42

Short Story Series 18705

Sakinah perasan wajah Yusuf tidak seceria selalu semasa Yusuf baru pulang dari kerja tadi. Mahu bertanya takut tak kena masa. Nantilah aku tanya.

" Abang, jom makan?" Sakinah mengajak Yusuf makan selepas selesai solat maghrib berjemaah tadi.

" No, thanks. Abang dah kenyang." Yusuf terus berlalu meninggalkan Sakinah, dia menuju ke bilik bacaan.

Hmm, dah kenapa pulalah laki aku tu? Tak ada ribut, tak ada taufan, tiba-tiba salji. Beku dan kaku. Huh!

Selepas menemani Zulaikha makan, Sakinah mengajar Zulaikha membaca kemudian mengaji di ruangan tv.

" Ibu, penat dah." Adu Zulaikha dengan wajah yang comel. Semenjak Sakinah menjaga Zulaikha, Sakinah sudah menyukai kanak-kanak. Tak ada lah tahap suka sangat, hanya bolehlah melayan kanak-kanak. Tak macam dulu. Perkembangan yang baik.

" Zulaikha dah penat? ok lah, kita masuk bilik jom." Ajak Sakinah lembut.

" Tak nak tidur. Nak main." Ujar Zulaikha manja.

" Ibu ajak masuk bilik, bukan ajak tidur. Kita main dalam bilik, ok?" Tanya Sakinah dengan nada manja juga.

" Okay."

Selepas menemani Zulaikha dan memastikan Zulaikha sudah tidur, Sakinah masuk ke bilik tidurnya pula. Sakinah mendengar ada orang di bilik air. Oh, dah masuk bilik. Sakinah duduk di birai katil, menunggu Yusuf keluar dari bilik air.

Sakinah melihat Yusuf keluar dari bilik air dengan hanya bertuala dililit dipinggangnya. Malu Sakinah mahu memandang Yusuf. Kali pertama melihat badan Yusuf.

" Nak ambil wudu' ke?" Tanya Yusuf pada Sakinah. Sakinah anggukkan kepalanya. Matanya melihat pintu bilik air. "pergilah ambil wudu' kita solat berjemaah." Ajak Yusuf pada Sakinah.

" Ok."

Selepas selesai solat, Yusuf memulakan bicara ketika mereka berdua diatas katil.

" Abang ada masalah, abang tak tahu nak cerita dari mana. Abang serabut sangat." Luah Yusuf dengan wajah yang sayu. Sakinah dapat melihat riak wajah Yusuf yang sedih.

" Masalah apa? ceritalah, mana tahu kalau cerita dekat Sakinah, abang rasa lega." Pujuk Sakinah pada suami tercinta.

" Pasal Zulaikha." Ucap Yusuf perlahan, tapi masih boleh didengari Sakinah.

" Kenapa dengan Zulaikha?" Tanya Sakinah pelik.

" Hania cakap, Zulaikha bukan anak abang." Cerita yang disampaikan pada Sakinah itu benar-benar menyentakkan Sakinah.

" Maksud abang?" Tanya Sakinah lagi untuk kepastian.

" Zulaikha hasil hubungan gelap Hania dengan kakasihnya. Abang baru tahu petang tadi. Abang jumpa Hania dan kekasihnya, dia orang ceritakan pada abang." Cerita Yusuf. Sakinah faham apa yang dirasakan oleh Yusuf.

" Abang percaya?" Tanya Sakinah pada Yusuf. Yusuf tidak memberi jawapan. Angguk tidak, geleng pun tidak. "Apa kata abang buat ujian DNA, boleh jadi.. mereka sengaja mereka-reka cerita untuk abang tarik diri dari tuntut hak penjagaan Zulaikha." Ujar Sakinah pada Yusuf dengan yakin. Yusuf diam.

" Tapi, abang.." Yusuf diam. Tak tahu nak mentafsirkan perasaannya sekarang pada Sakinah.

" Abang takut kalau betul?" Tebak Sakinah. Yusuf anggukkan kepalanya.

" Ok, macam ni. Kalau betul, Zulaikha anak Hania dengan kekasihnya, apa abang akan buat? serahkan Zulaikha atau saman?" Tanya Sakinah lagi pada Yusuf yang jelas berwajah kusut.

" Abang tak tahu. Abang tak nak Zulaikha pergi." Ujar Yusuf jujur.

Sakinah dan Yusuf diam.

" Hania cakap, abang tak boleh buat dia mengandung. Dia kata abang mandul. Hania yakin, Zulaikha itu anak dia dan lelaki tu." Ucap Yusuf sayu.

" Apalah abang ni ada pula percaya cakap kak hania tu. Esok abang buatlah ujian kesihatan, itu pun nak sedih. Dah lah, jom tidur. Jangan fikir bukan-bukan lagi. Esok kita cari jalan macam mana nak selesaikan masalah abang ni. Macam Sakinah cakap tadi, abang buat ujian DNA dan ujian kesihatan abang. Okay? kalau abang buat kedua-dua ujian tu, abang dapat jawapan." Ujar Sakinah Yusuf. Yusuf hanya anggukkan kepalanya tanda setuju dengan cadangan Sakinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience