34

Short Story Series 18705

Sakinah merasakan bosan yang amat sangat. Sudah 1 jam dia menunggu masih tiada yang masuk. Baru Sakinah mahu keluar dari bilik itu, dia terdengar suara-suara orang menghampiri pintu bilik itu. Dengan cepat Sakinah duduk semula di birai katil.

Pintu bilik di ketuk, dan salam disambut lembut oleh Sakinah. Sakinah mendongakkan kepalanya. Mak Lang?

" Eh, mak lang?" Tanya Sakinah pelik.

" Ya, maklanglah ni." Mereka bersalaman dan berpelukan.

" Mak lang pun datang sini. Mak lang tahu ke, siapa yang meminang Sakinah ni?" Tanya Sakinah bersahaja tanpa memikirkan sebarang kemungkinan.

" Mestilah tahu." Jawab Datin Jas seraya tersenyum. Sedang mereka berbual ada 4 orang perempuan masuk kebilik itu juga. Ibu dan bibik manakala dua wanita yang lain itu tidak pula dikenali oleh Sakinah.

" Kak, nah cincinnya." Wanita bertubuh gempal itu menyerahkan cincin pada Datin Jas. Sakinah semakin pelik.

" Sakinah, hulurkan tangan kanan sayang.. nak sarung cincin ni." Arah Datin Jas lembut.

" Eh, sekejap mak lang. Kenapa mak lang pula yang sarungkan ni? mana bakal mak mertua Sakinah, dia tak dapat datang ke?" Tanya Sakinah panik.

" Sakinah, mak langlah bakal mak mertua Sakinah." Jawab Datin Indah lembut.

" Ha?." Sakinah terkejut. Apakah semua ini? mak lang masih punyai anak lelaki yang lainkah selain Yusuf? adakah Yusuf?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience