22

Short Story Series 18705

Sakinah duduk di meja belajarnya. Buku diary yang sudah lama dibiarkan berada disitu di sapu lembut. Sengaja Sakinah tidak membawa diary itu bersama semasa pergi ke Edin Burgh dahulu. Hanis memberi cadangan supaya dibakar sahaja. Tapi, tidak sampai hati pula melihat kenangan didalam diary itu menjadi abu. Niat di hati mahu membaca semula coretan kisahnya di dalam diary itu. Tapi dihalang oleh akal yang waras.

Walaupun sudah 4 tahun berlalu, masih kekal perasaan sayang pada si dia. Masih mengharapkan dia menjadi miliknya. Adakah aku mengharapkan Hania mati? mengharapkan mereka tidak bahagia dan memperisterikan aku menjadi yang kedua?. Astagfirullahalazim. Apa aku merepek ni. Berdosa aku fikir macam tu.

Sakinah turun kedapur untuk membantu bibik menyediakan sarapan. Maklumlah dia sekarang sudah pandai memasak. Dulu hanya takat tahu buat air sahaja.

" Bibik, nak tolong boleh?" Sakinah mula menapak mendekati bibiknya yang sedang memerah kelapa untuk mengeluarkan santan.

" Amboi rajinnya anak dara seorang ni. Kalau betul nak tolong, kamu pergi keluarkan tepung gandum dan tepung ubi dekat atas kabinet tu." Arah bibik, Sakinah hanya mengikut arahan yang diberikan. Dia menjingkitkan sedikit kakinya untuk membuka kebinet itu. Dua balang yang bertulis tepung ubi dan tepung gandum dikeluarkannya dan diletakkan di sisi bibiknya.

" Nah, nak buat apa ni bik?" Tanya Sakinah matanya melihat bibik masih memerah santan kelapa.

" Bibik nak buat kuih kaswi." Jawab bibik.

" Ohh, lagi kena buat apa ni?" Tanya Sakinah lagi.

" Kamu pergi ambil gula melaka, gula merah dan gula kastor dekat Kabinet bawah sana tu pula. Bibik ajar kamu buat kuih ni ya." Bibik memberi arahan lagi pada Sakinah. Bibik sudah duduk di meja sambil mengupas bawang merah dan bawang putih.

" Ok, tapi buat apa bibik kupas bawang? letak bawang ke dalam kuih ni?" Tanya Sakinah pelik melihat bibik yang sedang mengupas bawang.

" Mana ada kaswi letak bawang. Apalah kamu ni. Ini nak buat nasi goreng cili hijau. Bibik buat nasi goreng kamu buat kuih kaswi. Cepat sikit siap." Jelas bibik pada Sakinah yang sedang meletakkan 3 balang gula di atas meja.

" Ok bibik. Bahan-bahan semua dah ada ke ni?" Tanya Sakinah pada bibiknya. Bibik melihat semua bahan-bahan untuk membuat kuih kaswi itu kemudian bibik mengangguk.

" Bibik suruh, kamu buat, ya?" Tanya bibik pada Sakinah yang seperti teruja untuk memulakan sesi belajar membuat kuih kaswi.

" Mula-mula kamu masukkan 5 cawan air kedalam periuk dan dimasakkan diatas api. Kemudian kamu masukkan 1 cawan gula kastor, 3 sudu besar gula merah dan 2 keping gula melaka." Arah bibik pada Sakinah. Tangannya masih ligat memotong bahan-bahan untuk memasak nasi goreng, mulutnya saja yang memberi arahan.

" Dah bik. Lepastu?" Tanya Sakinah sambil tangannya menggaul air yang dikacau bersama gula tadi.

" Kamu masukkan 2 helai daun pandan. Biarkan sampai gula larut."

" Dah larut dah bik." Ucap Sakinah.

" Matikan api."

" Lepastu bik?"

" Kamu tapiskan dia, nah ni penapisnya."

Sakinah mengikut segala arahan Bibiknya sehingga kuih kaswi terhasil begitu cantik dan sedap sekali.

" Yeahh, dah tahu buat kuih kaswi. Terima kasih bik." Luah Sakinah riang sambil memeluk bahu bibiknya lembut.

" Nah, kamu bawa ke depan."

Sakinah membawa pinggan yang berisi beberapa potong kuih kaswi untuk dijamah bersama keluarga tersayang sebentar lagi. Diletakkan di atas meja dan disusun cantik pinggan-pinggan yang sudah diisi dengan nasi goreng yang dimasak oleh bibik tadi. Tidak dilupakan kopi panas telahpun siap dibancuh.

" Assalamualaikum sayang, selamat pagi. Awal bangun?" Sapa ibunya. Sakinah tersenyum dan menyalami tangan ibunya.

" Waalaikumsalam. Saja turun awal. Lepas subuh terus turun bawah tolong bibik. Sakinah belajar buat kuih kaswi bu. Kuih ni Sakinah yang buat." Cerita Sakinah riang. Ibunya dan Sakinah berjalan beriringan menuju ke dapur.

" Baguslah, nanti belajarlah lagi." Puji ibunya dibalas dengan senyuman manis.

" Ni banyak lebih ni ha," Datin Sakinah melihat loyang yang masih berisi kuih kaswi, "separuh lagi ni ha. Membazir je. Dekat depan dah banyak. Bik, kami potong kuih ni, lepastu kamu.. Sakinah pergi hantar ke rumah mak lang." Arah Datin Indah. Sakinah mahu menggelengkan kepala tapi anggukan yang diberi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience