7

Short Story Series 18708

Yusuf melihat Screen telepon pintarnya . Tiada balasan dari Sakinah . Dia risau dengan keadaan Sakinah yang berada seorang diri di rumah . Sakit hatinya ketika Mak ucunya memberitahu Sakinah tidak ikut .

Bukan dia marah sebab Sakinah tak datang pada hari pertunagannya . Tapi , marah sebab meninggalkan Sakinah sendirian disana sedangkan mereka di Kedah jauh dari Sakinah .

- Sakinah .. boleh tak reply . Abang risau ni .

Masih tiada balasan .

Yusuf melihat mak Ucunya baru keluar dari bilik hotel . Mereka mahu makan malam sekeluarga . Majlis pertunangan sudah selesai pada pagi tadi .
Yusuf menghampiri Mak Ucunya untuk bertanyakan Sakinah yang dari pagi tadi tidak membalas pesanannya .

" Mak Cu .. Sakinah tak balas massage saya . Risau saya ni ." Luah Yusuf . Datin Indah tersenyum dengan perhatian Yusuf pada anaknya Sakinah .

" Sakinah okay .. Baru tadi Mak Cu cakap dengan dia . Dia dah nak masuk tidur pun . Esokkan dah hari Isnin ." Jawab Datin Indah seraya tersenyum . Yusuf melepaskan nafas lega .

Ketika semua menjamu selera . Datuk Farid memulakan bicara .

" Yusuf , bersedia ke .. lagi 2 bulan sahaja kamu tu akan bergelar suami orang ." Tanya Datuk Farid dengan serious .

" InsyaAllah Ayah .. Yusuf bersedia ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience