41

Short Story Series 18705

Lagi seminggu Yusuf harus pergi ke mahkamah bagi menyelesaikan kes hak penjagaan anaknya.

Peguam bela sudah dilantik. Yusuf yakin 100% dia akan menang. Dengan kerjaya dia, mempunyai isteri dan pelabagai faktor lagi.

Yusuf yang sedang ralit membuat kerjanya di Hospital, tiba-tiba telepon pintarnya berbunyi tanda pesanan ringkas masuk.

Nombor yang tidak dikenalinya.

- Assalamualaikum, Yusuf. Ini aku Malik, aku ada hal nak bincang. Jumpa aku dekat Tasik Titiwangsa. 6 petang.

Malik? huh.. Yusuf tersenyum sinis. Okay, aku nak tengok apa yang kau nak buat.

Selepas tamat waktu kerja Yusuf terus menuju ke Tasik Titiwangsa. Yusuf terkejut melihat Hania ada bersama Malik sekali. Mahu sahaja Yusuf berpatah balik. Yusuf cekalkan hati mendekati pasangan kekasih dihadapannya kini.

" Assalamualaikum." Yusuf memberi salam dan terus duduk dihadapan kerusi yang kosong dihadapan mereka.

" Waalaikumsalam." Huluran tangan Yusuf di sambut lambat oleh Malik.

" Apa yang korang berdua nak?" Tanya Yusuf dengan wajah bersahaja. Sebolehnya dia mahu mempamerkan riak wajah setenang mungkin.

" Aku dan Hania nak berterus terang." Ujar Malik berani.

" Kalau pasal hubungan korang berdua, baik tak payah berterus-terang. Aku dah sedia maklum." Yusuf bersuara lagi.

" Ini bukan pasal hubungan aku dengan Hania. Ini pasal Zulaikha." Ujar Malik lagi. Hania disebelah hanya diam tidak berkutik.

" Kenapa dengan Zulaikha? kalau kau berharap dapat Zulaikha, dalam mimpi pun kau tak layak Hania." Luah Yusuf dengan tegas. Matanya memandang tepat pada mata Hania. Dengan cepat Hania mengalihkan pandangannya.

" Zulaikha tu anak aku." Malik bersuara tiba-tiba. Suara yang tegas dan jujur.

" Apa? anak kau? kau merepek apa pula ni?" Tanya Yusuf lagi.

" Betul Yusuf, Zulaikha tu anak saya dan Malik." Ujar Hania pula dengan suara terketar-ketar.

Yusuf terdiam.

" Explain." Ucap Yusuf dengan suara yang tegas. Wajahnya sangat ketara menahan api kemarahan.

" Saya mintak maaf. Setahun perkahwinan saya dengan Awak betul-betul buat saya rasa sangat menyesal berkahwin dengan awak. Saya jalinkan hubungan dengan Malik dan kami terlanjur. Saya mengandungkan Zulaikha, dan masih teruskan menjadi isteri awak. Sebab masa tu, saya masih keliru, saya takut nak berterus-terang dengan awak. Saya yang berhak menjaga Zulaikha. Zulaikha anak saya dan Malik. Zukaikha bukan anak awak. Saya yakin itu anak saya dan Malik." Cerita Hania panjang lebar.

" Asal kau yakin sangat Zulaikha tu anak kau dan dia?" Tanya Yusuf dengan sinis.

" Awak, awak tak boleh mengandungkan saya. Awak mandul." Jawab Hania dengan berani. Terkejut Yusuf. Yusuf nampak senyuman mengejek diberikan oleh Malik pada dirinya.

" Apa buktinya?" Tanya Yusuf lagi.

" 4 tahun lebih saya dengan awak, saya tak pernah mengandung. Tapi, bila bersama Malik saya mengandung. Itu sudah jelas. Lagi satu, kalau awak perasan, ramai yang cakap wajah Zulaikha tiada iras antara kita berdua. Mereka betul, sebab wajah Zulaikha iras-iras wajah Malik. Sebab Malik adalah ayahnya." Luah Hania lagi.

" Sudahlah Hania, aku tak nak dengar lagi. Aku rasa jijik sangat dengan kau. Aku tak sangka aku nikahi perempuan murahan seperti kau. Kalau betul pun, Zulaikha itu anak kau dan dia. Kau akan dikenakan hukuman sebagai isteri nusyuz. Dan aku takkan bagi Zulaikha pada perempuan sejijik kau. Apa-apa pun, jumpa di mahkamah. Kau ceritalah perkara ni pada peguam bela kau. Mana tahu ada jalan yang boleh buat kau menang. Tapi, untuk pengetahuan kau, aku takkan tarik diri. Semoga bahagia. Assalamualaikum." Yusuf terus meninggalkan Hania dan Malik. Yusuf perasan riak muka Hania yang seakan terkejut dengan kenyataannya.

Dalam perjalanan pulang Yusuf menghentak stereng keretanya berulang kali bagi melepaskan amarahnya yang ditahan-tahan tadi. Ikutkan hati mahu sahaja ditumbuk wajah Malik itu.

" Tak guna.. tak guna.. tak guna!!" Marah Yusuf sudah tidak dapat ditahan.

Yusuf masih teringat ayat yang sangat menyakitkan hatinya. Bagaikan kaset memainkan muzik berulang-ulang kali.

" Awak tak boleh mengandungkan saya, awak mandul."

" Zulaikha itu anak saya dan Malik."

" Arggghhhhhh...." Yusuf menjerit sekuat hati, mujur tiada siapa-siapa di kawasan parking itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience