5

Short Story Series 18705

Sakinah duduk di kerusi panjang yang disediakan di halaman sekolah . Hujan yang lebat itu membuatkan Sakinah terpaksa menunggu di bawah pondok menunggu . Disebabkan ada kelas tambahan terpaksalah dia pulang lewat dari kebiasaan .

Hujan semakin lebat .

' Redah je lah .'

Sakinah yang bersedia untuk meredah hujan dia melihat sebuah kereta putih berhenti di hadapannya . Dia kenal dengan pemilik kereta itu .

' Abang Yusuf '

Yusuf menurunkan tingkap keretanya .

" Masuklah Sakinah ." Ajak Yusuf sambil tersenyum manis pada adik kesayangannya .

Sakinah hanya menurut . Dia masuk pada perut kereta dan buka pintu penumpang .

" Ehh .. ehh .. Abang bukan driver Sakinah . Sila duduk disebelah abang . " Sakinah hanya menurut ditutup semula pintu belakang dan pintu sebelah pemandu di buka .

" Assalamualaikum Sakinah ." Jawab Yusuf ceria .

" Waalaikumsalam ." Jawab sakinah tenang .

" Alahai kesiannya muka tak larat .. penat sangat ya ." Tanya Yusuf sambil ketawa menyakat .

Diam ..

Yusuf memulakan perjalanan .

" Sakinah , Abang dah nak kahwin ." Ucap Yusuf ceria sambil memandu tidak pula dia mahu melihat riaksi Sakinah .

Senyap .

Di lihat wajah Sakinah .

" Lah .. tidur . Orang bukan main semangat nak cerita dekat dia ." Yusuf menurunkan suhu penghawa dingin .

Sakinah hanya berpura-pura tidur . Wajahnya di pusingkan ke kiri . Air mata mengalir lagi . Sakinah tidak tahu jawapan riaksi apa yang perlu diberikan pada abang . Nak cakap apa ?

' Tahniah ? '

' Alhamdulillah abang dah jumpa jodoh abang ?"

' Ya Allah .. Tolonglah aku . Jadikan aku kuat .'

Tidurlah mata ... lenyapkan segalanya .

Ketika sudah sampai di depan rumah terus dia keluar dari perut kereta .

" Terima Kasih ." Sakinah tidak memandang langsung wajah Yusuf .

Maafkan Sakinah . Sakinah tak boleh pandang Abang , sedangkan mendengar suara abang pun terlalu menyakitkan untuk Sakinah .

Sakinah berlari laju masuk ke rumah dan masuk kebiliknya . Dihamburkan tangisannya lagi .

Inilah kesakitan paling sakit yang pernah dirasakan . Tiada ubatnya . Adakah tiada kesudahannya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience