11

Short Story Series 18705

Datin Indah menghampiri suaminya di atas katil yang sedang membaca buku.

" Awak dah cakap dengan Sakinah?" Datuk Mukhriz menutup bukunya di letek disisi meja kecil di tepi katil. Selepas itu dia menepuk bantalnya.

" Abang ..." Panggil Datin Indah.

" Hmm ... ada apa?" Tanya Datuk Mukhriz kepalanya sudah berada di atas bantal.

" Saya nak cakap ni. Anak kita tu tengah terluka." Luah Datin Indah pada suaminya.

" Apa maksud tengah terluka, terluka dengan siapa pula?" Tanya suaminya. Mata masih terbuka memandang isteri.

" Abang teka."

" Ish Indah ni .. main teka-teki pula malam-malam ni. Abang nak tidur dah ni." Protes suaminya sambil membuat muka tak puas hati.

" Teka je lah." Arah Isterinya lagi.

" Awak ni kan.. Yelah-yelah saya teka," Suaminya diam seperti sedang berfikir. Datin Indah hanya memerhati. "Abang si Hanis tu tak?" Teka suaminya. Seingat aku itu je lah lelaki yang anak aku kenal dan pernah bawa datang rumah masa tiap-tiap hari raya.

" Salah.. teka lagi." Datin Indah mengasak lahi suaminya untuk berfikir lelaki lain.

Suaminya diam lagi seakan-akan cuba mengingati lelaki yang anaknya berkawan.

" Kawan sekolah dia ke? Dia bercinta senyap-senyap?" Tanya Datuk Mukhriz serious.

" Salah juga."

" Semua salah. Awak cerita je lah yang.. Saya nak tidur dah ni." Datuk Mukhriz sudah berputus asa.

" Abang pun tak terfikirkan lelaki tu. Maknanya bukan saya seorang je yang tak perasan. Lelaki tu Yusuf bang.. Yusuf." Datin Indah menjawab bersama suara yang sayu. Mesti sekarang ni anaknya melalui waktu yang sulit. Mudah-mudah peperiksaannya tidak terganggu dengan kasakitan perasaan yang sedang di alami.

Datuk Mukhriz yang sudah sedia menutup mata untuk tidur terus terbuka matanya. Datuk Mukhriz duduk semula dan menyandar di kepala katil bersama isterinya.

" Mana awak tahu yang?" Tanya suaminya.

" Saya baca diary dia. Yusuf cinta pertama dia." Datin Indah bercerita tentang apa yang dibacanya pada suaminya disisi. Sedihnya untuk menerima hakikat anak sendiri kecewa.

" Habis tu, kita kena buat apa? bukan kita boleh elakkan si Yusuf tu datang sini. Yusuf tu pun lepas kahwin katanya duduk sini. Sakinah kena kuatlah. Kena terima hakikat." Jawab suaminya.

" Abang izinkanlah dia ikut Hanis tu. Bukannya lama dia mengulang. Setahun sahaja. Saya tahu kenapa dia sangat nak pergi ke sana. Dia nak mengelak pergi kenduri si Yusuf nanti. Bolehlah bang. Kasihan Sakinah bang. Dia tak pernah mintak apa-apa sebelum ni pada kita. Selalu dia mintak dekat Yusuf saja. Mesti anak kita terlalu berharap pada kita untuk bantu dia sekarang." Luah Datin Indah jari-jemarinya sudah menggenggam bahu suaminya.

Suaminya diam. Mungkin berfikir.

" Yalah.. saya izinkan. Bila difikirkan semula, kita rapat dengan keluarga Hanis tu. Kita pun kenal hati budi mereka." Suaminya sudah memberi keizinan ini satu rahmat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience