13

Short Story Series 18705

Ketika menunggu dipanggil untuk masuk kedalam kapal terbang.

Sakinah, Hanis dan Hanif duduk di kerusi menunggu.

Keluarga yang menghantar mereka ke KLIA sudah pulang. Airis mengharapkan dia turut serta menghantarnya pergi. Ingin ditatap wajah yang akan pergi meninggalkan janji.

Mereka yang sudah penat menunggu sudah bosan.

Hanif yang sedang memegang guitarnya dipandang Sakinah. Hanif itu kembar pada si Hanis. Kembar tahun. Hanif lahir bulan 1, manakala hanis bulan 12.

" Asal kau pandang-pandang guitar aku ni.?" Tanya Hanif pada Sakinah yang duduk dari arah bertentangan dengannya.

" Pandang pun tak boleh." Jawab Sakinah sambil mencebik.

" Kalau tak pandai main jangan pandang." Ucap Hanif mencari pasal. Nasib orang lain jauh dari mereka. Hanis yang sedang membaca novel itu malas masuk campur.

" Kau kata aku tak pandai main? Aku pandailah. Bak sini aku pinjam." Sakinah menghampiri Hanif dan guitar diambil. Sakinah duduk semula ditempatnya bersama guitar ditangan. Sakinah sudah meletakkan guitar diatas ribanya.

Hanif hanya melihat dan dijungkit keningnya sebelah.

" Jahannam guitar aku. Kau ganti ya." Ucap Hanif

" Shhh, focus." Arah Sakinah. Dia sudah memetik guitarnya.

Guitar yang dipetik Airis mengeluarkan bunyi yang sedap. Melopong mulut Hanif dan Hanis.

Bukan itu sahaja. Airis juga menyanyi. Ini tak boleh blah. Sakinah dan Hanif sudah bepandangan. Sedap juga suara Sakinah ni. Sakinah menyanyi dengan penuh perasaan.

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terlintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

(' Aku tak boleh berterus-terang dengan Yusuf.Aku mahu pergi jauh. Aku tak mahu melihat matanya lagi. Pandangannya bukan untuk aku lagi.' monolog Sakinah)

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku,
Selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku,
Selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai semua kusut ini

Tuhan tolonglah ku
Pinjamkan kembali dia padaku
Pegangkanlah takdir ini untukku
Kembalikan dia seperti dulu

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai kusut ini

Setelah selesai menyanyi dan bermain guitar. Hanif dan Hanis menepuk tangan. Terbantut bacaan Hanis untuk membaca buku.

"Sekian,Terima kasih." Ucap Sakinah dan tersenyum manis. Dijungkit keningnya beberapa kali pada Hanif.

" Pandainya kau main Sakinah, aku tak tahu pun. Mana belajar?" Tanya Hanis pada sahabatnya.

" Abang Yusuf ajar. Tapi aku dah lama tak main guitar." Jawab Sakinah lembut.

" Ohhh... " Hanis bersuara.

" Ehh .. mainlah lagi. Tengah bosan ni." Arah Hanif.

" Ehh .. ehh .. sudah-sudah lah. Nanti popular pula aku." Tolak Sakinah.

" Alah.. mainlah lagi Sakinah. Bukan ada orang pun dekat sini. Lambat lagipun flight kita. Lagi 20 minit. Sempat lagi ni." Hanis sudah merayu.

" Ok lah. Ini last."

Tangan Sakinah bersedia untuk menari di permukaan tali-tali halus itu. Bait-bait yang dinyanyikan sangat sesuai dengan dia. Wajah Yusuf bermain dalam mindanya untuk sekian kalinya.

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua

Selepas habis bernyanyi dia mendengar orang belakangnya juga menepuk tangan bersama Hanis dan Hanif.

" Wah .. dah ada peminat." Puji Hanis..Guitar sudah dipulangkan pada Hanif.

Hanif membelek telepon pintarnya.

" Sakinah lagu pertama tadi, apa tajuk?" Tanya Hanif. Dia sudah membuka App Notenya.

" Tajuknya Takut, penyanyi namanya Amalia Alias tak silap aku." Jawab Sakinah ragu-ragu.

" Lagu kedua pula?" Tanya Hanif lagi.

" Tajuknya ........ Seperti dia, penyanyi Amylea." Jawab Sakinah yakin. Kedua-dua itu lagi kegemarannya.

" Ok. Nanti aku nyanyi untuk kau pula." Ucap Hanif.

" Buat apa. Tak nak aku. Nyanyilah lagu lain sibuk nyanyi lagu yang sama dah kenapa?" Tanya Sakinah pelik.

" Suka hati aku lah. Aku nak Hanis dengar dan bandingkan, siapa yang nyanyi lagi sedap. Kau ke aku." Jawab Hanif.

" Mana boleh Hanif oii .. Kau suara lelaki, aku suara perempuan." Jawab Sakinah.

" Elleh, tergugatlah tu." Hanif perlekehkan Sakinah.

" Wah.. aku tergugat? for what. Bukan ada hadiah pun." Jawab Sakinah geram. Bibir atasnya diherotkan keatas .

" Okay, okay. Jangan gaduh. Nanti aku jadi juri. Hadiah untuk yang menang dia akan dilayan bagaikan raja selama sehari dan yang kalah akan melayan raja selama sehari. Setuju?" Tanya Hanis sebagai orang tengah.

" Bagus. Idea yang bernas." Jawab Hanif.

" Ok setuju." Sakinah pula bersuara.

" Bersedialah jadi kuli aku nanti dekat UK ye Sakinah." Hanif memandang Sakinah.

Sedang sibuk mereka mahu memulakan bicara, mereka terdengar suara memberitahu waktu untuk masuk ke dalam kapal terbang. Mereka semua sudah sedia menolak Troli berisi beg-beg roda.

Sakinah dan kawan-kawannya berjalan sambil bergurau senda dan ketika itu juga Sakinah seakan mendengar namanya di panggil. Dia menoleh kebelakang. Yusuf.

Yusuf menghampiri Sakinah. Surat dipegang diberi pada Sakinah.

" Nah, Sakinah baca nanti. Abang tak sempat nak datang tadi sebab ada hal. Pergilah sana. Jaga diri k, semoga berjaya Sakinah." Sakinah hanya menganggukkan kepalanya. Badannya dipusing untuk meninggalkan Yusuf.

" Assalamualaikum Sakinah." Ucap Yusuf sayu.

" Waalaikumsalam." Jawab Sakinah. Sakinah terus berjalan ke depan tanpa menoleh kebelakang lagi. Sakinah semakin mengahampiri Hanis dan Hanif yang sedia menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience