30

Short Story Series 18705

" Awak nak apa?" Tanya Hania setelah agak lama berdiam diri.

" Saya nak tanya, kenapa awak nak cerai?" Tanya Yusuf serius.

" Saya... saya... saya bukan isteri yang baik." Jawab Hania jujur. Tiba masanya aku berterus-terang.

" Maksud awak?"Tanya Yusuf lagi. Yusuf masih mahu mendengar dari mulut Hania sendiri atas kelakuannya. Walaupun Yusuf sedia maklum dengan apa yang telah terjadi. Yusuf tahu, terjadinya masalah dalam rumah tangga, pasti suami dan isteri ada salahnya masing-masing. Yusuf akui, dia juga banyak silapnya.

" Saya... saya berlaku curang dengan awak Yusuf." Jawab Hania perlahan dan jujur. Hania memberanikan diri memandang Yusuf.

" Tapi kenapa awak sanggup berlaku curang dengan saya?"Tanya Yusuf masih dengan suara yang terkawal.

" Saya bangga punyai suami macam awak, tapi saya tak bahagia. Saya menyesal kahwin dengan awak. Maafkan saya Yusuf."

" Awak cakap tak bahagia dengan saya? Saya nak tanya awak Hania. Adakah saya yang mengorat awak dulu? saya ke yang datang untuk berkenalan dengan awak dulu? saya ke yang tergila-gilakan awak dulu? awak yang mulakan semua tu dulu. Saya tak pernah paksa awak untuk menjadi isteri saya. Saya tak faham, kenapa awak buat saya seperti saya yang memulakan semuanya." Ujar Yusuf dengan suara yang ditahan-tahan.

" Saya mintak maaf Yusuf. Saya memang suka awak. Saya kagum dengan awak, sebab awak budak melayu yang sangat dihormati dan cerdik walaupun di negara orang. Sikap awak yang baik,cerdik dan soleh, betul-betul buat saya jatuh suka. Saya mahu mendekati awak, tapi tak tahu dengan cara macam mana. Saya cuba mendekati awak dengan ubah penampilan saya, dari tidak bertudung, saya terus bertudung labuh. Saya silap, saya berubah kerana awak bukan kerana Allah. Sejak itu, awak baru mahu berkawan dengan saya setelah saya mengubah penampilan saya. 3 tahun selepas itu awak ajak saya kahwin, saya terkejut. Saya tak sangka orang yang hebat macam awak, sudi mahu nikahi saya. Saya masih cuba berfikir lagi, awak tunggu saya 3 tahun lagi. Jadi, saya terus terima lamaran awak. Kawan-kawan saya memujuk saya untuk terima awak, awak cukup lengkap untuk menjadi suami. Awak beragama, keturunan baik-baik, berharta dan kacak. Saya tak fikir panjang dan terus terima lamaran awak. Sedangkan masa tu, saya ada hubungan dengan lelaki lain. Namanya Malik. Saya bercinta dengan dia dari saya sekolah menengah lagi, selepas dia bekerja setahun di negara orang dia balik ke Malaysia dan berjumpa saya. Saya terkejut dan tergamam.

Sudah setahun hidup dengan awak, baru saya sedar saya tak bahagia dengan awak. Awak sentiasa tiada di rumah. Perasaan suka dalam rumah tangga tak cukup. Perasaan cinta untuk awak tak ada. Saya cuba mencintai awak, tapi tak boleh. Saya sentiasa mengingati Malik. Saya membuat keputusan untuk bersama Malik sampai sekarang. Saya mintak maaf dan saya mohon ceraikan saya." Ucap Hania dengan air mata yang mengalir membasahi pipi.

" Saya pun mintak maaf jika saya tak sempurna untuk awak Hania. Saya cintakan awak, tapi rupanya jika cinta bertepuk sebelah tangan akan menjadikan seseorang itu berlaku zalim. Saya sangat tak sangka awak sanggup buat saya macam ni. Saya harap awak bahagia dengan keputusan awak. Nur Hania bt Haji Tajuddin, saya ceraikan awak dengan talak satu." Mengalir air mata Yusuf melafazkan talak satu pada Hania.

" Terima Kasih Yusuf." Jawab Hania tersenyum nipis. Akhirnya, terasa ringan bahunya. Memikul gelaran isteri ini sangat berat sebenarnya.

" Nanti kita pergi mahkamah, selesaikan semuanya supaya penceraian kita sah. Disebabkan tak ada saksi malam ni, kita kena buat lagi sekali lagi nanti. Untuk pengetahuan awak Hania, selepas ini hak penjagaan Zulaikha jatuh pada tangan saya. Jika ada yang tak puas hati, jumpa di mahkamah nanti. Saya boleh mengalah pada awak, tapi tidak pada Zulaikha. Awak boleh kemas pakaian awak dan pergi." Selepas mengeluarkan ayat itu, Yusuf terus manaiki anak tangga dan menuju kebilik Zulaikha.
" Mulai malam ni, papa akan selalu teman Zulaikan tidur. Sweet dream sayang. Assalamualakum." Yusuf menepuk lembut paha anaknya. Airmata lelakinya mengalir. Peritnya melepaskan seseorang yang kita cintai. Jika Hania tak mencintai aku, jadi siapa yang mencintai aku Ya allah? cukuplah Zulaikha dalam hatiku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience