Hari Isnin itu Sakinah seperti tiada mood mahu belajar . Waktu rehat itu dia banyak mengelamun sahaja . Makan pun tidak . Harini keluarganya akan pulang kesini semula dari Kedah .
Terimalah hakikat Sakinah , dia dah jadi tunangan orang .
Sakinah yang masih didunianya sendiri di sapa oleh sahabatnya . Hanis .
" Sakinah , kau kenapa ni? " Hanis duduk disebelah Sakinah . Hanis merenung mata Sakinah . Mata yang menunjukkan seperti ada bebanan yang sangat berat sedang sahabatnya hadapi .
" What's wrong with you ?" Bahu Sakinah disentuh lembut .
" Yusuf ." Jawab Sakinah . Matanya sudah berkaca .
" Kenapa dengan Yusuf?" Tanya Hanis . Hanis sedikit sebanyak tahu tentang perasaan Sakinah pada abang sepupunya . Sakinah sentiasa bercerita tentang Yusuf .
" Dia dah bertunang ." Luah Sakinah .
" Bila? " Tanya Hanis terkejut .
" Semalam." Jawab Sakinah perit . Terus dipeluk tubuh Hanis . Dia menangis lagi sekali . Nasib baik mereka lepak di tempat yang terlindung di ruangan meja bulat khas untuk pelajar menelaah .
" Sabar Sakinah . Sabar itu indah " Pujuk Hanis , pelukan Sakinah di balas . Di tepuk lembut belakang Sakinah .
" Aku tak tahu nak hadap muka dia Hanis . Aku sakit sangat tengok dia . Aku tak ada semangat nak belajar ." Luah Sakinah . Pelukan dileraikan . Air mata di sapu dengan jarinya . Hanis meraih kedua-kedua tangan Sakinah . Digenggam kejap .
" Jangan lemah . Kalau betul kau dah tak nak tengok muka dia . Kau kena fight betul-betul dengan pelajaran . Supaya exam nanti kau berjaya dan kau terbang jauh . Masa tu kau tak perlu tengok lagi muka dia . Untuk masa sekarang .. kau kena kuat dan sabar ." Pujuk Hanis .
" Tapi aku rasa macam tak boleh nak buat apa-apa . Aku kecewa sangat . Aku cintakan dia dari dulu Hanis . Aku buat macam-macam untuk dia . Aku belajar sampai pandai . Aku menghafaz Quran . Aku pakai tudung . Apa lagi yang aku tak buat ?" Luah Sakinah .
" Itu lah kesalahan kau . Kau buat kerana Yusuf bukan kerana Allah . Kau sayang dia melebihi dari kau sayang Allah ." Kata-kata Hanis itu betul-betul membuatkan Sakinah tunduk . Malu . Ya .. dia akui kesalahannya . Maafkan aku Ya Allah .
" Mulai sekarang . Kau kena senyum , senyum bukan untuk Yusuf lagi .. tapi senyum kerana Allah . Kau kena belajar sungguh-sungguh , belajar untuk Allah . Kau kena bangkit Sakinah , bukan lagi untuk Yusuf tapi untuk Allah ." Pujuk Hanis lembut . Sakinah terpanar .
' Bila kali terakhir aku tersenyum ?'
' Masa aku nak sambut dia balik .
" Kau kena ingat Sakinah . Sabar ketika di uji , syukur ketika dipuji . Jika kedua-dua ini kau berjaya , Allah janjikan Syurga ." Pujuk Hanis . Air mata juga sudah tidak turun lagi . Kata-kata Hanis seperti sesuatu kekuatan untuknya .
Aku kena kuat kerana Allah .
Sakinah peluk Hanis semula . "Terima Kasih Hanis .."
"Kasih diterima."
Share this novel