17

Short Story Series 18705

Petang yang tenang itu dihiasi dengan salji-salji putih menambahkan beku dihati Sakinah.

Mengingati bait-bait kata yang ditulis oleh Yusuf seperti disiat-siat kejam hatinya. Sakinah memandang kosong tasik yang terbentang dihadapannya. Suara-suara kanak-kanak riang bermain salji tidak sedikitpun mengganggu konsentrasinya.

" Oii, Sakinah.." Jerit Hanis ditelinga Sakinah.

" Ish kau ni, terkejut aku." Sakinah mengurut dadanya berulang kali.

" Siapa suruh berkhayal je kerja. Aku dengan Hanif dari hujung sana panggil nama, tal menoleh langsung. Ingatkan tanah air ke?" Omel Hanis pada sahabatnya sambil sibuk membetulkan jaketnya.

" Rindulah juga. Ni dah apahal kau orang duduk sini juga, jom lah joging." Sakinah sudah sedia berdiri.

" Sekejaplah, kita orang baru sampai." Hanif sudah menyandar pada kerusi kerana kepenatan. Hanis mengangguk setuju, botol air kosong dicapai.

" Sementara korang berehat ni, pinjam guitar kau sekejap Nif." Sakinah meminta izin pada Hanif. Hanif memberikan guitarnya pada Sakinah.

" Baru aku teringat, kita belum buat pertandingan yang haritu, kan." Hanis menyampuk.

" Hmm, buat sekaranglah." Hanif mengambil semula guitarnya yang berada di tangan Sakinah.

" Aku mula dulu." Hanif sudah bersedia untuk memulakan nyanyiannya.

Hanif menyanyi dengan penuh perasaan. Nyanyiannya betul-betul meresap pada hati Sakinah yang lara. Setiap patah perkataan pada lirik lagu itu bagaikan kisahnya. Air mata mengalir tanpa disangka. Mujur Hanis dan Hanif berada di sebelah bukan duduk diarah bertentangan jika tidak pasti mereka sibuk bertanya.

Setelah kedua-dua lagu sudah selesai dinyanyikan oleh Hanif, Hanif menyerahkan guitar itu pada Sakinah pula.

" Aku tak nak nyanyi lagu tu. Bosan dah. Aku nak nyanyi lagu lain."

" Kenapa pula, mana boleh tukar-tukar." Protes Hanif pada Sakinah.

" Aku tak kira." Sakinah terus menarikan jari-jemarinya pada tali-tali guitar. Tidak diendahkan muka cemberut Hanif.

Berderai airmata yang sepi
Tiada kusangka kau kan pergi
Membawa segala yang dijanji
Tinggal ku menanti dalam relung abadi

Berat bagiku untuk kumelupakan dirimu
Kususun doa agar dapat kau rasa cintaku
Mengapa sukar kau fahami biarpun segala yang terjadi
Kasih tak pernah kukhianati hingga mati

Kisah cinta sedih kasih yang tak kembali
Aku tak mampu meredah kedinginan hatimu

Biar siang malam berganti
Biar luka tak terhenti
Hati tetap setia merindu

Cinta yang tak kusesali
Sampai akhir kukenangi
Terperuk dihati menunggu

Waktu berlalu tapi aku tetap disini
Masih berharap satu saat kau akan kembali
Mentari pagi bersinar lagi
Menerangi gelapnya di hati
Cinta kan manghapus airmata di pipi

Sakinah membiarkan airmatanya turun. Ya, lirik lagu itu memang sama dengan dirinya. Mengapa walaupun dikecewakan dia masih ingin menanti lelaki itu. Dia benci dengan perasaannya sendiri yang seakan-akan tidak menyesali perbuatannya yang mencintai lelaki yang salah.

" Wehh, asal kau menangis?" Tanya Hanif yang melihat dengan jelas ada airmata pada pipi Sakinah. Sakinah diam.

" Lagu ni memang sedih." Hanis memeluk lembut bahu sahabatnya. Dia faham.

" Ok. Siapa menang?" Tanya Sakinah pada Hanis yang masih memeluk bahunya. Soalan Hanif dibiarkan sahaja tidak dijawab sepert ditiup angong yang lalu.

" Tak ada siapa yang menang. Kau nyanyi lagu lain." Protes Hanif tegas dijelingnya Sakinah.

" Okaylah, disebabkan aku nyanyi lagu lain. Anggap je lah aku kalah dan aku akan layan kau macam raja esok. Ok?" Tanya Sakinah pada Hanif yang masih memandang kearahnya. Sebenarnya dia malas hendak memanjangkan kisah. Malas dia mahu menyanyikan lagu yang sahabatnya inginkan. Sebenarnya tanpa sahabat dia tahu. Lagu yang dia nyanyikan ketika berada di KLIA itu adalah lagu kegemaran Yusuf. Disebabkan marahnya pada Yusuf, lagu yang todak bersalah iti turut dibencinya.

Hanif tersenyum kerana kemenangan berpihak padanya. "Ok. Good. Thank you everybody. Kejap lagi aku nak makan pajeri nanas. Kau masakkan untuk aku. Faham?" Pinta Hanif pada Sakinah. Padahal baru 2 minggu di negara orang, Hanif sudah rindu dengan masakan Malaysia. Mahu dia meminta ibu saudaranya memasak makanan kegemaran dia itu, tapi ibu saudaranya tidak tahu memasak lauk pajeri nanas.

" Weh, aku mana pandai masaklah." Sakinah menolak.

" Sebab tak tahulah, kau kena belajar." Hanif bersuara. Mata sebelah kiri dokenyitkan pada Sakinah.

" Aku nak belajar dengan siapa pula, kau ke?" Sakinah memandang Hanis.

" Eh, aku pun tak pandai. Google je lah." Hanis memberi idea.

" Aku tak nak kau orang google. Kau call mak aku, tanya resepi." Arah Hanif lagi.

" Baik tuanku." Sakinaj menjawab.

Sedang sibuk Sakinah memilih buah nanas untuk dibeli. Hanis dan Hanif yang dibelakang yang sedang menolak troli berbual kosong.

" Asal dia menangis Nis." Tanya Hanif pada adiknya.

" Mana aku tahu." Jawab Hanis pendek.

" Tipu." Hanif membuat muka tidak puas hati.

" Tak payah sibuklah. Hal perempuan."

" Dia putus dengan boyfriend dia ke?" Tanya Hanif lagi, matanya memandang Sakinah yang masih memilih barang yang lain pula, mereka masih setia menginguti Sakinah.

" Dia mana ada boyfriend." Ucap Hanis mendatar.

" Dah tu? Eii, kau ni.. pandai sekarang berahsia dengan aku." Hanif bersuara memerli adiknya dijeling Hanis sekilas.

" Tak perlu tahu. Kalau nak tahu sangat tanyalah dia sendiri. Aku tak nak masuk campur. Lagipun ni masalah yang tak ada penyelesaian. Baik kau diam je, kalau kau asak dia lagi dia rasa sedih. Lepasni buat macam kau tak nampak pun dia nangis petang tadi. Ini arahan." Ucap Hanis tegas.

" Yalah." Jawab Hanif lemah. Nak tahu pun tak boleh.

Selepas selesai memasak pajeri nanas mengikut resepi ibu Hanis. Hanis dan Sakinah mengemas dapur dan menghidangkan makanan untuk semua seisi keluarga.

Sedang semua selera menjamah makanan yang dimasak oleh Sakinah dan Hanis, Hanif memberi komen pada makanan tersebut.

" Kurang rasa. Kalau tambah garam sikit, mesti lagi sedap." Komen Hanif.

Sakinah hanya memandang sekilas wajah Hanis.

" Esok buat lagi sekali." Arah Hanif lagi.

" Suruhlah buat yang lain pula." Bantah Hanis pada abangnya.

" No, aku nak yang sama esok untuk makan tengahari dan aku nak cup cake." Arah Hanif lagi penuh angkuh.

" Haritu kata nak kurus. Ni makin nak gemuk je aku tengok." Ejek Hanis pada abangnya. Sakinah mengiyakan.

" Ehh, suka hati aku lah." Jawab Hanif slumber.

" Jam bonia tu available untuk hanya untuk 5 bulan, kalau kau tak kurus dalam masa 5 bulan jam tangan tu cancel untuk kau, titik." Ucap Hanis tegas. Hanif terkejut.

" Asal macam tu pula. Ini tak aci." Bantah Hanif.

" Aku setuju dengan Hanis. Aku pun bagi masa 5 bulan. Hadiah aku pun available untuk 5 bulan 5 hari" Hanis dan Sakinah berpandangan kemudian tersenyum. Mereka berdua terus bangun meninggalkan Hanif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience