1

Short Story Series 18705

Nur Sakinah yang sedang membancuh air coffee di kebinet dapur sekali sekala mengerling dan mencuri dengar ibunya dan ibu saudaranya merangkap jiran sebelah rumahnya berbual di ruangan makan .

Sakinah hanya dapat mendengar nama kekasih rahsianya disebut-sebut . Tentang apa yang dibicarakan tidak pula didengar .

" Jemput minum Mak Lang." Jemput Sakinah pada Mak Langnya . Mak Langnya yang bernama Datin Jas itu adalah kakak kepada ibunya . Ibunya Datin Indah itu adalah anak bongsu .

" Yalah .. Terima Kasih Sakinah . Ni ha Mak Lang nak tanya trial SPM haritu , okay tak ? " Datin Jas bertanya .

" Alhamdulillah ok . " Jawab Airis sambil menghulurkan secawan air kopi lagi pada ibunya .

" Berapa tu , boleh tahu ?" Datin jas bertanya lagi . Bukan dia tak tahu anak buahnya yang ini sangat cerdik budaknya .

" Straight A . Tapi bukan semua A+ Mak Lang . Subject Add Math susah catch up ." Jelas Sakinah lemah . Sakinah yang agak rapat dengan ibu saudaranya tanpa segan bercerita masalahnya . Memandangkan ibu saudarannya pun bekas guru Sekolah Menengah .

" Lah .. yeke . Banyakkan buat latihan . Minggu depan Along balik .. mintak lah tolong dari dia . Along tu kan suka sangat add math . Mak Lang kalau boleh nak sangat tolong Sakinah tapi Formula kau orang dah lain . Mak Lang pun dah 10 tahun pencen ." Terang Datin Jas .

" Betul ke Along balik ? Siapa ambil dia dekat Airport nanti , Sakinah nak ikut ." Ucap Sakinah teruja . Datin Jas melihat hanya tersenyum . Anak sulungnya Ahmed Yusuf Wahyu itu terlalu rapat dengan Nur Sakinah dari mereka kecil . Umur mereka berjarak 10 tahun itu .

" Dia balik dengan kawan dia nanti . Katanya nak buat surprise . Kita tengok je lah surprise apa nak dibuatnya ." Sakinah yang mendengar hanya tersenyum ceria . Dalam hati tidak sabar menanti kepulangan Yusuf .

" Kamu Khatam Al-quran lagi berapa juz' Sakinah ?" Datin Jas bertanya lagi . Sakinah yang sudah penat berdiri menarik kerusi duduk dihadapan ibu saudaranya . Air kopi dihirup sedikit .

" Lagi 3 Juz' Mak Lang . Sakinah target Khatam serentak dengan habis paper SPM ." Jawab Sakinah yakin . Menjadi Hafizah adalah cita-citanya setelah Ahmed Yusuf juga mula menghafaz Al-quran . Abang Yusuf dah jadi Hafiz , dia mestilah menjadi Hafizah . Sakinah tersenyum sendiri .

" Bagus-bagus .. nanti nak mengulang semuanya itu di mana ?" Datin Jas bertanya . Datin Indah yang seperti tidak dipedulikan itu menyampuk .

" Lepas aja si Sakinah ni Khatam , kami terus nak hantar dia ke Indonesia . Ada satu Madrasah yang bagus disana sementara tunggu result SPM baik focus mengaji . Duduk rumah pun , asyik buat benda yang sia-sia je ." Sakinah yang mendengar hanya menganggukkan kepalanya dengan rancangan ibu dan ayahnya yang telah di aturkan

" Baguslah .. macam tu lagi bagus . Si Along ni pun , mujur berkawan dengan kawan-kawan yang Hafiz juga . Kalau tidak risaulah Kak Lang . Al-quran ni , kalau dah dihafal mana boleh dilupa ." Datin Jas sudah membuka Tazkirah pagi ahad .

Ketika kedua-dua wanita itu sudah bercerita tentang topic yang lain . Sakinah terus meminta diri untuk naik keatas dengan alasan mengulang kaji pelajaran . SPM sudah semakin menghampiri . Pejam celik . Pejam celik tinggal 2 bulan sahaja lagi SPM .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience