20

Short Story Series 18705

Sakinah memberanikan diri untuk menegur Hanif yang sedang duduk menonton tv. Hanis juga berada disitu. Makcik dan Pakcik sudah masuk tidur. Manakala Anna pula mungkin duduk dibiliknya.

" Hanif, sorrylah pasal petang tadi. Aku tak tahu pula tak boleh bergurau macam tu. Selalu kalau bergurau kau ok je." Pujuk Sakinah pada Hanif. Hanif tetap diam.

" Kau betul-betul marah ke? Nah aku bagi hadiah." Pujuk Sakinah lagi dihulurkan sebiji epal merah pada Hanif yang masih focus menonton tv.

Masih diam.

" Eii, mangada-ngadanyalah kau ni. Tak makan pujuk aku tak apalah. Aku malas nak pujuk dah. Kau berdosa tau kalau aku mintak maaf 3 kali kau masih buat bodoh." Sakinah sudah hilang sabar melihat riaksi Hanif.

" Baru sekali kau mintak maaf. Tak berdosa lagi." Jawab Hanif mendatar matanya masih memandang tv. Macam focus sangat kononnya. Padahal sengaja mahu menyiksa hati Sakinah.

" Ok baik. Hanif, aku mintak maaf. Hanif, aku mintak maaf. Hanif, aku mintak maaf." Ucap Sakinah satu nafas. "Ha, dah cukup 3 kali. Kau buat bodoh lagi lantak kaulah." Sakinah sudah duduk jauh dari Hanif.

Hanif tergelak dengan telatah Sakinah yang sudah hilang sabar dengan sikapnya tadi.

" Eh, kau pula ke yang merajuk. Aku baru nak maafkan." Jawab Hanif. Matanya baru memandang Sakinah yang duduk disebelah adiknya menonton tv. Hanif membaling bantal sofa dikepala Sakinah.

" Tak payah nak merajuk, gelilah aku nak pujuk." Sambung Hanif lagi mula tersenyum dan menggigit sebiji buah epal yang diberikan oleh Sakinah tadi.

" Apalah korang ni. Bergaduh macam boyfriend dan girlfriend pula. Aku lagi geli tengok." Sampuk Hanis.

" Hei, nauzubillah." Bantah Sakinah laju tangannya menepuk bahu Hanis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience