21

Short Story Series 18705

"Hmm, bila lagilah aku boleh datang sini, kan?" Luah Sakinah sedih.

" Apa pula kau cakap macam tu, datang je lah lagi. Pakcik dan makcik ok punya. Kita bertiga dah macam anak dia dah." Hanis bersuara memujuk. Mereka bertiga akan pulang ke tanah air pada esok hari.

" Tapi aku tetap sedih. 4 tahun wehh duduk sini."

" Aku faham." Pujuk Hanis pada Sakinah.

" Hanif buat apa? dia dah siap kemas barang dia ke?" Tanya Sakinah pada Hanis yang sedang memasukkan pakaiannya ke dalam bagasi.

" Dah kot, tadi aku tengok dia tengah main handphone, tak tahulah sekarang." Jawab Hanis mendatar. "Tak sabarnya nak balik rumah esok."

" Drama je kau ni. 2 bulan lepas baru kita balik sana." Selar Sakinah.

" Memanglah, tapi tu sekejap sangat. Seminggu mana cukup." Ucap Hanis sambil menutup bagasinya dan diletakkan ditepi pintu bilik.

" Anna hantar kita juga ke? aku rindu dia." Ucap Sakinah. Anna yang dulu dikatakan sangat seksi dan gedik, sekarang tidak lagi. Anna yang baru sangat berlainan dengan Anna yang lama. Anna yang menutup aurat dengan sempurna, yang bersopan santun, sangat peramah dan sangat pemurah. Hanis dan Sakinah sangat senang berkawan dengan Anna. Tapi Hanif masih seperti dulu. Masih tidak mahu bergaul mesra dengan Anna seperti mereka berdua.

" Aku ada hantar e-mail dekat dia malam tadi, dia kata tak boleh ikut hantar sekali. Sebab esok ada class katanya." Jawab Hanis bagi soalan tadi.

" Hmm, sedihnya." Luah Sakinah bersama keluhan.

" Alah kau ni, nanti kita video call lah. Lagipun, kan dia ada cakap raya puasa nanti dia datang Malaysia." Pujuk Hanis, dia mengambil duduk di birai katil bersebelahan Sakinah yang sedang memasukkan baju-baju yang sudah dilipat dan disusun kemas kedalam bagasinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience