39

Short Story Series 18705

Sakinah menanti Hanis dan Hanif dengan penuh sabar. Mereka berjanji mahu berjumpa disini. Tempat mereka bertiga selalu duduk. Pesanan ringkas diberi pada Hanis.

Sakinah- Kau mana Hanis?

Hanis- Dah sampai pun, tengah cari parking. Kau dekat mana?

Sakinah- K, bawah pokok besar yang bersebelahan pondok. Pokok lagi satu tu, ada orang.

Hanis- Ok. Jumpa nanti.

Dari jauh Hanis dan Hanif melihat kelibat Sakinah yang sedang duduk diatas tikar. Hanis berlari mendapatkan Sakinah, dibiarkan Hanif dibelakang.

" Assalamualaikum, Sakinah." Sapa Hanis.

" Waalaikumsalam, Hanis. Surprise!" Ujar Sakinah sambil mendepangkan tangan ke arah pelbagai makanan diatas tikar. Belon-belon dan tidak dilupakan kek.

" Terima Kasih.." Hanis memeluk tubuh Sakinah.

" Kasih diterima. Happy birthday Hanis." Ucap Sakinah pada Hanis sambil memegang kepala Hanis.

" Tak habis-habis drama." Ujar Hanif yang dari tadi memerhati gelagat dua perempuan yang disayanginya itu. Hanif terus duduk tanpa dipelawa oleh Sakinah terlebih dahulu. Sakinah dan Hanis juga duduk di tikar itu. Mereka mengililingi makanan yang telah di letakkan di tengah-tengah.

" Haih, jangan layan dia. Buat spoil mood aku sahaja nanti." Ujar Hanis sambil menjeling abangnya. Hanif hanya membuat muka bersahaja, tupperware yang berisi pelbagai jenis sushi dan kimbab dibuka.

" Asal kau buat benda alah ni? aku tak suka lah benda ni." Tanya Hanif tak puas hati.

" Masalah kau lah tak suka. Aku buat untuk Hanis, bukan kau." Jelas Sakinah pada Hanif. Sakinah membuat pelbagai jenis sushi dan Kimbab khas untuk sahabatnya yang menggemari makanan jepun dan korea itu.

" So sweet. Terima Kasih Sakinah." Ucap Hanis lagi sambil memegang tangan Sakinah. Sakinah hanya tersenyum.

" Bukan buat banyak pun, aku buat pelbagai jenis dan rasa je. Tak sampai 20 ketul sushi pun. Makanlah Hanis." Ujar Sakinah sambil merampas tupperware berwarna kuning itu dari tangan Hanif dan diberikan pada Hanis.

" Hmmm, sedapnya.." Puji Hanis ikhlas. "Wasabi ada tak?" Tanya Hanis pada Sakinah sambil mencari-cari wasabi.

" Ada, dalam bakul belakang kau tu kot rasanya." Jawab Sakinah. Hanis mencapai tupperware kecil yang berada didalam bakul itu.

" Alahai, asal muka kau macam tu Hanif?" Sakinah melihat muka Hanif yang tiada senyuman dan masam.

" Malas aku nak jawab soalan yang tak berapa bijak tu. Aku datang sini dengan perut kosong, semata-mata nak makan masakan kau, lepastu boleh pula kau masak benda alah yang tak berapa nak masak ni? memang buat aku spoil sangat." Ujar Hanif jujur dengan perasaan kecewanya. Bukan Sakinah tidak tahu aku tak suka sushi yang ada ikan mentah semua ni. Eii.

" Sorrylah, tapi aku ada buat sesuatu untuk kau." Sakinah menyerahkan tupperware berwarna hijau pula pada Hanif. Hanif membuka dengan wajah bosan. Kimbab?

" Kan aku dah cakap, aku tak suka benda-benda macam ni. Aku orang melayu, tak makan benda-benda pelik macam ni." Protes Hanif.

" Banyak bunyilah kau ni, adik kau ni melayu juga, makan je makanan-makanan ni. Cuba rasa dulu baru komen." Arah Sakinah dengan suara tegas. Hanif hanya mengikut arahan Sakinah. Digigit kimbab yang belum dipotong itu.

Hanis dan Sakinah senyap menanti komen dari Hanif.

" Sedap tak?" Tanya Hanis pada abangnya yang dari tadi mengunyah sushi itu. Hanif anggukkan kepalanya.

" Aku letak nenas dan ayam, letak sikit kuah pajeri, dan telur dadar. So, kau rasa macam makan nasi berlauk pajeri je lah. Suka-suka aku derhaka dengan resepi." Jalas Sakinah pada kedua-dua sahabatnya.

" Nak sikit abang." Hanis meminta pada Hanif. Cepat-cepat Hanif menelan semua kimbab itu. "Jahat gila kau.." Hanis menepuk kuat paha abangnya.

" Adoiii..sakit." Hanif menyeringai sakit, makanan masih penuh dimulutnya.

" Cepatlah makan Hanis, kita potong kek pula." Ujar Sakinah ceria. Di ambil kotak yang berisi kek coklat kegemaran Hanis itu. Sakinah membuka dengan berhati-hati.

" Wahhhh.. cantiknya, kau buat ke?" Tanya Hanis ceria. Tangannya menyambut huluran pisau yang diberi oleh Sakinah itu.

" Ofcourse." Jawab Sakinah pendek.

" Baiknya kau Sakinah, ini kau buat macam-macam ni ada apa-apa ke? sebelum ni, beli je kek dan sushi ni. Sakat Hanis pada sahabatnya.

" Aku tengah rajin. Cepatlah potong." Arah Sakinah.

Selepas mereka bertiga makan kek seorang sepotong masing-masing diam sebab kekenyangan. Hanis ni, potong kek bukan main besar.

" Korang, aku ada sesuatu nak bagi tahu korang." Ujar Sakinah perlahan.

" Apa dia?" Tanya Hanis.

Senyap.

" Sebelum tu, aku nak tanya.. kenapa korang off phone minggu lepas. 3 hari aku cuba call . Korang pergi mana?" Tanya Sakinah serius.

" Patutlah banyak call dari kau. Hahaha. Kitorang bercuti dekat pulau tioman, mak ayah aku datang cameron highland ambil kitorang. Lepastu, handphone aku dan Hanif tertinggal dalam kereta pakcik kitorang. Pakcik aku tak ada masa kitorang nak pergi Pulau Tioman, dia pergi Ipoh. Ayah aku kata biar je lab handphone tu, tak payah tunggu pakcik aku. Begitulah kisahnya. Sekian. kenapa?" Cerita Hanis panjang lebar. Sakinah senyap.

" Aku.. aku... aku.." Sakinah melilau mencari ayat yang sesuai untuk memulakan cerita.

" Aku, aku... cepatlah cerita Sakinah oii. Dah nak terik dekat sini." Hanif memotong. Sakinah senyap.

" Lah, senyap pula." Ucap Hanis pula.

" Aku dah nikah." Ucap Sakinah perlahan. Sangat perlahan.

" Cakap kuat sikit boleh tak?" Tanya Hanif lagi.

Baru Sakinah mahu berbicara semula, mereka bertiga disapa dengan suara yang amat mereka kenalinya. Sakinah sesak nafas. Aku tak habis cerita lagi, dah datang pula orangnya.

" Assalamualaikum, semua.. ganggu ke?" Tanya Yusuf ramah. Hanif berdiri menyalami abang sepupu Sakinah yang dikenalinya.

" Waalaikumsalam bang. Duduklah." Ujar Hanis dan Hanif. Sakinah menjawab salam dalam hati. Sakinah berdiri untuk pergi ke dalam tikar bagi memberikan ruangan untuk Yusuf dan Zulaikha duduk bersama.

Tiba-tiba Yusuf menghulurkan tangannya pada Sakinah. Sakinah terkaku.. sebelum menyambut dan menyalami tangan Yusuf, matanya sempat memandang wajah sahabatnya yang nampak riak terkejut. Yusuf tanpa segan silu mencium dahi Sakinah.

Hanif dan Hanis diam. Mereka berdua berpandang.

" Ibu.. nak kek tu sikit." Ujar Zulaikha pula.

" Biar papa buat." Ujar Yusuf.

Senyap.

" Abang duduk sana dengan Zulaikha." Yusuf berkata pada Sakinah.

Hanis berdehem memberi isyarat supaya jelaskan keadaan yang penuh tanda tanya ni.

" Hanis, Hanif.. Kenalkan, itu Yusuf.. dia suami aku." Jawab Sakinah penuh debaran.

" What?" Serentak suara Hanif dan Hanis.

" Ya, kami nikah minggu lepas. Aku call kau, sebab nak bagitahu perkara ni lah." Jelas Sakinah tersekat-sekat. Yusuf hanya memerhati dari jauh secara tidak langsung memberi ruang untuk Sakinah menjelaskan pada Hanis dan Hanif. Yusuf melayani Zulaikha yang sedap menikmati kek coklat tidak jauh dari Sakinah.

" Aku balik dulu." Hanif berdiri dan terus berjalan meninggalkan Sakinah terkulat-kulat.

" Sakinah, aku nakkan penjelasan. Tapi, bukan sekarang. Aku kena balik juga, karang mamat tu tinggalkan aku jadi satu hal pula. Bye. Assalamualaikum dan terima kasih."

Selepas bersalaman dan berpelukan Hanis dengan cepat berlari mendapat Hanif yang semakin jauh kehadapan.

Sakinah diam.

" Kenapa dengan riaksi Hanif tu?" Tanya Yusuf pada Sakinah yang masih diam. Yusuf dan Zulaikha duduk dihadapan Sakinah.

" Terkejutlah kot." Jawab Sakinah mendatar.

" Kau orang ada hubungan ke sebelum ni?" Tanya Yusuf penuh curiga.

" No." Jawab Sakinah tegas.

" Ya ke? riaksi dia macam patah hati je." Tebak Yusuf lagi.

" Suka hati lah nak percaya ke tak nak." Jawab Sakinah masih suara bersahaja. Tangannya laju mengemas bekas- bekas diatas tikar. Entah kenapa air matanya mengalir. Macam mana kalau diaorang berdua dah tak nak kawan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience