19

Short Story Series 18705

Ketika mereka bertiga mahu memulakan riadah pada waktu petang. Hanif melihat kelibat seseorang menghampiri kearah mereka.

" Asal dia datang sini?" Tanya Hanif rimas.

" Siapa?" Tanya Hanis wajah abangnya dipandang.

" Tu." Hanif menunjukkan ke arah kanan. Hanis dan Sakinah melihat kearah ditunjuki Hanif.

" Aku yang ajak." Ucap Sakinah slumber. Sakinah sudah memulakan warm up.

" Asal kau ajak dia?" Tanya Hanif tak puas hati.

" Asal? Aku kena mintak izin kau dulu ke nak ajak dia?" Tanya Sakinah. Nada memerli sebenarnya. Anna semakin menghampiri mereka. Topic tentang tidak kepuasan hati Hanif terkubur begitu saja.

" Hai kau orang. Boleh join? Tanya Anna lembut dan manja.

" Jom lah, tunggu apa lagi." Hanis sudah memulakan joging bersama abangnya yang dari tadi menunjukkan wajah tanpa senyuman. Serious.

Pada keesokan harinya selepas solat subuh berjemaah. Anna turun bersama mereka untuk mengaji bersama. Anna memakai telekung sahaja. Muka yang paling terkejut ketika melihat Anna mengaji adalah muka Pakcik Zakaria.

Semakin mereka pelik. Anna ikut mereka untuk beriadah. Tapi yang lebih mengejutkan Anna bertudung.

Ketika Anna pergi ke kedai berdekatan untuk membeli air. Sakinah mengambil peluang ini untuk menyakat sahabatnya Hanif.

" Hanis, manisnya bakal Kakak ipar kau." Ucap Sakinah mengusik.

" Tak ingin aku dia jadi kakak ipar." Bantah Hanis.

" Ingat lawak ke usikan kau tu, Sakinah?" Tanya Hanif serious. Diam. Wajah Hanif betul-betul macam marah.

" Aku melawak je." Ucap Sakinah. Hanif terus berdiri dan meninggalkan adik dan sahabatnya.

" Aku salah cakap ke Hanis?" Tanya Sakinah pada sahabatnya.

" Mungkin. Nanti kau pujuklah dia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience