29

Short Story Series 18705

Tanpa Hania sedari Yusuf mengekori Hania. Seperti yang dibaca malam tadi, I-city. Setelah sampai direstoran itu, Hania keluar dan duduk di bahagian terselindung, Yusuf masih mengekori. Yusuf yakin Hania masih tidak perasan akan kehadirannya, memandangkan semasa pulang dari kerja tadi Yusuf sengaja meminjam kereta kawannya. Penampilan Yusuf juga berlainan. Sweater hitam mempunyai hop, jeans blue black dan cap jenama adidas berwarna putih.

Yusuf mengambil tempat duduk di belakang Hania. Senang untuknya mendengar perbualan Hania dengan Malik nanti. Nampaknya Malik belum sampai lagi. Setelah mengambil pesanan Yusuf perasan ada lelaki kacak berjalan melepasinya secara tidak langsung Yusuf sudah tahu itulah lelaki yang bernama Malik.

Perbualan mesra antara Hania dan Malik betul-betul membuatkan Yusuf hilang sabar. Ikutkan nafsu mahu sahaja dia menumbuk lumat lelaki bernama Malik, manakala Hania pula ditampar sekuat hati kerana berlaku curang kepadanya.

Setelah habis air dihirup Yusuf berdiri dan meninggalkan mereka berdua. Yusuf membuat panggilan pada Hania ketika dia sudah duduk di dalam kereta, matanya masih dapat melihat Hania dari jauh.

" Assalamualaikum, Hania. Awak dekat mana?" Tanya Yusuf terus.

" Waalaikumsalam. Kenapa?" Soalan Yusuf tidak dijawab.

" Saya on the way balik rumah. Saya nak makan malam dekat rumah deggan awak dan Zulaikha ." Jawab Yusuf pula.

" Saya dekat luar. Awak makan je lah dulu dekat rumah, nanti saya menyusul." Jawab Hania masih bersahaja tiada riak bersalah pada wajah Hania.

" Dekat luar tu, dekat mana? dengan siapa?" Tanya Yusuf serious.

" Restoran. Dengan kawan. Ok lah, nanti saya call balik. Line tak clear, bye." Hania terus menutup panggilannya. Walaupun wajahnya tenang tapi hatinya bagaikan angin taufan.

Yusuf masih melihat Hania dari jauh. Dia tersenyum sinis. Ini kerja kau rupanya Hania? aku pergi kerja, kau pun cari kerja juga. Ok. Jom kita tengok sampai mana permainan kau. Yusuf menghidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah.

Setelah sampai di rumah, Yusuf terus merangkul anaknya yang sedang bermain dengan bibik di ruangan tv.

" Tuan mahu makan?" Tanya bibik.

" Nantilah bik. Lepas maghrib." Jawab Yusuf lemah.

" Baiklah. Tuan, saya mahu bicara sesuatu." Bibik bersuara.

" Ok, duduklah." Yusuf mempersilakan bibik untuk duduk di sofa berhadapan dengannya.

" Bagini Tuan Yusuf. Lagi 1 minggu, saya harus pulang ke kampung saya. Maksud saya, lagi 1 minggu saya berhenti." Luah bibik. Yusuf terkejut, alamak masalah lagi.

" Tak boleh ke, nanti-nanti bibik berhenti? saya betul-betul perlukan bibik waktu sekarang. Zulaikha tak ada siapa boleh jaga. Maknya asyik keluar sahaja." Rayu Yusuf pada bibiknya.

" Tak boleh Tuan..Saya duduk di Malaysia sudah 20 tahun lamanya. Tiba masanya saya pulang ke kampung. Ibu saya pula sedang sakit. Maafkan saya Tuan, antara Tuan dan ibu, ibu saya lebih penting." Jawab bibik sayu.

" Tak apa lah bik, saya faham. Nanti saya mintak tolong mak ucu saya jagakan Zulaikha sementara cari bibik baru."

" Terima Kasih Tuan." Ucap bibik gembira.

" Sama-sama. Saya nak naik atas ni, nanti saya turun terus hidang makanannya ya. Saya lapar."

Selepas makan malam Yusuf duduk diruangan tv. Zulaikha sudah ralit menonton tv. Mata Yusuf melihat tv tapi fikirannya sudah jauh melayang. Yusuf terlihat cahaya masuk dari celah-celahan langsir. Cahapa dari lampu kereta. Bunyi enjin kereta telah dimatikan. Yusuf menanti dengan sabar untuk Hania masuk kerumah.

Hania masuk kerumah. Pelik melihat anak dan suaminya duduk diruangan tv bersama-sama.

Yusuf memanggil bibiknya.

" Kenapa tuan?" Tanya Bibik.

" Tidur kan Zulaikha ya. Terima kasih." Setelah kelibat bibik pergi, Yusuf mengarahkan Hania duduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience