwa Yusuf dia bawa bersama, hanya jasadnya tertinggal disini.

Yusuf juga masuk tidur awal. Sakinah kebosanan yang amat sangat.

Sakinah mahu turun di ruangan tv. Segala siaran tidak dapat menarik perhatiannya. Dia terus menekan punat off, sunyi semula ruang tamu itu. Selalunya kalau dia bosan dia akan mengaji, tapi datang bulan. Hanya novel menjadi temannya, tapi malang satu novel pun tiada di rumah suaminya ini, melainkan rumah keluarganya disebelah. Aku rasa ada buku yang aku tak baca lagi.

Sakinah masuk semula ke bilik tidurnya. Yusuf dilihatnya sangat lena tidur tidak sampai hati mahu mengejutkan Yusuf supaya menemaninya ke sebelah.

Sakinah mencapai beg tangannya dan mengambil kunci rumah keluarganya. Dia berjalan sendiri menuju ke rumah keluarganya. Sakinah terus menekan suis lampu. Rumah agam yang gelap itu terus menjadi terang-benderang.

Sakinah terus menuju kebiliknya, dia mencapai 7 buah buku dan diletakkan kedalam beg galasnya. Sedang dia memasukkan buku tersebut kedalam beg, Sakinah merasakan bawah perutnya tiba-tiba mencucuk-cucuk. Ya Allah, period pain. Sakinah terus berbaring diatas katilnya secara menonggeng sambil tangannya menekan kuat perutnya. Peluh-peluh mula membasahi dahinya. Penghawa dingin tidak mampu menyejukkan tubuhnya. Panasnya...

Sakinah terus menanggalkan pakaiannya satu-persatu.

Sakinah terus tertidur.

Yusuf tersedar pada pukul 2 pagi. Dia terkejut melihat Sakinah tiada disebelahnya. Yusuf membuka pintu bilik air, tiada. Dia turun kebawah, tiada. Mana dia pergi. Yusuf kembali semula di biliknya, nombor telepon Sakinah didail. Bunyi telepon didengari Yusuf dibawah bantal. Mana dia pergi ni?

Yusuf risau. Dia menyelak langsir biliknya. Rumah sebelah bercahaya. Dengan cepat terus Yusuf meluru ke rumah sebelah. Diketuk pintu rumah itu berulang kali. Dia memegang bonggol pintu. Lah, tak berkunci pun.

" Sakinah, oh Sakinah..." Jerit Yusuf memanggil isterinya.

Yusuf berjalan menaiki tangga dan terus menuju ke bilik Sakinah. Yusuf melihat Sakinah yang berbaring diatas katil. Yusuf terkejut melihat keadaan Sakinah. Kenapa dia tak pakai baju?

Yusuf mendekati Sakinah, dia menelan air liur.

Dengan perlahan dia menyelimuti tubuh Sakinah yang terdedah itu. Sakinah kembali merasa panas. Dia terus menyepak selimut itu. " Panasnya...." Ucap Sakinah separuh sedar. Yusuf menelan air liur. Nasib lampu tidur dia pasang, kalau tidak free-free pandangan dia melihat tubuh seksi Sakinah.

Yusuf kembali menyelimuti tubuh Sakinah. Bukan main sejuk bilik dia ni, dia kata panas. Kulit biawak dia ni.

Sakinah terasa sangat tidak selesa. Dia membuka matanya. Bukan main terkejut dia melihat Yusuf disebelahnya. Sakinah memegang selimut dengan kuat. Dengan cepat dia menyelimuti tubuhnya yang hanya memakai baju dalam dan seluar dalam. Oh my Allah.. Sakinah memang begini kalau datang bulan, dia akan membuka pakaiannya kerana panas ya amat dia rasakan.

" Macam mana abang boleh datang sini?" Soal Sakinah pada suaminya.

" Abang masuk jalan kakilah. Sakinah tu ha, kenapa boleh datang sini tiba-tiba. Dengan pakaian macam tu." Ujar Yusuf. Sakinah menggigit hujung bibirnya menahan malu.

" Datang nak ambil buku, tiba-tiba sakit perut." Cerita Sakinah pendek.

" Oh, tapi kenapa... kenapa buka baju?" Tanya Yusuf malu. Nak tanya pun malu. Lagilah orang yang kena jawab.

" Panas, tak selesa. Memang macam ni kalau period pain datang." Cerita Sakinah lagi. Malunya.

" Okay, faham.." Yusuf baru tahu rupa-rupanya lain perempuan lain sakitnya yang mereka alami. Hania tidak seperti ini apabila datang bulan. Hanya tidak selera makan dan kuat marah-marah.

" Err, boleh abang tolong capaikan baju Sakinah dekat bawah tu?"

" Ok..."

Sudah lama berdiam diri Yusuf bertanya pada Sakinah.

" Dah nak habis ke period Sakinah?" Soal Yusuf tiba-tiba.

" Err... tak tahu. Banyak lagi ni." Jawab Sakinah malu.

" Abang tak boleh tidur.." Ujar Yusuf. Dia sudah cukup tidur kerana tadi dia masuk tidur awal.

" Jadi?" Tanya Sakinah canggung.

" Tak ada apa.."

" Abang, Sakinah nak tidur tau. Selamat malam, assalmualaikum."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience