46

Short Story Series 18705

Sakinah berjalan menuju ke bilik Yusuf dengan hati yang riang. Sengaja dia datang ke hospital tengahari buta ini untuk makan tengahari bersama Yusuf dan terus ingin membuat kejutan.

Sebelum pintu dibuka, dia melihat susuk tubuh Hania didalam bilik tersebut. Dia pasang telinga mendengar perbualan Hania dan Yusuf.

" Saya tahu, awak dah ada isteri. Saya sanggup jadi isteri awak yang kedua. Saya menyesal sangat-sangat dengan apa yang saya lakukan pada awak." Luah Hania sebak.

" Sudahlah Hania, saya kan dah cakap.. saya maafkan awak." Pujuk Yusuf pula.

" Awak masih cintakan saya Yusuf?" Soalan Hania itu betul-betul membuatkan Sakinah tidak sanggup berada di situ lagi. Sakinah berjalan lemah menuju ke keretanya. Didalam kereta dia menghamburkan segala tangisannya. Niat dihati ingin membuat kejutan pada suami, sekalinya dia yang dapat kejutan. Kejutan elektrik pun tidak teruk seperti yang dirasakannya sekarang.

Kenapa aku menanagis. Aku memang sedia maklum yang dia memang cintakan bekas isteri dia tu. Hania pun dah mengaku kesalahan dan dia sudahpun maafkan Hania. Sepatutnya aku sedar, perkahwinan ini kerana Zulaikha, Zulaikha pun sudah tiada. Bayi, bayi dalam perut ini pun mungkin Yusuf tidak mahukan lagi. Buat apa bayi ini lagi, jika Hania sudah kembali semula padanya. Tiada apa yang perlu dia buktikan pada Hania lagi.

Ya Allah, aku dikecewakan untuk kali kedua dengan orang yang sama.

Sakinah menuju ke rumah Hanis. Hanis dan Sakinah sudah berbaik semula selepas seminggu kejadian hubungan dia dan Yusuf terbongkar. Hanya Hanif yang sudah menjauhkan diri darinya. Sakinah tidak faham kenapa Hanif terlalu marah padanya.

" Aku sihat je, kau sihat tak?" Tanya Hanis pada Sakinah ketika mereka berdua duduk di ruang tamu rumah agam keluarga Hanis.

" Alhamdulillah, sihat.." jawab Sakinah tersenyum nipis.

" Tengok macam tak sihat je." Tebak Hanis.

" Aku ok. Just boring sikit duduk rumah tak buat apa. Selalunya aku main dengan Zulaikha." Ujar Sakinah sedih.

" Sabarlah, Allah lebih sayangkan dia. Yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskan hidup." Pujuk Hanis pada sahabatnya, sepinggan kek lobak merah diberikan pada Sakinah.

" Kau buat?" Soal Sakinah ketika mulutnya sedap mengunyah kek tersebut.

" No, Hanif yang buat." Jawab Hanis.

" Ohh, hebatnya dia sekarang. Mana dia tak nampak pun?" Tanya Sakinah lagi.

" Pergi rumah Pakcik Zakaria, katanya sekejap je. Tak tahulah pula sekejap tu berapa hari." Jawab Hanis dia juga mengambil sesudu kek tersebut dan disuapkan ke mulut.

" Jauh rupanya. Bila perginya?" Tanya Sakinah lagi.

" Malam tadi."

Sakinah pulang ke rumah pada pukul 8 malam. Selepas mandi dan solat isya' terus dia masuk tidur dan mengiring ke kiri.

Sedang dia terlelap dia merasakan ada tangan yang melingkar pada pinggangnya. Dia mendiamkan diri. Dia yakin itu pasti Yusuf yang sudah pulang kerumah. Sakinah mengerling jam di sisi katilnya. 9.45 malam? lewatnya.

" Sakinah, Sakinah dah tidur ke?" Soal Yusuf dengan bisikan ditelinga Sakinah. Sakinah diam hanya membatukan diri seolah-olah benar dia sedang tidur.

" Sakinah, abang dah balik.. abang rindu Sakinah." Ujar Yusuf lagi. Tengkuk Sakinah sudah menerima beberapa kucupan.

" Abang, Sakinah penat sangat.. Sorry." Ucap Sakinah lembut sambil memegang tangan Yusuf dan diangkatnya supaya tidak memeluk dirinya lagi. Rimas. Menyampahpun ada. Tadi bukan main bermesra dengan janda kau, sekarang nak dengan aku pula.

" Sakinah, Sakinah kenapa ni? Sakinah tak pernah tolak pun sebelum ni, kecuali masa Sakinah datang bulan." Soal Yusuf dengan lembut. Dia membelai rambut Sakinah yang panjang dan cantik itu.

" I am really tired. Sorry.." Tolak Sakinah lagi.

Yusuf menarik bahu Sakinah supaya Sakinah mengiring ke kanan pula. Mata Yusuf memandang tepat pada mata Sakinah.

" Do you hiding something from me?" Soal Yusuf tegas. Yusuf sudah merasakan kelainan dengan sikap Sakinah. Adakah Sakinah sudah bosan dengan dirinya dan Sakinah ada lelaki lain seperti yang pernah dilakukan oleh Hania dulu?

" No. Apa yang perlu Sakinah sorokkan dari abang?" Tanya Sakinah pula.

" Emm, mungkin Sakinah sudah bosan dengan abang dan cari lelaki lain." Jawab Yusuf.

" How dare you saying something stupid idiot like that to me?" Soal Sakinah dengan nada marah dia sudah duduk memandang Yusuf.

" Stupid idiot?" Soal Yusuf dengan tegas juga.

" Yes you are."

" What's wrong with you Sakinah?" Tanya Yusuf lagi.

" Don't ask me, but ask yourself. What's worong with you." Tanya Sakinah lagi dengan nada sangat marah.

" Ok, apa salah abang?" Tanya Yusuf lembut. Sakinah diam. Menyampahnya bercakap dengan orang yang tak rasa dia bersalah ni.

" Hania, abang jumpa dia kan?" Tanya Sakinah berani.

" Correction, dia yang jumpa abang, bukan abang jumpa dia." Jawab Yusuf berani dia juga duduk diatas katil..Pertama kali dia melihat Sakinah dengan sikap emotional sebegitu.

" Sama je lah, korang berjumpa. Sekarang ni, Sakinah yang bosan dengan abang atau abang yang sudah bosan dengan Sakinah?" Tanya Sakinah tegas.

" Sakinah, kalau abang dah bosan dengan Sakinah, baik abang cari perempuan lain..buat apa abang cari Hania semula." Ujar Yusuf. Sakinah diam.

" You still love her?" Tanya Sakinah. Yusuf diam. Dia pun tidak tahu perasaannya pada Hania. Sakinah sakit hati melihat Yusuf yang diam seperti mengiyakan tekaannya. Sakinah bangun dari katil dia memandang Yusuf.

" Sakinah mintak izin tidur bilik sebelah." Sakinah terus berjalan keluar dari bilik itu tanpa menunggu jawapan dari Yusuf terlebih dahulu.

Izin atau tak, aku nak pergi juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience