16

Short Story Series 18705

Sakinah duduk seorang diri di dalam bilik. Hanis masih diruangan tv bersama keluarga Pak Ciknya.

Sakinah menggapai beg sandangnya. Dibuka zip paling kecil dan ditarik sampul surat berwarna putih itu. Surat dari Yusuf yang masih belum dibaca.

Sudah 2 minggu disini, baru Sakinah punya kekuatan untuk membaca setiap coretan yang ada pada sehelai kertas itu.

Dibuka perlahan lipatan kertas itu. Dibaca penuh rasa kerinduan.

Assalamualaikum Sakinah,

Abang akan sentiasa mendoakan Sakinah berjaya dalam apa jua yang akan Sakinah lakukan.
Dan abang berharap sangat Sakinah maafkan abang jika abang ada mengguris perasaan Sakinah. Jika Sakinah masih ingat janji abang pada Sakinah dulu, itu janji tanpa sengaja. Sehingga sekarang abang takut Sakinah masih mengingati janji itu dan Sakinah membenci abang. Percayalah Sakinah. Sakinah adalah anugerah yang terbaik dari Allah. Doakan abang juga sentiasa bahagia dengan keputusan abang menikahi Hania. Jangan lupakan abang kerana abang takkan pernah lupakan adik abang. Percayalah, jika Sakinah kembali disini semula, kasih abang pada Sakinah takkan pernah berubah. Jaga diri Sakinah.

Abangmu, Yusuf.

Sakinah menutup surat itu semula. Air mata turun dengan derasnya. 'Janji tanpa sengaja?' Sakinah mengambil gunting diatas meja belajar. Digunting surat itu beserta dengan sampul sekali. Setelah selesai dia mengumpulkan sampah tersebut dan dimasukkan ke plastic sampah.

Sakinah merasakan sangat menyesal membaca surat tersebut. Sangat-sangat menyesal. Ayat janji tanpa sengaja itu sangat pedih untuk diingati.

" Bodohnya kau Sakinah, sebab janji tu kau jatuh suka dengan dia sehingga menjadi cinta yang merosakkan. Bodoh, bodoh, bodoh." Omel Sakinah. Sakinah merebahkan tubuhnya bersama air mata.

Sakinah tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience