35

Short Story Series 18705

Selepas bersarapan Sakinah duduk dihalaman melihat bibik menyiram pokok-pokok bunga. Ibu dan ayahnya sudah keluar berdua pergi bersarapan diluar dan ingin membeli barang keperluan untuk ke Jeddah lagi seminggu. Sakinah masih tidak menceritakan perkara malam tadi pada Hanis, dia masih terkejut.

Sedang dia leka memegang pokok-pokok bunga, Sakinah tidak perasan dia memegang batang pokok bunga yang berduri. Dia mangaduh sakit setelah terasa sakit.

" Aduh..." Darah merah mengalir keluar dari jari telunjuknya. Macam manalah aku boleh tak perasan ni pokok bunga ros. Sakinah berjalan ke pili air, bibik yang sedang menyiram pokok tadipun sudah masuk semula, itu pun Sakinah tidak sedar bila bibik pergi meninggalkan dirinya sendirian. Air yang mencurah pada luka Sakinah, membuat Sakinah nyilu dan sakit.

Sakinah duduk di kerusi bulat yang ada dihalaman rumahnya. Dia termenung lagi. Darah yang tadi disangka sudah berhenti kembali mengalir.

" Nah.." Yusuf menyerahkan plaster luka pada Sakinah. Sakinah seperti seseorang yang telah di pukau. Khayal. Diam.

" Sakinah..oh Sakinah" Yusuf menjentikkan jarinya dihadapan mata Sakinah. Baru dia tersedar dari Khayalannya. Sakinah terkejut dan terus mengurut lembut dadanya.

" Err, abang.. maaf tak perasan." Ucap Sakinah penuh malu.

" It's okay.. Nah plaster luka. Balut luka tu." Plaster luka disambut oleh Sakinah. Dibalut lembut jarinya yang luka itu.

"Tak sangka cincin tu muat-muat dengan jari Sakinah." Yusuf memandang jari manis Sakinah yang tersarung cincin emas yang dibelinya sendiri semalam. Sakinah memandang cincin di jarinya dengan wajah bersahaja. Tiada wajah bahagia.

" Kenapa?" Tanya Yusuf. Diam.

" Sakinah.. abang nak cakap ni." Yusuf memulakan bicara.

" Cakaplah.." Ujar Sakinah.

" Abang tahu, mesti Sakinah terkejut gila dengan pinangan dari keluarga abang. Untuk pengetahuan Sakinah, abang buat ada banyak sebab." Ujar Yusuf lembut.

" Sebab apa?" Tanya Sakinah pelik.

" Pertama, sebab abang nak hak penjagaan Zulaikha. Kalau abang nak hak penjagaan Zulaikha, abang kena kahwin. Baru abang lebih layak. Kedua, ibu dan ayah Sakinah kan nak pergi Jeddah, Sakinah dan Zulaikha tiada siapa boleh jaga, melainkan abang. Abang perlukan Sakinah untuk jaga Zulaikha, dan Sakinah perlukan abang untuk jaga Sakinah dan Zulaikha." Ujar Yusuf dengan wajah setenang mungkin.

" Abang tak rasa ke, perkahwinan kedua abang ni, terlalu awal?" Tanya Sakinah lagi.

" Sejujurnya Ya. Abang tahu awal. Tapi, masalah yang kita ada ni, membuatkan kita terpaksa membuat keputusan dengan cepat dan bijak." Jawab Yusuf.

" Bukan masalah kita. Tapi ini semua masalah abang. Kenapa Sakinah harus terlibat sama?" Tanya Sakinah tegas.

" Sakinah, abang mintak tolong sangat dengan Sakinah. Tolonglah abang. Abang tak boleh lepaskan Zulaikha pada ibunya. Tolonglah abang Sakinah. Abang merayu. Sudilah Sakinah jadi isteri abang." Ujar Yusuf lembut dan penuh romantis. Sakinah mengigit bibir bawahnya. Cair..cair..cair..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience