2

Short Story Series 18705

Hari yang ditunggu akhirnya tiba .

Sakinah berjalan laju dari sekolahnya . Dan terus masuk kerumah . Mandi dan solat . Makan pun tak sempat . Dia mahu secepat mungkin datang ke rumah sebelah untuk membantu Mak Langnya . Kerana selepas Asar nanti abang kesayangannya pulang . Siapa lagi kalau bukan Yusuf ?

Bermacam lauk pauk terhidang . Sakinah juga pelik melihat banyak sangat kuantiti setiap lauk yang dihidangkan . Padahal Abang Yusuf sahaja yang mahu di sambut . Tidak pula ditanya pada Mak Langnya . Mungkin Mak Lang terlalu teruja .

" Dah sampai dah anak awak tu ..." Ucap Datuk Farid di muka pintu . Selepas Maghrib baru mereka tiba .

" Ya ke ? " Datin Jas terus berjalan menghampiri suaminya . Nampak ceria wajah si Ibu menyambut kepulangan anak lelakinya .

Sakinah yang mendengar Yusuf sudah sampai dia juga menghampiri Pak Lang dan Mak Langnya .
Ketika Yusuf menghampiri , ada dua perempuan bertudung labuh dibelakangnya .

'Siapakah ?' Monolog Sakinah . Dia hanya menyalami kedua-dua perempuan tersebut . Inilah kot yang mak lang kata Abang Yusuf tumpang kawan .

" Sakinah pun ada ?" Tanya Yusuf lembut .

Setelah selesai makan malam pada pukul 8 itu . Sakinah terus membantu bibik di dapur membasuh pinggan . Terasa sangat berlengas badannya . Setelah selesai mengemas . Sakinah mahu pulang ke rumah . Mujur esok sabtu boleh lah tidur lama esok . ' Penat sangat badan aku ni .'
Sedang Sakinah mahu menuju di ruangan tv . Dia terdengar perbualan Abang Yusuf bersama keluarganya .

Sakinah berlindung di sebalik dinding .

" Siapa perempuan yang kamu bawa balik tadi tu Along ? " Datin Jas bersuara datar sambil mencicip teh o panas .

" Ibu .. yang Along bawa tadi tu . Salah satunya bakal isteri Along ." Jawab Yusuf lembut dan tegas . Seperti yakin dengan keputusannya untuk menamatkan zaman bujangnya . Umurnya sudahpun 27 Tahun sangat sesuai untuk mendirikan rumah tangga .

" Betul ke , Alhamdulillah . Yang mana satu bakal menantu ibu tu ?" Tanya Datin Jas teruja mahu mendapat menantu . Yusuf tersenyum lega dengan riaksi kedua-dua orang tuanya .

" Hania ibu .. Yang pakai tudung kuning cair ." Jawab Yusuf tersenyum malu .

" Ohh .. Ibu pun suka dengan Hania tu . Yang perempuan lagi satu tu namanya apa ? ibu lupa .. Hania kata itu adiknya ." Tanya Puan Jas .

" Ha'ah itu adik dia , Namanya Hanim . Mereka dua beradik je bu . Hania anak yatim piatu . Dia sekarang duduk dengan Maksunya di Kedah . Sebab tu saya kenalkan ibu cepat-cepat dengan Hania . Sebab lepasni Hania susah keluar . Kalau ibu dan ayah setuju .. saya nak pinang Hania awal bulan depan ." Ucap Yusuf lembut mengutarakan niat murninya .

" Bila kamu kenal dengan dia ?" Tanya Datuk Farid .
" Dah 3 tahun Ayah . Tapi kami tak bercinta . Cuma berkawan . Bila dah habis belajar terus Yusuf ajak dia kahwin ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience