28

Short Story Series 18705

Yusuf berbaring di atas katil menanti Hania keluar dari bilik air. Yusuf terpandangkan telepon pintar milik Hania. Dicapai dan ditekan-tekan kata kunci. Salah. Tekan lagi, salah. Dia dah tukar passwordnya? ini yang aku lagi nak tahu ni. Yusuf perasan pintu bilik air terbuka tanda Hania sudah keluar, cepat-cepat dia meletakkan telepon pintar itu ditempatnya semula.

Setelah siap memakai baju, losyen dan merapikan rambut. Hania berbaring disebelah Yusuf. Sangkanya Yusuf sudah tidur. Hania mencapai telepon pintarnya. Tanpa Hania sedar Yusuf dapat melihat kata kunci telepon pintarnya. Yes.

Yusuf berpura-pura tersedar dan berjalan untuk ke bilik air. Yusuf membersihkan diri pula. Setelah mencuci muka Yusuf terlihat ujian kehamilan yang dibuang didalam tong sampah yang agak tersorok kedalam. Dicapai ujian kehamilan itu. Negatif. Hania nak anak lagi ke? Yusuf tersenyum. Yusuf berharap sangat telahan Arman pada Hania adalah silap dan salah. Mungkin kekasih pada rakan Arman itu punyai nama yang sama dengan Hania.

Yusuf keluar dari bilik air dengan perlahan dan berbaring semula disebelah kanan Hania. Hania sudah memejamkan matanya.

Yusuf membelai rambut Hania, kemudian di belai pula pipi Hania. Terbuka mata Hania. Mata mereka berpandangan seketika. Yusuf senyum dan cuba mendekati wajah Hania. Belum sempat bibir mereka bertaut, Hania menghalang.

" Saya penat dan mengantuk. Good night." Ujar Hania dengan riak muka bersahaja. Yusuf terkebil-kebil sendirian dan terus berbaring mengiring ke kanan secara tidak langsung membelakangkan Hania. Yusuf ligat berfikir. Kalau dia taknak, kenapa dia sibuk buat ujian kehamilan tu? pening kepala aku dengan perempuan ni.

Pada pukul empat pagi, Yusuf terbangun dari tidur. Dia melihat wajah Hania yang sudah lena dibuai mimpi. Yusuf melihat Telepon bimbit Hania masih di meja sisi katil itu. Yusuf ambil dan keluar dari kamar beradu mereka. Yusuf duduk di ruangan tamu. Dibuka telepon bimbit Hania, kata kunci yang dicuri-curi lihat tadi dicuba tekan. Ok, berjaya.

Yusuf melihat Whatsapp Hania. Senarai perbualan bernama Malik, tiada. Syukur Alhambdulillah. Tapi Yusuf terpandangkan nama Love? siapa love? nama aku dia letak dekat sini Husband. Jadi siapa love? Yusuf menekan nama love itu. Yusuf terkejut. Astagfirullahalzim.

Love : Sayang, esok abang nak jumpa sayang lagi. Dekat i-city tau. Pukul 6 petang. Esok kelas pagi sampai pukul 3.

Hania : Ok abang. Nak jumpa dekat restoran biasa tu kan?

Love : Ya sayang, restoran biasa tu. Ok lah, dah lewat ni, nanti suami sayang sedar pula. Selamat malam. jaga diri.

Hania : Terima kasih sebab memahami. Selamat malam. Love you Malik.

Love : Love you more and more.

Yusuf terdiam. Terkaku. Terkejut. Apakah riaksi yang perlu diberi pada waktu ini? adakah marah, itu sudah semestinya. Kecewa? ya, itu salah satunya. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Hania? Ya Allah.. Yusuf berjalan lemah menaiki anak tangga diletakkan semula telepon pintar itu disisi Hania. Yusuf pergi mengambil wudu' dan membuat solat tahajjud dan hajat. Supaya Yusuf membuat keputusan tanpa dorongan syaitan.

Selepas solat sunat, Yusuf mahu berbaring semula. Tapi seakan berat mahu berbuat begitu. Geli? menyampah? meluat? huh.. Tiba-tiba telepon pintar Yusuf berbunyi tanda panggilan masuk.

" Waalaikumsalam. Ya, aku datang sekarang." Panggilan dari Hospital. Yusuf bersiap dan pergi tanpa memberitahu Hania. Tidak seperti kebiasaannya, Jika Yusuf ada panggilan kecemasan akan diberitahu Hania walaupun Hania buat tidak peduli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience