40

Short Story Series 18705

Sepanjang hari Sakinah diam dan diam. Sepuluh patah perkataan ditanya oleh Yusuf, satu patah perkataan di jawab oleh Sakinah.

Selepas solat isya' Sakinah terus berbaring di atas katil. Dia mencapai telepon pintarnya, dan terus mendail nombor telepon Hanis. Tak berjawab. Dah tidur ke? baru pukul 10.

Sakinah duduk di birai katil. Ketika itu juga Yusuf masuk kebilik. Yusuf duduk disebelah Sakinah. Yusuf mencapai buku di meja sisi. Matanya mencuri-curi melihat wajah Sakinah yang nampak gelisah.

Sakinah menekan nombor telepon Hanis. Masih seperti tadi. Nombor Hanif pula. Juga begitu. Lagi sekali, berjawab.

" Assalamualaikum, Hanif." Salam Sakinah tidak disambut. Sakinah bangun dari katil dan menuju di koridor dibilik itu, pintu gelongsor di tolak.

" Hanif, aku tahu kau dengar. Nanti aku explain dekat kau dan Hanis. Tapi, sekarang ni.. kau pas phone kau ni dekat Hanis. Please.." Masih senyap.

" Hanif..." Belum sempat Sakinah menyambung ayatnya, bunyi talian telah dimatikan. Tut..tut..tut.. Sakinah melepaskan keluhan berat.

" Asal mengeluh? buah hati marah?" Tuduh Yusuf.

" Hanif bukan buah hati Sakinah." Jelas Sakinah.

" Kalau bukan buah hati. Kenapa abang tengok Sakinah macam susah hati sangat?" Tuduh Yusuf lagi.

" Kalau betullah Hanif tu buah hati Sakinah. Sakinah takkan terima pernikahan ni. Tolonglah, jangan nak menuduh. Hanis dan Hanif kawan baik Sakinah. Mereka pasti sedih sebab Sakinah membelakangkan mereka tentang perkara besar macam ni. Sakinah tak tahu nak explain macam mana." Jelas Sakinah. Matanya memandang lampu-lampu yang menerangi gelapnya malam. Bulan dan bintang tidak kelihatan malam ni.

" Sudahlah, jom tidur. Esok-esok mereka sudah cool, Sakinah ceritalah situasi sebenar pada mereka." Yusuf memujuk Sakinah yang nampak gelisah. Yusuf perasan dengan sikap dia yang baru ini, cepat sangat paranoid dengan Sakinah. Mungkin dia berjaga-jaga agar tidak di tipu untuk kali kedua.

" Hmm." Sakinah berjalan mendekati katil dan berbaring mengiring ke kanan. Mata dipejamkan. Yusuf juga mengiring ke kanan secara langsung membelakangi tubuh Sakinah.

Setelah lama menutup mata untuk tidur, masih sukar untuk Sakinah terlelap. Hish, ni yang aku tak suka ni. Sakinah membuka mata, terkejut dia melihat mata Yusuf memandang tepat pada anak matanya.

" Err.. kenapa abang pandang Sakinah macam tu?" Tanya Sakinah gugup.

" Saja." Jawab Yusuf pendek.

" Boleh tak, abang mengiring ke kanan." Pinta Sakinah dengan suara merayu.

" Kenapa?" Tanya Yusuf.

" Tak selesalah." Jawab Sakinah jujur.

" Abang selesa macam ni. Sakinah pandang je lah abang, dapat pahala tau kalau pandang muka suami." Yusuf tersenyum dengan kata-katanya. Sakinah buat muka bersahaja dalam hati hanya Allah yang tahu betapa gementarnya dirinya kala ini.

Senyap.

" Abang mintak maaf sebab tuduh Sakinah tadi." Ucap Yusuf ikhlas.

" Hmm, apa-apa je lah. Selamat malam. Kosong-kosong." Ucap Sakinah sambil melentangkan badannya. Pandang syiling lagi bagus. Entah bila, Sakinah tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience