25

Short Story Series 18705

Selepas bersarapan Sakinah masuk kebilik tidurnya. Dia terduduk lemah pada sisi katilnya. Masih dia ingat kejadian di rumah maklangnya tadi. Tidak pula dia ceritakan perihal yang berlaku tadi pada ibu ayahnya.

Menurut cerita Ibu dan ayahnya, mak lang dan paklang sudah berpindah ke kampung belah Pak Lang. Jadi, rumah disebelah ini didiami oleh Yusuf dan isterinya. Sudah 2 tahun pun mak lang dan paklangnya berpindah ke kampung.

Selama ini tidak pula dia mahu ambil tahu. Selalunya kalau dia pulang, wajah paklang dan maklang pasti ada di rumah ini menyambut kehadirannya, tidak disangka pula rupanya mereka sudah berpindah. Selama 4 tahun ini, hanya 2 wajah ini yang tidak pernah dilihat dan tidak mahu dilihat, siapa lagi kalau bukan Yusuf dan Hania.

" Kenapa dia orang gaduh sampai macam tu sekali?" Sakinah terasa tidak sedap hati. Kenapa aku tak bahagia dengan keadaan ini? bukan aku pernah cakap aku nak dia orang gaduh dan Yusuf mengahwini aku menjadi isteri yang kedua?

" Astagfirullah. Cukup Sakinah, jangan fikir lagi. Doa yang baik-baik untuk mereka." Akal yang baik menyedarkan Sakinah dari terus dibelenggu dengan hasutan syaitan.

" Syaitan saja yang seronok bila melihat masjid telah dibina itu roboh. Syaitan menangis melihat pernikahan dan gembira melihat penceraian. Aku bukan syaitan dan bukan juga kawan dia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience