12

Short Story Series 18705

Pagi Sabtu itu Sakinah mengemas barang-barang yang dibelinya semalam bersama ibu dan ayahnya. Barang-barang yang perlu dibawa untuk ke sana. Baju sejuk yang baharu, shawl dan macam-macam lagi.

Dia akan berangkat kesana pada esok hari, tapi pada pukul 9 malam penerbangan kesana.

Sakinah sangat lega dengan keputusannya. Sangat bersyukur ibu ayahnya memberi keizinan untuk kesana seakan-akan mereka memahami gelora hatinya sekarang.

' Aku tak perlu melihat Abang Yusuf menikah. Alhamdulillah.'

Setelah selesai mengemas segala keperluan. Sakinah turun kebawah untuk bantu bibik menyiram pokok bunga. Tudung dipakai.

Sedang seronok dia menyiram pokok. Ada seseorang menyapanya. Suara yang sangat dirinduinya dan suara itu juga yang sangat dia tidak mahu dengar.

" Assalamualaikum Sakinah."

" Waalaikumsalam." Sakinah teruskan dengan menyiram pokok. Padahal semua sudah disiram. Dia seakan kaku untuk berbicara dengan Yusuf.

" Duduk lah sini." Yusuf sudah duduk di meja batu yang mempunyai 5 kerusi.

" Tengah siram pokok." Jawab Sakinah. Yusuf berdiri semula dan mendekati Sakinah dia menyambil getah paip di tangannya dan berjalan memulas kepala paip tanda tutup saluran air dari terus keluar . Sakinah hanya berdiri melihat Yusuf lakukan.

" Jom duduk. Abang nak cakap." Yusuf kembali duduk. Sakinah masih diam. 'Apa aku perlu buat ni.'

"Sakinah..apa tercegat lagi tu. Sinilah duduk." Sakinah berjalan lemah menghampiri meja dan duduk. Sakinah duduk selang satu kerusi dari Yusuf. Tidak mahu di arah bertentangan. Tidak mahu melihat wajah Yusuf lagi.

" Err.. Sakinah sihat?"

" Sihat." Tak mati lagi .. jawab di dalam hati.

" Alhamdulillah. Maaflah, Abang selalu abaikan Sakinah. Abang sibuk sangat dengan urusan pekerjaan abang dan urusan kenduri ni. Sakinah jangan risau , walaupun abang dah kahwin dengan Kak Hania. Sakinah tetap di hati abang. Kita boleh rapat macam selalu. Adik dan Abang mana boleh putus." Kata-kata itu yang Sakinah tidak mahu mendengar.

' Aku tak nak jadi adik kau lah.' mahu saja Sakinah menjerit pada Yusuf.

Baru sahaja Sakinah mahu menjawab kata-kata Yusuf. Ibunya Datin Indah menghampiri mereka.

' Terima Kasih bu.. Ibu datang waktu yang tepat.' Sakinah tersenyum pada ibunya. Ibunya seakan-akan memahami keadaannya.

" Dekat sini rupanya Sakinah. Along pun ada?" Tangan ibu saudaranya disalam. "Sakinah, pergi suruh bibik buat kopi untuk Yusuf. Nanti Sakinah terus duduk biliklah rehat nanti penat ." Sakinah berdiri dan terus masuk ke rumah. Datin Indah duduk di arah bertentangan dengan Yusuf.

Yusuf yang mendengar arahan Mak Cunya pada Sakinah merasakan sesuatu yang pelik.

"Rehat ? Sakinah nak pergi mana Mak Cu?" Tanya Yusuf.

"Along tak tahu?" Tanya Datin Indah.

"Tahu apa?" Yusuf sudah membuat muka pelik. Dahi dia sudah berkerut.

"Esok Sakinah pergi UK. Mengulang Al-quran disana." Jawab Datin Sakinah. Bibik sudah datang bersama dulang. 2 cawan kopi deletakkannya. Setelah bibik pergi mereka menyambung bicara.

" Along tak tahu pun." Yusuf sudah membuat muka sayu. Seakan-akan dipinggirkan oleh keluarga Sakinah. Sedangkan dulu apa-apa mesti Sakinah bercerita padanya.

" Mak Cu ada cerita dengan Ibu kamu. Ibu kamu lupa bagitahu kamu lah tu. Dia pun banyak benda nak buat..kenduri pun dah nak dekat kan." Datin Indah menjawab sambil mencicip kopinya.

" Ohh .. jadinya Sakinah tak adalah masa along kahwin nanti." Yusuf sudah membuat muka sedih.

" Alahai kamu ni Yusuf. Sakinah tak ada bukannya kamu tak boleh kahwin pun."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience