27

Short Story Series 18705

Selepas pulang dari kerja, Yusuf berlegar-legar di Shopping mall berhampiran dengan hospital tempat dia bekerja. Niat di hati mahu membeli pakaian untuk anak dan isterinya. Sedang dia leka memilih pakaian untuk anaknya, Yusuf disapa oleh sahabatnya.

" Assalamualaikum, Yusuf."

" Waalaikimsalam," Yusuf menoleh. " Ya Allah, kau Arman? lamanya tak jumpa." mereka berjabat tangan dan berpelukan.

" Aku baru balik malaysia 3 minggu lepas. Kau apa khabar? asal pergi kedai pakaian kanak-kanak ni? kau dah ada anak ke? Tanya Arman sambil membuat muka teruja.

" Ha'ah, beli pakaian untuk anak bini." Jawab Yusuf.

" Serius Yusuf? asal kau tak jemput aku pun? sampai hati kau. Kata kawan sehati sejiwa." Rajuk Arman dibuat-buat.

" Serius lah. Dah nak masuk 4 tahun dah perkahwinan aku ni. Anak aku baru masuk umur 3 tahun. Aku jemput semua kawan-kawan, aku invite dekat fac." Ujar Yusuf pula.

" Lah.. patutlah. Aku mana guna fac dah. Tak apalah, aku doakan kau bahagia. Disebabkan aku tak dapat makan lauk kenduri kau, harini kau kena belanja aku makan. Boleh?" Kata Arman sambil ketawa.

" Boleh-boleh. Tapi, kau tunggu sekejap ya. Aku nak bayar baju anak aku ni dulu."

" Aku bergurau je lah.." Jawab Arman sambil tersenyum.

" Tak apa lah, aku belanja.. dah nak pukul 7 dah pun, makan malam sama-sama dan terus kita pergi solat maghrib." Cadang Yusuf pada Arman.

" Ok lah, kalau kau cakap macam tu."

Sedang mereka menanti makanan yang dipesan sampai mereka berbual-bual kosong.

" Siapa isteri kau Yusuf? adik sepupu kau tu ke?" Tanya Arman pada Yusuf, setahu dia perempuan yang rapat dengan Yusuf hanya seorang itulah.

" Eh, kau ni. Dia tu kecik lagilah. Kalau aku kahwin dengan dia 4 tahun yang lepas, dia baru umur 17. Aku kahwin dengan perempuan yang kau kenal juga." Jelas Yusuf.

" Siapa ya?" Tanya Arman pelik. Kepala ligat berfikir siapakah gerangan perempuan yang dikenalinya.

" Classmate kita ke? ke junior kita?" Jawab Arman dengan ragu.

" Hahaha, nama dia Hania. Junior kita. Dia dah lama suka aku, tapi last day aku dekat University aku ajak dia kahwin, lepas 3 tahun lepastu kitaorang kahwin. Lewat kahwin sebab aku tunggu dia habis degree dulu." Cerita Yusuf pada Arman. Wajah Arman ada riaksi terkejut.

" Maksud kau, Hania bt Hj. Tajuddin tu ke? anak yatim piatu tu ya?" Tanya Arman lagi meminta kepastian.

" Ha'ah la. Kenal pun kau. Dia lah isteri aku." Jawab Yusuf dengan senyuman.

" Aku tak sangka. By the way Yusuf, aku sepatutnya balik Malaysia 3 tahun lepas. Disebabkan aku ganti seseorang ni, terus tak jadi balik sini."

" Aku tak faham. Kau ganti siapa, ganti apa pula?"

" Lepas kita habis belajar. Aku dan kau buat haluan masing-masing. Aku dapat tawaran mengajar dekat University Mesir. Gaji dia bolehlah tahan. Aku kerja 3 tahun, last minit ada kawan aku ni, mintak tolong ganti dia, sebab dia nak balik Malaysia. Urgent katanya, sampai ke sudah dia tak balik semula ke Mesir. Kerja dia jadi kerja aku. Alhamdulillah, gaji yang aku dapat sekali ganda dari gaji aku yang asal. Cerita dia disini. Kau tahu tak, apa yang urgent sangat sampai dia balik Malaysia?" Tanya Arman pada Yusuf.

" Mana aku tahu, kau ceritalah." Ujar Yusuf pada Arman agar meneruskan cerita.

" Dia nak balik sebab, kekasih dia nak kahwin dengan orang lain. Tapi, dia cerita dekat aku, dia tak sempat halang, perempuan tu sudah selamat bernikah dengan lelaki lain. Sejak kejadian tu, kawan aku tak ada semangat nak sambung kerja di Mesir. Kawan aku tu, mengajar dekat Uitm sahaja. Tak sampai setahun kekasih dia kahwin, perempuan tu contact kawan aku ni balik. Diaorang bercinta semula diam-diam. Hanya aku tempat kawan aku ni bercerita. Betapa seronoknya dia bila kekasih dia mahu sambung balik percintaan mereka. Aku sudah banyak kali nasihatkan dia, supaya jangan kacau wife orang. Tapi dia jawab, perempuan tu yang cari dia. Jika perempuan tu betul-betul tak bahagia, dia boleh bahagiakan perempuan tu. Kau nak tahu tak, nama perempuan tu apa?" Tanya Arman serius pada sahabatnya yang masih mendengar ceritanya.

" Tak tahu, siapa nama perempuan jahat tu?" Tanya Yusuf bengang mendengar cerita sahabatnya.

" Nama dia, sebijik dengan nama isteri kau. Hania bt Hj.Tajuddin. Rupa dia sama dengan Hania junior kita dulu." Jawab Arman dengan wajah yang serius.

" Apa kau cakap ni Arman?" Tanya Yusuf serius.

" Kau kenal aku kan Yusuf? aku takkan pernah berbohong dalam bicara aku. Aku akan sampaikan kebenaran, walaupun pahit. Untuk pengetahuan kau, kawan aku tu masih berhubung rapat dengan Hania. Dia mengaku mereka sama saling mencintai."

" Astagfirullahalazim." beristighfar panjang Yusuf mendengar cerita yang disampaikan Arman tadi. Untuk dia menyanggah tiap kata-kata Arman seperti tidak pula mampu ditolak. Benar, sejak setahun perkahwinan dia bersama Hania, Hania sangat berbeza. Perwatakannya semakin hari, semakin ketara perubahannya. Dia hanya memejamkan mata. Menerima seadanya sikap baik ataupun buruk Hania. Adakah cintanya pada Hania terlalu buta? sehingga yang buruk-buruk jelas dimata seolah-olah tidak di lihat.

" Yusuf, aku mintak maaf jika cerita aku tadi membuat engkau kecewa. Tapi, untuk pengetahuan kau, aku lagi kecewa bila dapat tahu isteri kau tu Hania. Kalau kau tak percaya dengan cerita aku, kau siasatlah sendiri. Nama lelaki tu, Malik." Ujar Arman bersimpati dengan nasib Yusuf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience