48

Short Story Series 18708

" Abang, Sakinah tak suka bilik ni." Ucap Sakinah tiba-tiba ketika mereka bersama duduk diruangan tv dibilik mereka.

" Kenapa, tak cukup cantik ke bilik ni?" Tanya Yusuf pada Sakinah yang berbaring pada ribanya. Di usap lembut rambut isterinya.

" Ini bilik abang dengan Hania dulu, kan?"

" Tak lah, ini bilik abang sendiri. Masa dengan Hania dulu duduk dekat bilik tetamu dekat bilik depan tu." Jelas Yusuf.

" Serius?"

" Ya sayang.... sebelum nikah dengan sayang, abang tahu mesti sayang tak nak duduk bilik yang sama dengan Hania dulu."

" Thank you.." Ujar Sakinah manja, tangan suami yang sedang mengusap rambut digenggam lalu dikucup. Tersenyum Yusuf.

" Abang, kalau Hania betul-betul nak jadi isteri kedua macam mana?" Yusuf ketawa.

" Untunglah abang kalau macam tu, ada dua orang sekali nak berkepit dengan abang." Selepas habis ayat tersebut terus Sakinah menggigit jari suaminya.

" Auuuwww.. sakit-sakit.." Luah Yusuf.

" Abang jangan nak mengada-ngada nak berbini baru ya. Dah lah, tak nak kawan abang." Sakinah bangun dari ribaan suaminya dan terus beringkan tubuhnya diatas katil.

Yusuf mendekati isterinya.

" Abang gurau je sayang, buat apalah abang nak Hania semula. Abang dah jatuh hati dekat sayang sampai bila-bila. Abang sebenarnya untung sangat, dapat isteri cantik, hafizah, baik dan isteri yang cintakan abang dari dulu sampai sekarang." Kata-kata Yusuf itu betul-betul menusuk ke hati Sakinah.

" Abang tahu dari mana?" Tanya Sakinah pelik. Mana dia tahu aku suka dia dari dulu.

" Entah siapa tah, tinggalkan dairi masa bawa hati yang lara. Abangpun bacalah." Yusuf tergelak.

" Tak baiknya, membaca hak persendirian orang lain. Abang ceroboh bilik Sakinah." Sakinah memandang suaminya dengan pandangan geram. Habis kantoi.

" Abang syukur sangat sebab abang dapat baca dairi sayang. Sejak tu abang tahu yang sayang betul-betul cintakan abang. Abang mintak maaf sebab lambat sedar kehadiran sayang. Abang mintak maaf sekali lagi." Ujar Yusuf, tangannya menggenggam jari-jemari Sakinah.

" Hmmm....forgiveness is accepted."

" I love you sayang...." Ucap Yusuf romantis.

" Tak faham..." Sakat Sakinah.

" Aku mencintaimu." Ucap Yusuf lagi.

" Aku juga mencintaimu."

Semoga perkahwinan ini kekal selamanya dan lebih berseri dengan kehadiran bayi yang akan dilahirkan nanti.

Hanif terus membawa diri ke Luar Negara. Hania pula teruskan hubungannya dengan kekasih hatinya dan akan bernikah hujung bulan ini. Dan keluarga Sakinah akan pulang ke Malaysia lagib3 minggu.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience