10

Short Story Series 18705

Datuk Mukhriz mendengar cerita isterinya tentang perancangan Sakinah .

" Saya tak setujulah Indah . Saya risau . Dia seorang sahaja anak kita . Biarlah dia ada sahaja di depan mata kita . Awak cakaplah dengan Sakinah , saya tak setuju." Keputusan sudahpun di buat Datuk Mukhriz .

" Yalah .. nanti saya sampaikan."

Datin Indah mengetuk pintu bilik Sakinah . Tiada sahutan . Datin Indah memulas pintu bilik . Tak berkunci . Terus dia masuk . Bilik yang masih terang tapi Sakinah sudahpun tidur .

Datin Indah melihat meja belajar anaknya bersepah dengan buku-buku dan alat-alat tulis di atas meja . Berselerak .

Datin Indah mendekati meja belajar Sakinah . Disusun buku-buku itu . Datin Indah terperasan Diary Sakinah . Mahu di baca isi hati anaknya , tapi memandangkan tidak baik membaca diary orang .. diabaikan niat untuk membaca . Tiba-tiba Datin Indah ternampak sekeping gambar yang terselit pada diary itu . Di tarik gambar itu . Rupanya bukan sekeping tapi 3 keping .

Datin Indah melihat gambar tersebut .

Hatinya seakan memahami kenapa anaknya simpan gambar itu . Jika dia mahu tahu haruslah dia membuka diary itu .

Datin indah memastikan Sakinah sudah lena tidur . Ditutup lampu dan hanya memasang lampu belajar .

Diselak satu persatu diary anaknya .

Coretan Terakhir . Harini .

- Alhamdulillah . Harini aku khatam . Terima Kasih Ya Allah . Dan maafkan aku Ya Allah , harini juga aku menangis bukan kerana-Mu tapi kerana dia . Dia akan berkahwin pada bulan depan . Aku harap ibu dan ayah izinkan aku pergi ikut Hanis ke UK . Aku tak sanggup lagi melihat wajahnya . Makbulkanlah permintaan ku Ya Allah .

Datin Indah terkejut . Siapa yang akan berkahwin bulan depan selain Yusuf . Jadi betullah , Yusuf orangnya ?

Diselak muka surat yang lain pula .

- Bismillah . Harini aku terasa sakit ya amat . Dia sudah pun selamat bertunang dan aku sendirian di rumah .

Diselak lagi ..

- Esok Abang Yusuf balik . Seronoknya . Tak sabar nak dia ajar Add Math . Jodohkan aku dengan dia Ya Allah .

Datin Indah sudah yakim dengan apa yang dicarinya . Dia menutup diary itu semula . Datin Indah mendekati anak daranya yang sedang lena tidur .

" Semoga esok buat yang terbaik sayang ." Di cium dahi anak gadisnya lembut .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience