33

Short Story Series 18705

" Eh, Eh.. asal ibu nak Sakinah masuk bilik tetamu pula ni?" Sakinah semakin pelik dengan ibunya. Tadi suruh melaram, lepastu suruh duduk bilik pula. Kalau duduk bilik sendiri tidak apa lah, ini bilik tetamu.

" Masuk je lah. Ibu banyak kerja ni." Ujar Datin Indah. Datin Indah memulas pintu bilik tetamu, ruangan yang gelap itu kini terang-benderang. Terbuka luas mata Sakinah melihat dekorasi bilik yang dihiasi indah itu. Cadar yang baru dan nampak lembut dan ada tiga pasu kaca kristal yang diisi penuh bunga ros segar berwarna putih dan merah jambu itu, menaikkan seri bilik ini lagi. Wangi-wangian yang disembur pada bilik ini, membuatkan sungguh selesa. Datin Indah memasang penghawa dingin suhu direndahkan supaya bilik cepat sejuk, suis kipas juga ditekan.

" Ibu, asal bilik ni cantik sangat?" Tanya Sakinah pelik.

" Nanti kamu tahulah." Jawab Datin Indah ringkas.

" Sakinah nak tahu sekarang bu. Kalau ada kena mengena dengan Sakinah, tentulah perkara itu mesti Sakinah tahu dulu. Ada orang nak masuk meminang ke bu?" Tanya Sakinah lembut. Sakinah berharap sangat tekaannya ini salah. Sakinah hanya suarakan tekaan Hanis sahaja, tak berharap pun, untuk menolak pun tidak. Masih belum bersedia memikirkan hal perkahwinan.

" Kalau ibu kata ya macam mana, Sakinah setuju?" Tanya Datin Indah pada Sakinah yang nampak terkejut riak mukanya.

" Kalau ibu rasa dia terbaik untuk Sakinah, Sakinah ikut je lah. Siapa pun pilihan ibu dan ayah, Sakinah terima. Lagipun, Sakinah tak ada siapa-siapa nak kenalkan pada ibu dan ayah." Ujar Sakinah jujur. Di hatinya hanya ada Yusuf, biarlah Yusuf dengan keluarganya. Pasti cepat atau lambat abang Yusuf akan rujuk semula dengan isterinya. Zulaikha adalah sebabnya untuk mereka rujuk.

" Hanif?" Teka Datin Indah lagi.

" Ish ibu ni, dia kawan Sakinahlah bu. Dah macam adik-beradik dah. Lagipun bu, dia dah kena bookinglah." Cerita Sakinah.

" Siapakah?" Tanya Datin Indah teruja.

" Anna." Jawab Sakinah pendek.

" Serius?"

" Yes bu. Tapi, Hanif tak tahu lagi." Ujar Sakinah.

" Apa-apa je lah. Ibu nak turun dah ni. Pasal tekaan Sakinah tadi. Ibu nak jawab, yes. Ada orang nak masuk meminang. Disebabkan Sakinah kata tak kisah. Nanti, Sakinah tahulah siapa bakal suami Sakinah. Ok, ibu keluar dulu. Duduk elok-elok, nanti bakal mak mertua masuk sarung cincin." Ujar Datin Indah dengan wajah ceria.

" Sarung cincin, tunang ke bu?" Soalan Sakinah dengan anggukan ibunya. Datin Indah terus keluar dari bilik anak daranya berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience