18

Short Story Series 18705

Setahun kemudian.

Sakinah dan Hanis membantu Makcik Marissa di dapur. Menurut kata Makcik Marissa anak perempuannya akan pulang ke rumah sebentar lagi.

Sedang mereka ralit membuat kerja masing-masing. Bunyi loceng berbunyi. Makcik Marissa berlari-lari anak untuk ke pintu utama. Anaknya sudah sampai agaknya.

" Apa nama sepupu kau tu?" Tanya Sakinah pada Hanis yang sedang memotong sayur-sayuran.

" Anna." Jawab Habis pendek. Suara yang seakan-akan malas menjawab.

" Umur dia?" Tanya Sakinah lagi. Kini tangannya membantu sahabatnya memotong lobak merah.

" Sama kita."

" Ohh, rapat tak?" Tanya Sakinah lagi.

" Tak." Jawab Hanis lagi.

Ketika Sakinah dan Hanis berjalan melintasi ruang tamu. Makcik Marissa memanggil mereka untuk bersalaman dengan anaknya Anna. Terkejut Sakinah dengan penampilan Anna. Bukan kerana kecantikannya tapi kerana pakaiannya. Sangat menjolok mata. Anna langsung tidak seperti Makcik Marissa yang berjubah dan bertudung labuh. Sakinah memandang wajah Hanis. Wajah Hanis yang slumber lagak seperti tidak terkejut langsung.

Sedang mereka berempat duduk diruang tamu. Pintu rumah terbuka. Salam diberikan dijawab. Pakcik dan Hanif yang baru pulang dari masjid terus duduk bersama diruangan tamu itu. Anna menyalami tangan ayahnya takut-takut. Salam yang diberikan disambut acuh tak acuh oleh ayahnya.

" Err, marilah kita makan. Makanan pun dah lama di hidangkan." Hanis menyampuk.

Semua berdiri dan berjalan mengambil tempat masing-masing. Sakinah perasan mata Anna selalu mencuri pandang pada Hanif.

Mereka semua menjamah makanan diatas meja dengan senyap. Sakinah pelik dengan keadaan tersebut. Bukan ke kalau anak balik ibu bapa yang paling excited?

" Err, mummy.. sebelah daddy tu siapa?" Anna bertanya pada ibunya. Semua mata memandang wajah yang Hanif.

" Itu Hanif lah." Anna terus melopong mulutnya.

" Serious? ini Abang Hanif? kenapa lain sangat?" Anna sudah bertanya tanpa henti. Mukanya masih beriak terkejut.

Hanis memandang wajah abangnya. Muka macam malu ada muka bangga ada.

" Apa yang lainnya?" Tanya Makcik Marissa slumber sambil matanya melihat wajah Hanif.

" Abang Hanif kurus. Banyak sangat yang lain." Sakinah memandang wajah Hanis yang seperti menahan ketawa. Kenapa Hanis ketawa? betul apa, Hanif dah lain. Dah kurus dan ada muscle dah sekarang. Sangat sangat smart. Memang patutpun supupu mereka itu tergoda dengan penampila Hanif. Kecuali aku. Aku tak tergoda langsung. Lagi-lagi perangai dia tu. huh.

Selepas selesai mengemas dapur Hanis mengajak Sakinah naik ke bilik.

" Hanis, asal muka kau masa makan tadi macam tahan gelak sahaja aku tengok?" Sakinah bertanya pada sahabatnya yang sedang mengunci pintu dan berjalan kearahnya dan duduk disebelahnya.

" Anna tu memang lawak. Kau tahu tak, sebelum ni Anna tu mana pernah panggil Hanif tu abang. Kau tahu dia panggil apa?" Tanya Hanis pada Sakinah yang sudah merebahkan tubuhnya pada tilam.

" Hanif je lah kot." Jawab Sakinah mendatar.

" Salah. Dia panggil Hanif tu, gemuk tak pun gorilla." Cerita Hanis . Sakinah duduk semula menghadap Hanis.

" Biar betul. Jahatnya mulut dia. Mesti sekarang ni dia rasa bersalah sangat dengan Hanif." Ucap Sakinah.

" Ya lah kot. Hanif tu dulu-dulu, pernah suka dekat Anna tu. Siapa yang tak suka Anna tu? Muka cantik gila, biasalah muka melayu kacukan inggeris dengan badan solidnya, suara sedap pula tu. Lepas aja Anna kutuk-kutuk dia terus Hanif benci sangat dengan Anna. Nasib baik dia benci Anna je bukan dengan Mak ayah Anna sekali." Cerita Hanis semangat.

" Ohh, patutlah masa Hanif tengok Anna, muka dia muka macam tak best je." Kata Sakinah mendatar sambil kepalanya diangguk-anggukkan.

" Kalau kau nak tahu. Pakcik Zakaria tu dia tak rapat dengan Anna tu. Sebab Anna tu lain sangat perangai dengan anak-anak dia yang lain. Anak-anak dia sopan dan belajar Al-quran dan seiring dengan akademik. Tapi Anna ni, dia nak akedemik sahaja, Al-quran dia belajar tapi tak masuk." Cerita Hanis pada sahabatnya seperti berminat dengan ceritanya.

" Hmm.. ujian orangkan lain-lain. Ini lah ujian untuk Pakcik Zakaria. Dia kenalah sabar untuk mendidik Anna."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience