43

Short Story Series 18705

Sakinah menanti Yusuf pulang dari kerja dihalaman rumah, ketika kelibat kereta Yusuf masuk ke dalam garaj dengan cepat Sakinah menghampiri Yusuf yang sedang keluar dari kereta.

" Assalamualaikum Abang." Sapa Sakinah dengan senyuman.Sakinah menyalami tangan Yusuf dan mencium tangan itu penuh hormat.

" Waalaikumsalam." Macam biasa Yusuf membalas satu ciuman di dahi diberikan pada si isteri.

" Jom duduk sana. Sakinah ada buat cucur udang." Ajak Sakinah sambil mengambil briefcast dari tangan Yusuf. Yusuf anggukkan kepalanya.

" Kopi ada?" Tanya Yusuf.

" Ada." Jawab Yusuf sambil berjalan beriringan menuju ke halaman. Zulaikha yang sedang bermain di buaian berlari laju mendekati ayahnya. Separuh jiwa Yusuf memeluk Zulaikha. Sakinah perasan wajah Yusuf yang sedih.

Setelah lama Yusuf berdiam diri. Sakinah memberanikan diri bertanyakan pada Yusuf perihal keputusan ujian yang dilakukan.

" Abang, macam mana keputusan tu?" Soalan Sakinah tidak dijawab. Senyap.

" Zulaikha, bukan anak abang." Jawab Yusuf dengan lemah. Keputusan itu betul-betul membuatkan dia hilang semangat.

" Abang..." Sakinah memegang tangan Yusuf, seakan-akan menyalurkan semangat.

" Hmm, abang nak naik. Abang belum solat asar lagi ni." Yusuf terus meninggalkan Sakinah dan Zulaikha di halaman.

Malam itu Yusuf senyap sahaja di meja makan. Selalunya Yusuf akan menyuapkan Zulaikha makan, tapi tidak untuk harini. Hanya diam dan diam.

Yusuf masuk kebilik, untuk solat isya'. Malam ni dia solat sendirian. Tiada mood mahu solat berjemaah bersama Sakinah. Selepas solat terus dia merebahkan tubuhnya di katil.

Mata masih tidak boleh terlelap.

Malam yang sunyi ini mengembalikan dia pada kejadian petang tadi. Petang tadi dia terserempak dengan Hania dia hospital.

Yusuf baru sahaja membelek kertas DNA test report yang dia lakukan semalam. Hampa. Pengabungan darah dia dan Zulaikha. Tak sama langsung. Jauh sangat berbeza. Sedang dia ralit menyemak lagi kertas itu, tiba-tiba kertas itu dirampas oleh seseorang. Yusuf tekejut. Hania?

" Hei, pulangkan semula." Ujar Yusuf. Hania tetap melihat keputusan tu.

" Saya dah agak dah, mesti awak buat ujian DNA ni. Well, mengikut keputusan ni.. sudah terbukti bahawa Zulaikha tu bukan anak awak." Ucap Hania berani.

Yusuf diam. Mahu di katakan apa lagi. Bukti ada depan mata.

" So, saya akan ambil Zulaikha isnin nanti. Kalau nak anak buatlah sendiri. Itupun kalau mampulah." Ejek Hania lagi pada bekas suaminya.

" Saya sihat, saya tak mandul." Yusuf bersuara tegas.

" Buktikanlah." Cabar Hania lagi. Mujur tiada orang lalu lalang disitu. Agak mudah untuk berbicara dengan Yusuf. Yusuf sangat lengkap package, tapi.. mandul. Hahahaha. Hania gelak didalam hati.

" Saya dah buat ujian kesihatan saya. Saya sihat." Yusuf masih bersuara tegas.

" Ingat saya akan percaya dengan keputusan ujian kesihatan awak? bukan saya tak tahu, awak boleh palsukan keputusan kesihatan awak. Lagi-lagi Doktor Zahira itu isteri kawan baik awak. Sudahlah Yusuf, tak payah nak tegakkan benang yang basah. Awak tak ada hak nak jaga Zulaikha. Saya nak kita berdamai. Itu sahaja. Saya pergi dulu." Hania terus meninggalkan Yusuf yang sudah diam seribu bahasa.

Yusuf tersedar dari lamunannya setelah Sakinah turut berbaring disebelahnya.

" Jauhnya mengelamun." Tegur Sakinah pada Yusuf. Dia mengiring ke kanan memandang Yusuf yang memandang syiling.

" Hmm.." Yusuf tersenyum nipis.

" Tak nak kongsi ke?" Tanya Sakinah lembut. Yusuf diam.

" Jangan fikir sangat. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya." Sakinah memujuk Yusuf, jari-jemari Sakinah, memegang jari-jemari Yusuf seperti memberi aura semangat. Yusuf tersenyum nipis lagi.

" Ok lah. Selamat malam dan assalamualaikum abang." Ucap Sakinah lembut, dan sedia untuk tidur. Setelah 10 minit terlelap, Sakinah merasakan ada tangan yang bermain-main pada pipinya. Sakinah membuka mata, terkejut dia melihat jari-jemari kasar Yusuf membelai pipi mulus Sakinah. Yusuf menguak rambut panjang Sakinah yang menutup pipi. Mata mereka bertaut.

Sakinah menelan air liur yang seakan pahit.

" Errrr, abang kenapa?" Tanya Sakinah berani, matanya memandang tepat pada mata Yusuf.

" Abang, abang nak anak." Ucap Yusuf dengan suara tertahan-tahan.

" Abangkan dah ada anak." jawab Sakinah.

" Itu bukan anak abang. Abang nak anak sendiri." Ujar Yusuf. Yusuf memandang mata Sakinah yang cantik. Sakinah sangat menawan pada malam ini. Dibelai-belai pipi Sakinah.

" Errrr, maksud abang?" Tanya Sakinah pelik. Adakah maksud dia, mahu perkara itu?

" Abang nak anak bersama Sakinah." Yusuf berterus terang. Yusuf melihat Sakinah diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Yusuf mendekati wajah Sakinah. Bibir mereka bertaut. Lama. Sakinah cuba untuk menolak, tapi tidak berjaya. Yusuf beralih pada leher Sakinah. Dibenamkan wajahnya ke tengkuk Sakinah. Tangannya mengusap-usap lembut belakang isterinya dengan penuh rasa sayang. Sakinah bagaikan terpaku dengan perlakuan suaminya itu. Hakikatnya, dia juga dahagakan belaian manja seorang suami. Sakinah memejamkan matanya. Bibir Yusuf sudah mula menjelajah ke seluruh wajah isterinya. Sakinah kemas dalam pelukan Yusuf.

Sakinah baru tersedar akan sesuatu. Sakinah menolak tubuh suaminya dengan lembut. Muka Yusuf diusapnya perlahan.

" Sorry..I can't..."

Yusuf melihat Sakinah dengan penuh tanda tanya. Mata Yusuf memandang Sakinah dengan penuh pengharapan supaya dirinya tidak dikecewakan. Dia tidak mahu memaksa Sakinah tapi kemahuannya juga sudah bergelora.

Rambut Sakinah diusapnya penuh kasih, suaranya penuh mengharap.

" Please, Sakinah.."

Sakinah tetap menggeleng. Yusuf hampa.

" Why....?" Tanya Yusuf dengan lembut.

" Abang haram sentuh Sakinah."

Yusuf terkejut. Haram? Isteri haram disentuh oleh suami sendiri?

" Kita dah nikah Sakinah. Apa yang kita buat ni tak salah. Malah di kira ibadah. Tak berdosa, malah berpahala." Bersungguh Yusuf meyakinkan Sakinah. Sangkanya Sakinah sudah matang dalam mempelajari ilmu rumah tangga.

Sakinah membelai pipi Yusuf dan senyuman diberikan pada suaminya.

" Sakinah datang bulan." Sakinah berkata sambil duduk dan bersandar pada kepala katil. Yusuf memejamkan matanya. Kecewa. Yusuf mengigit bibir bawahnya. Geram. Yusuf juga turut duduk dan bersandar pada kepala katil. Wajah Sakinah direnung.

" Berapa lama selalunya Sakinah period?" Tanya Yusuf.

" 7 ke 8 hari. Kadang-kadang 2 minggu." Jawab Sakinah jujur.

" Tak apalah.." Ujar Yusuf dengan suara sedih.

" Sorry abang.." Sakinah bersuara sambil membelai pipi Yusuf seakan-akan memujuk Yusuf.

" It's okay. No choice." Yusuf menjongket bahu. Pasrah, itulah yang tepat buat perasaannya saat ini.

" Thanks.." Ujar Sakinah pada Yusuf.

" For what?" Tanya yusuf.

" Nothing.." Ucap Sakinah sambil tersenyum manis.

" Jomlah tidur, selamat malam." Yusuf mengucup dahi Sakinah.

" Selamat malam." Mereka berbaring bersama-sama. Tapi dalam keadaan yang lebih mesra. Yusuf menarik tubuh Sakinah supaya berbaring pada lengannya. Sakinah tersenyum. Sakinah memegang bibirnya. First kiss.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience