36

Short Story Series 18705

Sakinah duduk sendirian dibiliknya. Selepas maghrib nanti majlis akad nikah akan berlangsung. Majlis kecil-kecilan sahaja. Mereka hanya menjemput sanak-saudara terdekat dan jiran-jiran. Sudah 3 hari Sakinah cuba hubungi Hanis tapi tak dapat. Hanif juga begitu.

Satu pasanan ringkas masuk dalam peti simpanan telepon pintarnya.

Yusuf ? - Terima Kasih Sakinah sebab terima abang. Jumpa malam ni, sebagai isteri abang.

Sakinah membuat keputusan untuk tidak membalas pesanan ringkas itu. Kenapa aku kaku kalau dengan dia? mana perangai aku yang dulu? yang boleh bercakap tanpa henti dengan dia? Ya Allah... kenapa aku seakan-akan tidak tahu langsung memulakan perbualan.

Tepat pukul 8.00 malam, Airis Sakinah bt Datuk Mukhriz sah menjadi isteri kepada Ahmad Yusuf bin Datuk Ahmad Farid. Sakinah mengalirkan airmatanya. Ya, di jauh sudut hatinya, dia sangat gembira dapat mejadi isteri kepada Abang Yusufnya.

Sakinah menyalami tangan Yusuf. Tangan sasa itu diciumnya penuh kasih. Yusuf mencium dahi Sakinah.

" Sejuknya jari Sakinah." Bisik Yusuf pada Sakinah. Sakinah hanya diam.

Selepas tetamu-tetamu beransur pulang. Jari Wahidah sebelah kiri digenggam oleh Zulaikha. Sakinah terkebil-kebil melihat Zulaikha.

" Kakak, nak ice-cream tu." Ujar Zulaikha sambil menunjukkan pakcik yang menjual ice-cream di depan rumahnya, tidak jauh dari mereka. Yusuf yang mendengar menoleh pada Sakinah dan Zulaikha.

" Kakak? kenapa Zulaikha panggil kakak?" Tanya Yusuf pada anaknya.

" Kakak ni suruh panggil kakak lah." Jawab Zulaikha petah dan jujur. Sakinah tersengih.

" Eii, perasannya. Bukan kena panggil Maksu long ke? Tak apa-tak apa, tak payah panggil mak long. Panggil Ibu. Zulaikha panggil kakak ni, ibu.. ok?" Tanya Yusuf pada Zulaikha.

" Ok.. Ibu." Jawab Zulaikha lembut dan ceria.

Sakinah hanya diam. Mestilah kena tukar jadi ibu. Takkan nak jadi kakak pula kan? apalah aku ni. Aku kan kiranya ibu tiri dia. Ibu tiri? eii... aku ada anak tiri. Serius ke ni? Oh my Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience